Pages

Monday, December 2, 2013

Kuih

Nak kongsi satu kisah.

Kisahnya begini, 2 minggu yang lepas, kami sekeluarga (kecuali Abah dan Omar) dalam perjalanan ke Zoo Melaka. Sebaik sahaja keluar simpang depan kampung, mak suruh saya berhenti beli kuih, buat bekal makan dalam kereta. Masa tu cuma adik saya Siti yang keluar untuk beli kuih. Dia beli kuih apa, saya pun tak tau.

Bila dah masuk semula dalam kereta, mak tanya la beli kuih apa (mak duduk depan, Siti dan Afif duduk belakang). Masa tu adik saya yang bongsu, Afif dah mula buka plastik bungkus kuih. Dia balas kuih cucur badak. Mak tanya lagi, beli kuih satu macam aje ke. Afif kata ada lagi kuih, Siti beli kuih kampung. Mak tanya, kuih apa, dia balas kuih badak dugong. 

Badak dugong? 

Rupanya kuih cek mek molek, Afif kata sebab bentuk macam dugong, rasa tepung macam cucur badak. Adoyaii..Nasib baik sedap. Layan aje lah makan kuih cucur badak dengan badak dugong sambil memandu.


Ini dia kuih cek mek molek. Nama bukan main cun. Tiba-tiba jadi badak dugong pula.
(gambar dari google)



No comments: