Pages

Friday, December 31, 2010

Hari Ke'poyo'an - 30 Dis 2010

Hari ini memang meriah, penuh warna warni.

Hari ini saya ada meeting di Putrajaya. Sebenarnya tak ada hati sangat nak pergi pun. Diorang pun panggil meeting last minute. Tapi terpaksa pergi jugalah sebab bos pun tak dapat datang. Meeting pukul 9 tapi kami ni pukul 6 baru terkedek-kedek bertolak. Nasibla kan, mesti sampai lewat.

Secara rasminya sampai ke Parcel E dalam pukul 9.30. Dalam hati dah cuak juga, meeting mesti dah mula.Nasib baik dapat letak kereta dekat dengan tempat meeting, tak kena jalan jauh. Masuk aje blok bangunan, ambil pas dan terus ke Tingkat 9. Masuk-masuk aje terus jumpa bilik mesyuarat dan pejabat. Kawan saya tunjuk la surat panggilan mesyuarat tu kat orang yang kat situ. Dia tengok surat tu dan terus kata"Haa meeting tengah jalan tu, masuk lah". Kitorang pun dengan konfiden terus masuk dan ambil tempat duduk. Elok-elok aje ada tiga tempat kosong. Bila dah duduk tu kan, tengok orang-orang kat dalam bilik tu semua muka unfamiliar. Tengah bincang pasal projek mana ntah, bukan projek Mersing pun. Masa tu jantung macam nak meletup dah, we are in the right place, right time, but something is wrong somewhere. Bila kawan saya periksa dengan orang yang in-charge panggil kitorang meeting, rupa-rupanya itu bukan meeting projek kitorang. Masa tu rasa macam ghaib aje. Kalau ada invisible cloak macam Harry Potter tu, dah lama saya pakai. Malu, malu, malu!!

Sebenarnya wakil-wakil konsultan seperti saya ni tak perlu masuk meeting pun. Kami kena stand by aje. Boleh macam gitu ye? Nak buat macam mana kan, mereka ini klien. Kitorang ini jauh-jauh datang dari JB semata-mata untuk stand by aje ye? I'm pretty sure the other consultants QS, M&E pun hangin juga.

Sambil-sambil borak kosong sebab tak jadi masuk meeting tapi kena tunggu juga (kena stand-by la katakan), aktiviti paling best ialah pergi toilet untuk touch up mekap dan betulkan tudung atau baju yang dah senget-senget sikit. Lepas betulkan tudung, saya pun masuk toilet nak buang air,elok je tengah duduk tu kan, tetiba handphone saya bunyi. Dengan innocent nya saya angkat dan cakap hello..Rupa-rupanya Uncle Chin, colleague dari S'pore. Elok je lepas bagitau dia saya tengah meeting, tiba-tiba jamban tu mem'flush' diri sendiri pulak. Eiii haru betul, kantoi la saya dalam toilet. Terus saya letak telefon. Dah keluar sampai ke lobby baru saya telefon Uncle Chin balik semula. Muka saya dah hijau dah, malu!

Finally penantian kami wakil konsultan pun berakhir. Datang jauh-jauh cuma discussion yang tak sampai setengah jam. Rasa macam hampeh aje.

Lepas tu ke Alamanda pula. Nak masuk KL takut jalan jem dan sesat. Saya dengan gembiranya hari ini boleh habiskan pusing satu bangunan tu. Selalu pergi tak dapat round habis, datang makan aje. Tujuan utama satu aje, nak beli handbag baru. Akhirnya setelah pusing satu Alamanda, dapatla handbag sebuah yang agak mahal bagi saya tapi rasa berbaloi membelinya. Saya rasa citarasa saya semakin tinggi, makin cerewet nak beli-beli barang. Tapi saya harus ada sesuatu untuk reward diri sendiri sebab berjaya melalui 2010. Ecehhh..Tercapai juga hajat. 2 tahun tu tak beli handbag. Lama ape.


Ni la dia, beg baru saya. Besar juga, boleh sumbat macam-macam.

Moral of the story:
  1. Pastikan anda berada di tempat yang betul dan masa yang betul bila masuk mesyuarat. Kalau tak nanti jadi macam saya.
  2. Jangan angkat telefon bila kat dalam toilet. Ok!
Saya rasa saya nampak bos lama saya kat Batu Pahat kat R&R Seremban. Tak sempat nak panggil dia sebab saya tengah cakap telefon dan dia pun jalan laju. Tak apalah, kalau diizinkan Allah, akan berjumpa juga.

No comments: