Pages

Sunday, March 20, 2011

Bila Tak Ada Karen.

Ini cerita hari Khamis lepas. 

Last blackout was about two weeks ago. Memang seronok sebab black out pukul 5.30 petang. Terus malas buat kerja.

Yang hari Khamis semalam, kena pukul 10pg. Masa tu kitorang baru lepas breakfas. Saya makan roti canai Pak Atan. Masuk ofis pukul 9. Pukul 10 baru nak start kerja. Biasalah kan. Kena isi perut dulu, baru ada tenaga. Masa tu pun bos saya baru lepas kol. Sepatutnya pagi tu dia ke Singapore dengan ofismate saya, Leong drafmen yang merangkap driver merangkap juga sebagai guard bos saya bila time gaji, eh yeke kau guard bos?. Tapi pospon, nak pergi lambat pula. Leong terus tidur. Kalau u all kat sini, mesti u all terkejut, betapa cepatnya dia tidur. Cakap je nak tidur, lepas tu terus dengar dia kroh kroh kroh.

Ok, kita tinggalkan Leong dalam lena.

Tinggal la kami yang girls 4 orang. Masa tu saya tengah pening kepala nak draf surat. Siapa yang tak pening, buat surat nak tembak orang. Sambil-sambil discuss camne nak draf surat tu, macam-macam perkara juga yang kami borak kan. Tapi saya la orang pertama buat cerita. Cerita saya dan kawan baru saya. Pasal apa tu, nanti kita cerita. Lepas tu cerita pasal perkara-perkara yang jahat yang pernah kita buat. Tu pun saya yang cerita juga. Diorang ni tak nak cerita pula. Tak apalah, itukan hak mutlak tuan punya badan. Saya ok saja. 

Banyak lagi perkara-perkara yang agak sensitif yang kami bincang dalam ofis yang gelap dan panas. Panas sebab tingkat ada 1, tak cukup pengudaraan. Lama-lama bau karpet pun naik. Hapak tak boleh tahan. Mana tak hapak, setakat vakum 2 kali seminggu, orang keluar masuk hari-hari.

Sampai waktu lunch, masih blackout lagi. Masa tu bos saya dah kol, minta kompeni profile yang dia suruh saya buat dari Isnin lagi. Saya betul-betul tak ingat langsung. Apasal tah, memang langsung tak masuk memori. Boring punya pasal, kitorang semua lunch kat Larkin Perdana. Harap-harap lepas lunch keadaan dah ok. Nasih baik bila kitorang balik dari makan, ofis dah ada karen macam biasa.

Masa tu baru tersedar, tempat yang kitorang buat pot borak tadi, memang bersepah. Kertas draf surat tu dah habis kena conteng. Ada bintang-bintang, ada lukisan muka saya yang tak serupa saya. Macam-macam lagi. 

Tapi apa yang saya nampak ialah, 2 environment which is totally different. Even it's the same place. We are more sensitive and more close with each other in the dark. You'll be more relax and easy to express, share your feelings. Bila ofis tu terang, perasaan relax dan keterbukaan tu dah tak ada. Totally opposite.

Saya tak tau orang lain macam mana. Tapi itu yang saya rasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: