Pages

Thursday, January 13, 2011

Movie Yang Tak Best

Selasa yang lepas, cuti umum sempena Hol Sultan Johor. Memandangkan hanya sehari aje cuti, jadi saya tak balik kampung. Habiskan masa di JB. Agenda utama ialah pergi rumah ofismate saya dan lepas tu tengok wayang. Ofismate saya baru pindah rumah baru. So ni kira housewarming la juga. Siap makan nasi ayam dan jus epal lagi. Memang tengah lapar pun. Makan sampai licin, tinggalkan tulang ayam je kat tuan rumah. Lepas solat Asar, kitorang pun gerak la ke Today's Mall yang kat Tiram. Jauh juga, konon la nak tengok 3D movie. Padahal kat Jusco Tebrau pun ada juga. Sebab masing-masing tak pernah masuk Today's Mall tu so kira pergi situ pun nak explore apa rupa tempat tu.

Lengang. Kalau nak lari dari hujung sana ke hujung lagi satu pun boleh. Tak akan langgar orang punya. Saya boleh jamin. Kedai pun ada yang belum buka lagi. Walaupun public holiday, tapi kitorang boleh letak kereta kat depan lagi. Kalau kat tempat lain, jangan harap lah. Kitorang dengan konfiden terus ke tempat movie. Superstar Cinema kot nama dia. Pun lengang juga. Plan nak tengok Gulliver's Travel 3D, tapi movie tu mula pukul 8.15, ada 2 jam lagi nak tunggu. Kalau tempat happening ok juga, boleh pusing-pusing. Jadi ambil la tiket cerita Season of The Witch sebab hero dia Nicholas Cage. Terus teringat cerita Sorcerer's Apprentice yang best tu.

Sekali tu, bukan cerita pasal witch, cerita pasal demon. Dah la seram, tak ade la best sangat pun.

Lagi satu disebabkan oleh keadaan yang lengang tu, rupanya dalam cinema hall pun tak ada orang. Tak sampai 20 orang pun. Saya rasa macam kat dalam drama Korea yang hero kaya sewa satu cinema hall sebab nak tengok movie dengan gefren dia yang tak kaya (hero kaya, mesti heroin miskin kan?). Menjerit sikit pun rasa macam sekampung dengar. Nasib baik hall tu baru lagi. Tak ade la bau hapak/kepam/busuk dan lain-lain. 

Saya rasa dah lama saya tak tengok cerita yang tak best kat wayang. Ada dulu pernah sekali, cerita apa ntah, saya dan housemate saya sampai tidur, terjaga sebab diorang dah tembak-tembak. Nama cerita pun tak ingat. Lagi satu cerita pelakon dia Michelle Yeoh, tu pun tajuk dah tak ingat. Pun tak best juga. Nasib la kan. Cerita yang tak best memang saya tak leh nak ingat pun.

(google image)


Tetibe je teringat cerita Gone in 60 Seconds - Angelina Jolie & Nicholas Cage. Besstttt!!


2 comments:

~*irjune*~ said...

x best ke? alaaa....baru je plan nka tgk wekend ni

Rafeah Sapari said...

aku rasa cerita tu tak best. ko try la tengok, mana tau ko rasa best pulak.