Hari Jumaat yang lepas, saya ke tapak projek di Pagoh. Ada sedikit masalah, yang bukan kecil isunya. Saya datang dengan bos saya. Naik kereta dia. Mestilah kan. Kalau naik Kancil saya tak dapat lah dibayangkan. Sepanjang perjalanan dia bercerita. Cerita pasal dia kerja dulu-dulu, cerita pasal kawan-kawan dia, cerita pasal anak dia, cerita pasal staf ofis, cerita pasal projek sekarang dan akan datang, cerita pasal projek-projek yang pernah runtuh kat Singapore. Dia bercerita tak berhenti. Berhenti kalau dia hisap rokok aje. Banyak benda yang dia cerita. Pengalaman hidup dia memang banyak.
Dari banyak-banyak cerita tu, saya paling suka yang pasal seorang kawan dia. Dia ada kompeni sendiri, lebih kurang sama macam bos sayalah. Selama 20 tahun, dia hanya ada 5 orang staf sahaja, kerja tunggang terbalik. Tapi akhirnya, 10 tahun kemudian, syarikat dia berkembang baik sehingga dia ada 50 staf. Dan dia bersara ketika kompeni dia berada di puncak. Lepas tu bos saya cakap dengan saya, dia tak tau dia boleh tunggu sampai macam tu sekali. Tapi expression muka dia tu memang dia harap kompeni ini akan berkembang baik. Hopefully.
Ada lagi cerita, pasal orang-orang yang dia kenal masa mula-mula kerja dulu. Diorang ada yang kerja cikai-cikai aje. Tapi sekarang pangkat bukan main besar lagi, ada CEO, ada yang jadi director. Diorang ni jenis yang setia, ada yang kerja sampai 20 tahun. Bos saya cakap, "with the right company, with loyalty and hardwork, you'll excell". Saya tak tau, saya boleh setia selama tu. Tengoklah macam mana.
Cerita paling biasa tapi hari Jumaat tu saya dengar lebih detail ialah pasal staf, pasal ofismate kitorang sendiri la. Cerita pasal orang tak puas hati kat dia, cerita pasal asik dia je yang jadi orang jahat, tukang marah. Cerita pasal duit kompeni datang dari mana. Ada macam-macam cerita la. Tepu juga telinga saya. Tapi saya dengar aje. Bagi peluang dia buat luahan.
Dari pukul 10.30 pagi kitorang bertolak, sampai kul 5.30 petang kitorang sampai JB balik, saya rasa dia telah 'release'kan tension dia dengan bercerita. Saya pula yang tepu. Adehh..
I think I'm a good listener.
Yeke?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment