Zoo Melaka lagi?
Kali ni pergi dengan Mak, Siti dan Afif. Tahun 2010, saya datang zoo dengan kawan-kawan. Sudah tentu perasaan yang berbeza, tapi kemungkinan mengadap haiwan-haiwan yang sama. Kisah perjalanan yang lepas pun saya ada abadikan di sini.
Kami ke Melaka hari Jumaat 22 November lepas sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor. Perjalanan ke Melaka tak lah jauh sangat. Dalam sejam lebih sudah sampai ke destinasi. Kami sampai dalam jam 10.30 pagi. Perkarangan zoo sudah banyak berubah. Ada deretan kedai-kedai cenderamata, parking pula kena beli tiket sehari RM5. Boleh digunakan di serata Melaka dalam sehari. Tapi agak merugikan bagi saya kerana saya gunakan di zoo sahaja.
Pada masa tu agak ramai pengunjung yang datang ke Zoo. Kebanyakannya dari Johor. Sebab hampir kesemua kereta berplat J.
Alhamdulillah, cuasa tak berapa panas, jadi dapatlah menikmati alam sekitar dengan senang tanpa rasa peluh melekit.
Habis pusing-pusing zoo, kami ke Mydin untuk makan tengahari dan sedikit beli belah. Tak boleh beli belah banyak sebab belum gaji lagi. Tudung kat sana memang murah. Sebelum balik singgah di Ayer Keroh untuk beli jajan.
Oklah kita tengok gambar.
Masa mula-mula. Mak yang bersemangat. Sebab dia yang ajak pun.
Nama dia bukan main seram lagi. Burung dia muka selambe aje. Cool
Bird show. Burung ni tau ambil duit warna merah aje. Pandai orang-orang zoo ni buat duit. Haiwan dilatih atau haiwan dimanipulasi. Hmm...
Kakak sikit punya pose, adik muka macam kena paksa.
Dengan kakaktua.
Giliran saya pula. Rasa macam dah jalan 10,000 langkah.
Masing-masing perasan dah kurus bila dah selesai pusing satu zoo.
Deretan kedai cenderamata. T-shirt, fridge magnet, air sejuk, buah. Topi pun banyak dijual.
Sediakan duit sahaja.
Ok, cerita tamat.
No comments:
Post a Comment