Pages

Tuesday, August 28, 2012

Kecintaan Baru

Angin badai nak pakai "platform heels" melanda jiwa. Setakat ini dah ada 3 dalam koleksi. Paling best yang warna kelabu tu sebab nampak formal. Yang ada tali belakang tu pakai selesa tapi kaki saya memang tak sesuai kalau ada tali belakang. Tak pernah nak tersangkut betul-betul. Baru jalan sikit dah terlepas. Jadinya cuma pakai beberapa kali aje.



Rafeah Sapari

Sunday, August 12, 2012

Bunga

Hari ni hantar mak ke kedai bunga. Bunga plastik yang berlambak kat Air Hitam tu. Memang dah jadi kebiasaan asal nak raya je mesti buat lawatan rasmi ke kedai bunga. Untuk kesekian kalinya, kitorang datang ke kedai bunga siap bawa pasu sekali. Senang, tak payah pening kepala nak gubah. Kalau nak kira macam lagi jimat buat macam tu sebab kita cakap kat tauke kedai tu nak bunga warna apa, jenis apa ros ke, orkid ke dan bajet yang kita ada berapa. So kali ni mak ambil bunga orkid, bajet dalam RM50.

Hasilnya boleh tahan cantik lah. Kalau buat sendiri belum tentu jadi. Tapi lupa nak ambil gambar. Jadi saya masukkan kat sini gubahan orkid yang saya rasa cantik tapi mahal mengalahkan baju raya saya.


Rafeah Sapari

Wednesday, August 8, 2012

Raya oo Raya

Raya checklist.

Baju raya - dah siap, tunggu mak jahitkan manik..hihii..tenkiu emak..
Kasut raya - macam nak pakai tahun lepas punya aje, sebab memang sah tak pakai lagi.
Handbag raya - dah beli masa nak ke wedding Yani.
Tudung raya - belum beli lagi..konfius nak warna ape.
Kuih raya - belum beli
Langsir bilik - pakai yang tahun lepas punya, walaupun mak dah sound suruh beli baru.
Cadar - yang tahun lepas punya belum hantar dobi lagi. Pakai sebulan, pastu lipat, simpan. Asyik bertangguh nak hantar dobi, last-last dah nak raya semula. Adakah patut saya beli baru? Ikut hati gatal ni memang patut sangat. Padahal, bukan ada orang nak tengok bilik pun. Saje syok sendiri.

Setakat ni je yang ada dalam ingatan.

Rafeah Sapari

Vandalism

Semalam datang ofis dengan rasa kepelikan. Pelik sebab bos saya dah masuk ofis lebih awal dari saya. Rasa nervous sekejap, maklumlah muka tak pernah datang pukul 9 tepat. Bila saya naik atas dengar kecoh-kecoh Kak Nor dan bos saya bercakap-cakap. Masa tu ofis gelap. Saya ingat pagi-pagi dah tak ada karen, sebab minggu lepas pun blok ofis ni bergelap sejam lebih. Saya dengan ramah pun tanya "What happened?".

Kak Nor jawab, ada orang curi kabel letrik. Blank sekejap. Curi kabel? lepas tu baru la nampak kabel letrik dah kena potong atas dan bawah. Bukan ofis ni aje, ofis tingkat atas pun kena. Pintu sebelah ni pun kena juga.

Nasib baik tak ada siapa yang pegang kabel yang kena potong tu. Kalau tak ada la yang dah kering kena karen. So semalam adalah hari cuti tak rasmi kitorang.

Tiba-tiba rasa hepi sebab saya ada banyak masa untuk buat part time. Jadi semalam saya habiskan separuh hari di ofis lama. Sememangnya kerja di sana lagi banyak kalau nak dibandingkan dengan kerja di ofis sini.

Statement paling best semalam, bos tingkat atas "Your office also kena ? ..Hayyooo...there's nothing safe in this country anymore"



Rafeah Sapari

Thursday, August 2, 2012

Tahun ke 2

Pertama sekali, selamat menyambut Ramadan. Walaupun hari ni ialah hari ke 13 kita berpuasa.

Yang kedua ialah hari ni genap la saya setahun bekerja di KH Goh. Sekejap aje dah setahun. Meja kerja pun da semakin semak. Akhirnya berjaya juga menempuh setahun kerja di sini, walaupun pada awalnya struggle juga sebab suasana kerja yang senyap sunyi dan sebagainya lah.

Rafeah Sapari