Pages

Wednesday, December 1, 2010

1 Disember 2010

Entri pemula untuk Disember.

Baru siap buat kerja, bila la agaknya saya nak balik kerja punctual pukul 6.00 petang, mesti balik kerja waktu senja macam ni. Dah terbiasa punya pasal, bila balik awal rasa macam pelik, bila balik malam rasa macam normal.

Ada lagi 30 hari untuk tahun 2010. Rencana hidup untuk tahun hadapan masih dalam perangkaan. Macam banyak aje agendanya. Agak-agaknya apa eh target untuk 2011? Kita lihat saja nanti.

Malam tadi tengok tv dengan penuh tekanan. Mula-mula tengok National Geografi, mak singa nak makan sang kerbau. dia cengkam dan gigit belakang kerbau tu. Tiba-tiba saya pula yang rasa sakit, eeeii tak sanggup tengok lagi, terus masuk dapur, masak tom yam seafood lagi bagus, siap ada kerabu mangga muda lagi. Sebab itulah kita tak boleh memakan haiwan yang mencari makan dengan gigi dan kuku, agaknya nanti kita akan kejam juga seperti diorang.

Lepas tu cerita Asmara pula. Final episode. Finally. Ayah dia insaf juga akhirnya, Asmara dengan Melati dan Zalia - so scary, hidup tapi macam mati. Ingatkan dia mati, rupa-rupanya plan ayah Zalia buat Zalia mati supaya Asmara boleh jadi insan biasa, bukan pak sanggup lagi. Ayah Zalia tu memang kuat drama. Agak-agaknya kalau Asmara tau Zalia hidup lagi dan Zalia sembuh semula macam mana eh? Agaknya itu dalam Asmara Part 2 kot. Kalau ada la.

Pukul 10 pula tengok drama korea Cruel Love. Pertama sekali tengok hari Sabtu, lepas tu rasa macam best aje. So malam tadi sambung la tengok. Lompat terus episod 10. Mak ai, sikit punya sedih la cerita cinta orang Korea ni. Tapi best cerita dia. Saya dah tergedik nak beli dvd dia. Tapi rasanya belum sampai Malaysia lagi. Tak apalah, bersabar aje, akan datang ada lah dia. Tengok drama sampai penat.
Finally lepas tu tidur terus depan TV sampai Subuh. Sakit badan.

Ok lah, nak balik rumah. Jumpa lagi.


 

No comments: