Pages

Sunday, March 4, 2012

Pasta Tuna Brokoli

Selamat hari minggu. Waktu entri ni ditaip, saya masih tergolek lagi kat atas katil kat kampung. Pagi-pagi memang la teramat sejuk. Mak pula tengah siram pokok bunga dengan abah kat halaman.

Ok, nak kongsi resepi yang saya masak Jumaat malam yang lepas. Senang,berkhasiat dan cepat.

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

Pasta (anggaran 1 cawan atau kuantiti ikut suka)
Bawang kuning/bawang besar 1 biji
Bawang putih 1 ulas
1/2 Brokoli
Tuna dalam tin (saya suka Spicy Tuna Chunks in Oil)
Herba campuran (McCormick Mixed Herbs)

Cara-cara:
1. Masak pasta mengikut arahan di dalam paket. Masukkan sedikit garam.
2. Potong kiub bawang besar dan brokoli dipotong kecil.
3. Bawang putih diketuk.
4. Tumis kesemua sayuran dan bawang sehingga layu, kemudian masukkan tuna, akhir sekali masukkan pasta yang telah siap direbus dan dituskan.
5. Taburkan mixed herbs, lada hitam dan sedikit garam untuk perisa. Dan sedia untuk dihidang.

No comments: