Pages

Tuesday, May 8, 2012

Pulau Langkawi - Hari Kedua

Hari ke-2 29 April 2012. Hari paling best sebab awal pagi dah bangun. Lepas Subuh terus tak tidur, golek-golek atas katil sebab kesejukan. Suasana pagi yang memang best. Senyap sunyi aje. So aktiviti hari ini ialah Island Hopping (lompat-lompat pulau?). Sementara tunggu orang datang ambil untuk naik bot pukul 9.30 pagi, kitorang ada masa untuk sarapan kenyang-kenyang (sorang makan 2 keping roti canai, beli 2 paket sandwic). Saya pula elok aje lepas makan terus masuk dalam, air. Dah pantai depan mata, mestilah main air dulu sebelum buat island hopping. Dan akhirnya pergi ke island hopping dengan baju basah. Lepas tu kena marah dengan Ijun sebab naik kereta dengan baju basah menyebabkan seat kereta kotor (info: bot untuk aktivi island hopping  kena naik dekat-dekat dengan awana so kena naik keretalah ke sana, ingatkan pakcik bot tu datang ambil, rupanya kena pergi sendiri..hu).

Tengah siap-siap nak sarapan/main air/island hopping. Masa ni tak mandi lagi. Sebab nak main air kan, jadi mandi pun tak guna. Haha..tapi wangi tau.

Ini pemandangan di hadapan motel kitorang. Dia macam kat tengah-tengah taman. Laut kat sebelah aje. 

Ni pula perempuan dengan baju basah naik bot. Dalam bot ni cuma ada saya, Ijun, 2 orang girls dari JB & KL, sorang foreigner, dan satu family mak, bapak dan 2 budak kecil. Happening kan. Semua sporting dan tak sombong. Tukang bawa bot ni macam budak lepas SPM aje. Konfiden aje kan.


Ni yang di katakan Pulau Dayang Bunting. Tengok dari tiang bot tu, kepala dia, lepas tu her boobs, lepas tu her pregnant belly. Nampak tak? Kalau tak nampak kena tengok lagi. Tapi amaran penting, kat pulau ni sangatlah banyak sang monyet, jangan bawa makanan dalam plastik, jangan bawa benda-benda yang diorang ingat anda bawa makanan, jangan buat eye contact sebab nanti diorang akan datang dekat konon-konon kita ni dah bagi ancaman kat dia. Seriusly.


Inilah pemandangan kat Tasik Dayang Bunting. Pemandangan cantik sebab dikelilingi bukit bukau. Tapi untuk sampai ke tasik ni, stamina haruslah kuat, mula-mula kena daki tangga, lepas tu turun tangga, lepas tu baru la jumpa tasik ni. Harus diingat, disebabkan namanya tasik, air pun agak dalam, lepas tu ada ikan keli lagi kat tasik ni. Tapi diorang ni selamba aje berenang. Kat sini masa diberikan sejam aje.
Lepas dari lawatan ke tasik, kitorang semua ke pulau ape entah (tak ingat nama..) untuk eagle feeding. Masing-masing jakun tengok helang makan. Budak bot tu tabur tulang ayam nanti helang akan datang makan. Tapi memang cantik burung helang ni. Macho aje. Lepas dari eagle feeding, pulau seterusnya ialah Pulau Beras Basah (tengok gambar ni, cantik kan). Saya gunakan masa sejam yang digunakan dengan main air sampai badan belang-belang. Masa ni pakai sun-block pun tak guna sebab dah macam orang jakun tak pernah mandi laut. Tapi best. 
Ok, lepas dari lompat-lompat pulau, lepas makan, mandi, solat, kitorang masuk ke Underwater World. Tengok ikan, tengok penguin, tengok pertunjukan anjing laut yang teramatlah comel. Lepas dari tengok keindahan alam bawah laut ini, kitorang jalan-jalan kat The Zon, konon nak shopping. Tapi Ijun la yang memborong sakan. Saya pula masa ni tengah fikir macam nak beli perfume, macam sayang duit pulak. So masa ni window shopping aje. Mood membeli belum datang.
Akhirnya mood membeli telah terbit dalam jiwa, saya beli perfume ini dalam masa kurang dari 1 minit kat dalam kedai ni. Kalau nak tau, masa ni gigih nak jalan-jalan kat tempat shopping kat jeti, walaupun dah malam, kedai ni pun nak tutup lagi 15 minit. Masuk kedai aje terus ke rak Ferragamo, mula-mula nampak Attimo Floral, bau best, lepas tu nampak Ferragamo F (memang dah lama usha nak beli), tapi akhirnya beli Signorina ni. Sebab satu, dia adalah keluaran terbaru, memang baru sampai tak pernah nampak lagi kat Metrojaya, kedua bila try bau dia, terus masuk dalam kepala, otak pula bagi signal "I want this, now!", sebab ketiga kalau tak beli malam ni, mesti menyesal sebab memang ada sekotak aje esok belum tentu ada.

Ok lah, hari kedua berakhir dengan penat+gembira. Misi membeli coklat juga telah berjaya dilaksanakan. Esok hari terakhir, sekejap aje kan masa berlalu. Cerita hari terakhir di entri yang lain.  






4 comments:

Anonymous said...

hi fie... brp rm ek signorina di langkawi? mcm menarik bottle nya

~*irjune*~ said...

meh saya tlg jawab....
Segnorina almost RM400 tapi dapat less kot time tu dalam RM360++ kot.
betul tak rafe?

Anonymous said...

owh..tq irjune...
sy tgk di alor setar weekend ritu 399.. not bad la boleh dpt 360 di langkawi.. sgt wangi, lembut baunya..

Rafeah Sapari said...

hmm memang harga tu lah,try la attimo foral, pun boleh tahan best.