Cream Cracker Layered Cake With Cream Cheese.
Kisah dia macam ni. Satu petang tu sepupu saya datang ke rumah. Dia memang selalu datang jalan-jalan. Anak-anak dia suka melepak kat rumah mak saya. Jadi petang tu dia datang bawa sepiring biskut yang dah susun-susun dengan cream cheese ni. Rasa dia lemak-lemak manis. Dia pun cerita lah, di sekolah cikgu-cikgu semua tengah kemaruk buat makanan ni. Macam-macam versi ada. Ada yang versi biskut keras, ada yang lembik berair. Sepupu saya buat pakai biskut jagung. Sedap juga. Jadi saya pun cuba-cuba nasib dengan cari di Internet resepinya. Akhirnya jumpa. Dan terbukti menjadi. Saya kongsi link resepi di bawah:
http://khairulabdullah.com/cream-cracker-layered-cake-with-cream-cheese/
Untuk sos karamel, sila baca resepi di bawah. Saya ambil dari buku Sticky and Steamed Pudding (beli masa zaman Matrikulasi USM)
1 cawan gula perang
125g mentega
1/2 cawan krim (saya guna susu cair/krimer yang dalam tin)
Satukan gula, mentega dan krim di dalam periuk dan masak dalam api yang kecil untuk 5 minit atau sehingga gula larut. Mudah sahaja. Saya buat sos ini lebih awal. Jadi tak kelam kabut.
Inilah rupa. Letak atas tutup bekas aje. Tak ada presentation langsung.
Red Velvet Cake/ Kek Merah Baldu
Selama ini asyik membeli aje, teringin pula nak buat sendiri. Walaupun buttermilk buatan sendiri tak berapa menjadi dan frosting pun buat 2 kali sebab mula-mula buat hangit. Saya kongsi link di bawah
Saya tak gunakan cream cheese untuk frosting, saya ikut dalam blog leelabean. Lihat link di bawah.
Saya punya frosting tidaklah selicin seperti yang miss leelabean buat. Boleh lah untuk puaskan hati. Maklumlah segala-galanya pertama kali.
Inilah hasil air tangan saya malam raya. Kek merah ni sangat banyak pakai pewarna, dalam anggaran 2 sudu teh pewarna merah. Tengok pun seram. Ini semua gara-gara nak dapatkan warna merah baldu. Saya pakai loyang bentuk empat segi tepat. Jadi saya belah di tengah-tengah dah jadi dua lapisan. Sapuan frosting tak beberapa senonoh tu pun saya yang buat. Memang tangan keras. Tak apa, usaha lagi.
Kek seterusnya kena tunggu bulan depan. Kena jaga kesihatan.
4 comments:
Ooo...mcm biskut cheese oreo yg aku baca dlm blog sorang blogger ni
oo penah juga dengar orang buat pakai oreo. tapi hitam la pula nanti.
Do you have the recipe for the red velvet cake by any chance? the website link is not working :(
Post a Comment