Pages

Wednesday, September 21, 2011

Muka Toya

Orang lain kemain lagi gembira kalau makan kat McD. Tapi budak sorang ni memang suka buat muka toya. Konon-konon tak berminat la dengan makanan depan dia. Saya punya dengan mak punya dah selamat masuk perut. Dia punya siap bungkus bawa balik. Milo aje yang licin.

Makan fast food sempena kemerdekaan dari periksa UPSR. Macam la pernah pantang selama ini. Megi pun dia telan suka suka hati.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Makanan Waktu Boring

Boring aje makan. Lapar pun mestilah makan. Kalau dilayan hati perut ni, sehari 10 pek biskut pun boleh habis. Jadi limit sehari bawa sepeket aje. Sepeket tu ada 3 keping.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 16, 2011

16 Sept 2011

Hari ni cuti. Tapi masing-masing dalam rumah ini mood kerja. Jadi semua orang masuk ofis hari ni. Saya pun join sekali. Tapi hari ni masuk Proteam.

Dah lama tak breakfast macam ni. Sedap ok. Makan sambil tengok konsert Aizat kat channel Fiesta.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 10, 2011

My New Workplace

Sedih tengok blog sendiri. Macam tak ada kasih sayang. Cuma ada 2 entri aje bulan lepas. Bulan ni pula tak tau la macam mana. Dengan header yang tak sempurna tu. Akan saya sempurnakan kalau ada masa terlebih. Harap-harap skin yang ini nampak segar.

Saya memang dah lama tak merapu kat dalam sini. Kita teruskan. Nak cerita pasal ofis baru. Dah sebulan lebih baru nak cerita. Tapi harapnya tak basi lagi. Saya rasa saya macam tak sepenuh hati kat sini. Sebab apa, tengok senarai di bawah:

Sebab satu : Saya rasa saya tak sempat sediakan mental saya untuk ke tempat baru. Last day kerja hari Jumaat. Selasa tu dah masuk tempat baru. Lepas tu walau pun secara asasnya buat design, tapi diorang punya approach memang lain. Jadinya nak masukkan input baru tu tanpa membuat mind analysis tu memang la susah. Lain la freshie, semua input terus masuk dalam kepala. Seminggu pertama totally honestly I don't know what to do.

Sebab dua: I have no friend! Enough said

Sebab tiga : Since I'm all alone, lunch break saya akan balik rumah untuk lunch dan solat. Lagi la obvious saya ni lone ranger. Duhhh...

Sebab empat : Saya rasa ofis baru ni terlalu harmoni la. Suasana kerja dia memang la tip top. Letak punggung kat kerusi terus aje start buat kerja. Kadang-kadang saya rasa kerja urgent ke tidak ke sama aje. Kalau drawing tak siap bos pun tak marah, cuma tegur aje lain kali coordinate betul-betul dengan drafmen. I came from a place where my employer really loves to shout and yell and get angry easily and lough loudly then suddenly work at such a quiet, organized place. Memang patut lah kepala ni susah nak terima. I need some noise please!!

Sebab lima : Saya rasa saya pindah tempat kerja ni tak cukup jauh. Patut pindah KL ke apa ke eh. Baru la nama dia tukar angin. Saya rasa sebelah kaki ni ada lagi kat tempat lama dan sebelah kaki dah kat tempat baru. Help I'm stuck.!! Memandangkan saya buat part time di tempat lama, makin la saya rasa saya masih lagi part of the company. But I'm no longer work there!

Harapnya ini semua akan berlalu. Saya bagi diri sendiri probation period 3 bulan. Kalau bulan ke-3 tu masih lagi rasa di awangan, maka haruslah cari tempat lain. Which is I've done it before during my time with EsaJP. Kerja tak sampai setahun dah tergedik nak berhenti.

I love my job
I love my job
I love my job


Friday, September 9, 2011

Motivasi Hari Jumaat

WORK HARD AND EARN MORE WHEN YOU ARE YOUNG, IF YOU ARE SLOW THAN HOW TO BUILD FORTUNE IN THE NEAR FUTURE

Ini adalah ayat dari seseorang yang menusuk kalbu. Tajam tapi memang bermakna. Kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk cakap macam itu supaya kita dapat kesedaran. Kadang-kadang kita rasa dah cukup rajin, tapi sebenarnya tidak. Tapi memang logik kan? Kalau tak kerja keras waktu muda ni, takkan dah tua baru terhegeh-hegeh nak kerja keras. Masa tu mesti kita dah menyesal, kenapa masa muda tak nak kerja rajin-rajin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.