Pages

Sunday, May 6, 2012

Pulau Langkawi - Hari Pertama

Dah seminggu baru la nak bercerita kisah cuti saya di Pulau Langkawi. Sebenarnya ini adalah lawatan ketiga ke Langkawi. Sebelum kitorang buat keputusan ke Langkawi, saya rancang untuk ke Terengganu, Pulau Kapas. Lepas tu tak jadi. Ijun pula cadangkan kita tidur di Port Dickson, duduk la kat hotel yang gempak sikit. Konon - konon nak duduk kat Grand Lexis. Tapi tak jadi juga. Akhirnya ke Langkawi. Dalam masa sebulan berjaya juga booking motel dan sewa kereta. Hari Jumaat dah sampai bumi Perlis, duduk rumah Ijun satu malam, memang la seronok, sebab masa ni lah nak tayang benda-benda baru beli, belek-belek mekap baru. Biasalah kaum wanita memang begini. 

Ok lah macam biasa, tengok cerita bergambar. Tak adalah boring sangat.


Hari pertama 28 April, dapat feri pukul 1.30 petang. Saya sampai jeti pukul 10.30 pagi. Masa tu, memang teramatlah ramai umat manusia yang nak ke Langkawi. Beratur panjang sampai tak tau dah jadi berapa line. Muka pon dah toya aje (sebab tu tayang gambar tiket aje, muka dah sememeh sebab 2 jam lebih duduk kat jeti mengadap 1001 perangai manusia).

  


Sebaik sahaja sampai ke Pulau, terus aje kontek abang sewa kereta. Tersengih-sengih tengok kereta sewa sebab kereta baru, dan sewa agak murah. Lepas dapat kereta, terus cari Charlie Motel di Pantai Tengah. Bilik selesa, bilik air pun ok, ada hot shower. Paling best, suasana sunyi aje, tak sibuk macam Pantai Cenang. Memang saya rekemen. Best. 


Gedebak gedebuk, itu ini, akhirnya dalam 4.30 petang urusan check-in selesai dan kitorang terus ke tempat shopping. Destinasi pertama Idaman Suri. Tempat pinggan mangkuk dan segala mala jenis barangan. Tujuan utama ialah beli set sudu yang mak kirim. Sambil-sambil tu jamu mata tengok set-set seramik. Tapi perempuan dalam gambar tu muka dah toya sebab dari turun feri memang tak rehat, badan pun melengas. Constantly on the move. Lepas dari Idaman Suri, ke Kuah pula, tengok-tengok coklat. 


Destinasi makan malam pertama, Restoran Mangga. Tomyam sedap, kerabu udang sedap, sayur goreng pun sedap. Sila lah datang ke kedai ini (siap promo lagi). Harga pun berpatutan. Kitorang hirup kuah sampai licin. Lagi murah dari makan tengahari kami. Masa ini Ijun tengah buat ape ntah, tersengih-sengih sambil mengadap henfon. 

Ok, selesai hari pertama yang huru hara tapi menggembirakan. Hari kedua entri lagi satu.



No comments: