Pages

Thursday, January 26, 2012

Hari Surirumah

Hari ini

Pergi sarapan
Pergi pasar
Balik rumah
Kemas esbok
Kemas dapur
Masak+kemas dapur lagi
Masak apa?
Masak sup tulang+bihun

Tuesday, January 17, 2012

Deko Ofis

Deko ofis sempena Tahun Baru Cina. Tepek kad kat dinding dan gantung macam-macam kat siling. Tema berubah ikut perayaan. Waktu raya puasa, siap ada ketupat. Waktu Krismas ada pokok krismas dan kotak hadiah kat bawah pokok (hadiah dummy aje). Jadi, setiap kali raya, mood ofis ni akan berubah. Ini semua hasil kerajinan Kak Nor.

Monday, January 16, 2012

Mumble

Thinking too much = grey hair
Sign of aging = grey hair
Hair damage = grey hair

I've spotted a few grey hair. By the time I'm 40 maybe 25% will be the grey. Scary? Don't be.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 12, 2012

Kisah Sedih

Pernah tak anda semua rasa tentang perkara yang bukan mengenai kita tapi amat mengganggu ketenteraman minda.

Beberapa hari lepas, saya letak kereta di belakang blok ofis. Kalau siapa yang biasa di Larkin Perdana, ramai orang letak kereta dekat kawasan Apartment Sri Impian. Tak payah letak kupon. Biasanya saya akan letak kereta saya di stesen Caltex, kena jalan kaki sikit lah. Memandangkan hari tersebut saya pakai high-heel (baru beli, sayang nak bagi rosak & kedekut duit nak beli kupon parking) jadi saya letak kereta kat belakang ofis. Jalan kaki sikit aje. 

Waktu lunch break, macam biasa saya akan balik rumah untuk solat. Dalam perjalanan nak ke kereta tu, saya nampak seekor anjing ni. Sangat lah kesian. Kurus, lepas tu berdiri sambil terketar-ketar. Mata pula dah terpejam. Saya rasa dia menggunakan segala kudrat dia untuk melangkah. Saya tengok memang nak menangis. Serius sedih. Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang anjing tu terketar-ketar. Saya tak pernah nampak binatang dalam keadaan derita macam tu sekali. 

Entah lah apa cerita. Harap-harap dia mati, hilang derita. 

Taubat tak nak letak kereta kat belakang ofis lagi.


Sunday, January 1, 2012

01 Jan 2012

Dengan nama Allah yang Rahman dan yang Rahim, saya mulakan tahun 2012 dengan niat menjadi manusia yang lebih baik dari tahun lepas. Syukur dengan limpahan nikmat sepanjang 2011. Syukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menghadapi cabaran 2012. Dengan izin Allah, kita semua akan beroleh kejayaan. Amin..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.