Pages

Thursday, December 2, 2010

Sekadar Luahan Hati

google image

Nampak tikar sembahyang tu? Macam itulah tikar sembahyang saya waktu Subuh. Saya akui di sini, jarang-jarang betul saya bangun Subuh. Lompong-lompong Subuh saya, Isya' pun begitu juga. Saya amat sedar hal ini, saya juga berusaha untuk tidak menjadi seperti ini, tapi godaan syaitan masih berleluasa. Bagaimana mahu memulakan hari dengan baik jika tiang agama saya yang 5 ini tidak pernah lengkap. Jarang sekali lengkap. Hati saya sangat senang jika 5 waktu saya lengkap. Kegembiraan yang mendamaikan hati. Macam hati kita yang rasa tenang dan damai sepanjang bulan Ramadan.

Anda bagaimana?


2 comments:

lia said...

aku pon sama lompong jgk

Rafeah Sapari said...

ermm..sama-samalah kita usaha, tutup lompong-lompong tu..amin..