Pages

Monday, December 31, 2012

Tanah Tinggi Cameron

Percutian penutup untuk tahun 2012. Plan asal nak bercuti di Port Dickson, duduk kat villa yang atas air (siap berangan mesti best punya) tapi tiba-tiba tukar plan, ke Cameron Highands. Ini merupakan lawatan ketiga saya ke sana. Tapi setiap lawatan pasti memberikan pengalaman berbeza. Okey, tengok gambar sambil bercerita. Senang nak karang ayat.

Hari Pertama - 22 Disember 2012

Bersarapan di R&R Ayer Keroh. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi. Jadi masa ni muka masing-masing berseri, bersemangat untuk menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 550 km. Perjalanan pertama saya sejauh itu. Drive sorang-sorang. Mak, Afif (baju hitam) dan Umar satu kereta. Saya dan Siti satu kereta. Abah tak nak ikut sebab dia kata tak best tinggalkan rumah lama-lama. Ok lah, tak nak paksa.


Setelah menempuh perjalanan yang panjang dan jauh, dengan kesesakan di lebuhraya, akhirnya sampai juga ke Simpang Pulai dan terus menuju ke Cameron Highland. Mata terus jadi sejuk dengan hijau pokok, awan dan gerimis. Kitorang sepakat nak ikut Simpang Pulai sebab jalan dia landai walaupun dia sedikit jauh dari Tapah. 



Inilah tempat percutian kami. Iris House Resort. Bersebelahan dengan The Smokehouse, mengadap padang golf. Masa mula-mula sampai, GPS tak dapat cari alamat ini, jadi bila sampai di Brincang, terus la ke Iris House Hotel, saya ingat dia tempat yang sama. Rupanya dia adalah dua tempat berbeza. Nasib baik kakitangan hotel baik hati tunjukkan arah. Alhamdulillah, lokasinya jauh dari Pekan Brincang yang sibuk. Jadi  dapatlah duduk dengan nyaman selama 2 malam. Tempahan bilik dibuat di ibilik.com. Senang dan mudah.


Pemandangan dalam apartment. Ada 3 bilik beserta bilik air, setiap bilik ada tilam extra dan bantal extra. Di dapur disediakan peti sejuk, periuk nasi, microwave, jug elektrik dan pinggan mangkuk. Jadi bolehlah memasak makanan ringkas. Masa sampai di sini dalam pukul 5.30 petang. Malamnya kitorang tak ada aktivi jalan-jalan. Masing-masing dah penat dan baring sambil tengok TV adalah perkara paling best. Sejuk ke tak? Sejukkk...

Dah malam sikit saya dan Umar keluar ke pasar malam untuk beli barang makanan. Masa tu jalan jem teruk sampai kereta bau hangit. Masa tu dah seram juga, kalau jadi apa-apa. Tapi bila jalan-jalan, banyak aje kereta bau hangit. Macam mana tak hangit, jalan jem masa tengah mendaki. Ada kereta lain asyik mati-mati enjin aje. Saya memang sangat neves masa tu. Oleh sebab jalan terlalu sesak dan tempat parking pun penuh, jadi Umar terpaksa tunggu dalam kereta dan saya beli barang/makanan di pasar malam dan kedai sorang-sorang. Seram! tapi dapat beli cempedak goreng dan brokoli goreng yang sedap.

Tamat hari pertama.

Hari Kedua - 23 Disember 2012


Memulakan lawatan dari Ladang Teh. Maksudnya dari tempat paling jauh. Kitorang bertolak awal. Pukul 9 dah sampai sini. Masa ni pun dah mula orang ramai tapi parking kereta masih banyak kosong. 


Kedai teh untuk membeli teh. Mak tengah pilih teh untuk dijadikan cenderahati. Kitorang anak-anak jakun tengok teh yang macam-macam perisa. Akhirnya beli beberapa kotak teh untuk hadiah, Green Tea untuk mak, Strawberry Tea untuk abah, Umar beli Premium Tea untuk bawa balik Klang. Saya beli peta Cameron Highland. (tak ada kena mengena dengan kedai teh)


Seterusnya ke ladang Strawberri. Ke atas sedikit dari Ladang Teh. Nama kedai tak ingat apa. Tapi strawberi ini bukan jenis yang petik, timbang bayar. Boleh tengok aje. Dan ada jualan aiskrim strawberi. Pukul 10.00 pagi dah makan aiskrim. Umar beli acar strawberi dan sos strawberi. Sos tu biasalah buat topping aiskrim dan penkek. Tapi acar tu macam acar yang kita selalu makan dengan nasi minyak. Cuma rasa dia pelik sikit la. Biasalah bila tak pernah makan mesti rasa pelik. Masa ni saya dah terbayang strawberi celup madu. Sedapnya.


Seterusnya ke Rose Valley. Ok tempat ni ada dalam peta. Kira berguna juga saya beli peta. Mula-mula saya dengan mak je yang masuk dalam sini. Yang lain-lain nak jalan-jalan kawasan sekitar. Tapi las-las semua berlonggok kat sini. RM 4 per entri. Bunga tak boleh petik ok. Tapi banyak jumpa bunga dah patah. Rasa macam nak masuk dalam beg aje.


Rose Valley untuk jiwa wanita aje. Yang lain jantina menguap keboringan. Nasib korang lah!


Yang ni entah lah tak tau nama tempat apa. Sebabnya dah banyak tempat jualan macam ni. Kitorang pula asal ada tempat letak kereta je kitorang singgah. Barang yang dijual semuanya lebih kurang sama. Sayur, pokok bunga, strawberi, keychain dan benda kecil-kecil. Tengok pokok bunga memang geram. Semua cantik, bunga pun mekar aje. Tapi fikir balik, tak semua pokok tahan cuaca panas. Jadi simpan jadi gambar aje. Lepas tu keluar soalan standard "Mak, pokok ni kalau beli hidup tak", Mak kata "Tak". Sepuluh kali tanya, sepuluh kali jawapan sama.



Ke nurseri pula. Dah bawa Mak, maka haruslah ke nurseri. Diorang susun bunga-bunga ni memang menarik orang suruh beli. Ye lah siapa tak geram tengok bunga bersusun macam ni. Padahal bunga tahi ayam aje. Pun nampak cantik bila susun macam ni. Kat sini Mak beli 3 pasu pokok. Umar beli pokok anggur. Kitorang semua keluar dialog "Ko beli pokok anngur? Agak-agak tahun depan boleh jual buah la?" "Hahahha"

Lepas ke nurseri, singgah di pasar, beli jagung manis, beli sayur terung yang besar macam betik dan terus ke Tanah Rata untuk makan tengahari. Tu pun dah dekat pukul 3 baru makan. Pukul 3 pun ramai orang lagi. Tapi kadar kepadatan dah berkurang sebab hari Ahad, ramai yang dah bertolak balik. Jalan pun tak berapa sesak. 

Dah petang sikit saya, Mak dan Siti ke pasar malam Brincang. Beli apa-apa yang rasa berbaloi untuk dibeli. Beli kentang yang kecil-kecil, keledek yang warna ungu dan buah oren yang luarbiasa besar  dan makanan untuk makan malam. Umr dan Afif duduk bilik, tidur. Tamatlah hari kedua.

Hari Ketiga - 24 Disember 2012.


Ok, check out awal. Pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus ke destinasi terakhir Ke Taman Agro Teknologi Mardi. Tapi tempat ini tak ada dalam peta. Padahal ramai orang datang sini. Memang seronok. Taman besar yang dibahagi kepada beberapa bahagian. Bayaran ialam RM3 seorang. 


Jakun sekejap dengan pokok anggur. Tapi tak buah pula.


Bunga ini serius warna biru. Mula-mula tengok macam plastik aje. Tapi percayalah, pokok betul. Bunga bergayut-gayut di bumbung. 


Muka-muka pasrah+lapar. Suasana sejuk memang cepat lapar.


Mak yang excited dengan bunga ni. Dulu kat halaman rumah memang banyak tanam. Konon-konon nostalgia la bunga-bunga ini semua. Ecehh..




Ok, persinggahan terakhir. Ini dalam perjalanan ke Tapah. Pemandangan gerai orang asli adalah biasa. Singgah untuk beli Madu Tualang. Lepas tu jakun sekejap dengan buah tampoi. Macam manggis tapi warna putih. Waktu pagi buah rasa masam dan manis apabila dimakan waktu tengahari/petang. Mula-mula macam tak percaya, tapi memang betul. Terbukti. Sempat juga makan durian liar. Sedapnya. Luarbiasa. 


Jalan Tapah-Cameron Highland yang sempit. Padan lah dulu masa rombongan sekolah ramai yang mabuk, jalan bengkang bengkok. Saya pun bawa kereta dengan kadar yang perlahan. Asyik kene potong aje. Nasib lah, takut nak laju. Kang masuk gaung pula. Seat belakang penuh dengan pokok bunga. Bonet pula dengan segala mala jagung, keledek, buah dan jajan lain. Kereta Umar penuh dengan baju kitorang.

Akhirnya berjaya keluar dari Tapah, makan tengahari di R&R Tapah dah teruskan perjalanan pulang. Dalam pukul 6 petang dah sampai rumah. Lega. Abah sambut kitorang dengan lauk itik masak kari pekat. Berakhirlah percutian. 

Alhamdulillah. Berjalan menambah ilmu, mengenal tanda kekuasaan Allah Yang Esa.










Saturday, December 29, 2012

Jerry's Cubicle

This picture is during and after cleaning up the shelves at Jerry's cubicle. He's moving into his own room (gaya ala-ala bos ada bilik sendiri).

Those in garbage plastics are all working papers and old files that has been in the shelves for years.

Now the desk all cleared up, the shelf empty, waiting for new shelf to come. The old one we put it at our newly renovated store. So in future the junior engineer will be my new cubicle neighbour.


Rafeah Sapari

Wednesday, December 19, 2012

Isabella

Saya beli buku ni di Terminal Larkin. Siapa yang pernah ke Terminal Larkin mesti pernah nampak kedai buku ni, yang majoritinya ialah kitab-kitab dan buku berkaitan Islam. Di pintu kedai ada susunan novel yang berlambak-lambak, kalau bernasib baik akan dapat naskhah yang baik.

Tertarik sebab buku Isabella ini adalah terjemahan Sasterawan Abdullah Hussain (yang juga menulis novel Imam). Buku ni nampak nipis, tapi isinya "tebal dan berat". Ambil masa juga nak habiskan. Harapnya saya dapat kekuatan untuk membacanya kali kedua.

Inti buku Isabella ini adalah perdebatan perbezaan di antara Islam dan Kristian, Quran dan Injil. Sangat menarik dan saya rasa buku ni berbeza dengab buku-buku yang pernah saya baca.

Selepas baca buku ni, saya sedar selama ini saya dilahirkan sebagai Islam namun tidak pernah mendalami isi kandung kitab yang diturunkan untuk umat Islam.



Rafeah Sapari

Sunday, December 9, 2012

Pearls

I received my pearls yesterday from my best buddy Ijun.

Its peach, greyish in colour.

Beautiful.

Thanks beb!!.

(ps, ignore my fat hand, look at the pearls only)


Rafeah Sapari

Friday, December 7, 2012

Pemandu Yang Sedang Memandu

Perkara-perkara umum yang selalu dilakukan ketika memandu sendirian.

1. Dengar radio, sambil tangan picit-picit butang channel radio yang ada lagu best.
2. Nyanyi dengan penuh perasaan. Sambil goyang-goyang kepala,bahu.
3. Makan kerepek pakai tangan kiri. Sebab tangan kanan pegang stereng.
4. Bergayut telefon. Selit henfon kat tudung. Kalau skema pakai earphone.
5. Main sms.
6. Marah-marah bila ada kereta kat kiri atau kanan atau depan atau belakang yang ada gaya-gaya nak sondol atau himpit kereta kita.
7. Korek hidung. (pastikan kereta tinted ok. Kalau tak, malu!)
8. Menguap besar-besar tapi tak tutup mulut.
9. Berangan bila nampak kereta idaman lalu kat sebelah atau memotong kereta kita. Sambil mulut cakap "huuu...bestnya kete tuuuu...."

ok, siapa ada buat, sila angkat tangan.
Kalau anda tak buat perkara di atas, mungkin anda bukan manusia.


Rafeah Sapari

Saturday, December 1, 2012

API Fat Burner

Hari ni hari pertama saya ambil Fat Burner ni. Dia herbal supplement yang terdiri daripada Arabica Coffee, Green Tea, Cola Nut, Cinnamon & Cayenne Pepper.

Rasa panas sikit. Sebab tu kena minum banyak air. Benda ni banyak jual di gym. Dalam sebulan ni selepas satu botol saya akan buat testimoni. Sebab bukan saya seorang sahaja yang ambil, tapi beberapa orang di gym juga join ambil Fat Burner ni.

Tapi bau macam jamu. Yuksss..


Rafeah Sapari

Cerita Minyak Wangi

Hari Khamis lepas (cuti hari keputeraan Sultan Johor), saya dan housemate ke Holiday Plaza. Dia pun tak pernah datang sana walaupun tempat kerja dekat aje.

HP adalah tempat best kalau anda peminat aksesori telefon. Paling banyak brabd Samsung & Apple. Nokia tak ada pula. Sedih.

Lepas tu masuk Parkson, pusing-pusing sana sini rasa macam tak ada barang nak beli. Kaki pun gatal ke booth Chanel. Tak pernah try lagi bau perfume dia. Lady yang jaga kaunter pun peramah. Pertama try Chanel no. 5. Sangatlah klasik sebab perfume ni sangat lama. Dah jadi signature Chanel. Untuk tahun depan punya kempen, Brad Pitt jadi model. Kedua try Chanel no. 19. Bau dia fresh dan  maskulin. Ketiga Coco Mademoseille. Pengsan jap.

Best. Best. Best.

Nak beli. Nak beli. Nak beli.

Lepastu tanya harga. Pengsan sekali lagi. Untuk 100ml RM 400++. 50ml RM 300++. Selalunya RM300++ adalah harga normal untuk 100ml punya botol.

Lepastu cakap kat lady yang kat kaunter tu. Tak apa nanti tunggu bos bagi bonus baru saya beli. (kalau bos tak bagi bonus, kumpul duitlah. Hui hui).

Happy.



Rafeah Sapari