Pages

Thursday, February 13, 2014

Terima Kasih

Cerita ni bermula bila saya dan adik saya Omar, pergi ambil adik saya Afif balik sekolah. Oleh sebab saya cuti Sabtu-Ahad dan sekolah pula Jumaat-Sabtu, jadi hari Ahad memang jadi kebiasaan untuk ambil Afif balik sekolah. Kebetulan hari minggu tu, Omar pun ada balik kampung, jadi saya pergi dengan dia. Walaupun pukul 1.30 tengahari tu panas, tapi macam enjoy aje ambil adik balik sekolah. Enjoy sebab dia tak berapa suka abang/kakak ambil dia pakai kereta. Dia akan jalan buat stail tak kenal lepas tu selamba aje buka pintu kereta. Kitorang memang suka buat benda yang dia tak suka. So funny. Masing-masing dah dewasa tapi suka buat perangai sakat menyakat.

Jadi hari tu Omar tumpangkan sekali kawan sekolah Afif, Faris nama dia. Abang dia kawan Omar, kakak dia kawan saya, seorang lagi kakak dia (arwah) kawan Siti. Adik beradik Faris ni kesemuanya ada yang sebaya dengan adik beradik kitorang. Entah berapa belas, dua belas atau sebelas orang. Memang keluarga besar. Rumah pun tak jauh dengan rumah kami. Sebelah kampung aje. 

Bila sampai rumah dia tu, macam biasalah orang menumpang kan selalu cakap terima kasih. Sekali tu dia cakap terima kasih dengan semua yang dalam kereta tu.
"Terima kasih Afif!"
"Terima kasih abang!"
"Terima kasih kakak!"
Cakap dengan nada yang bersemangat, nada yang ceria. Membuatkan saya dan Omar tersengih sampai ke telinga. Sampai sekarang ucapan "terima kasih abang!, terima kasih kakak!" selalu disebut-sebut di rumah. Sebabnya, tak pernah lagi dapat ucapan terima kasih yang begitu semangat dan ceria. 

Jadi sekarang ni, asal hari Ahad aje bersemangat nak ambil Afif balik sekolah, nak tumpangkan Faris.

Terima kasih Faris!

No comments: