Pages

Sunday, March 10, 2013

Comel

Comel kan dia buat froth & koko macam ni. Nak tabur gula pun tak sampai hati.

Masa ni minum di Lavender Bistro. Pertama kali makan macaroon. Orang lain dah 60 kali makan agaknya. Pun comel juga & tak sampai hati nak gigit. Satu perisa strawberri, satu lagi perisa teh hijau. Dua dah cukup.

Hari ni ada taklimat ringkas mengenai perjalanan ke arah jurutera profesional ( dalam English : Route to profesional engineer). Saya ni baru aje la nak memantapkan diri. Banyak lagi nak kena belajar. Ilmu belum penuh di dada. Ada sangat banyak lagi perkara yang perlu dicapai sebelum menjadi jurutera profesional.

Paling menarik ialah speaker taklimat ini ialah x-bos saya sendiri. Jadi saya datang sebab dia jadi speaker atau saya nak dengar taklimat tu. Jawapannya dua-dua. Sebab selama ni tak pernah dengar dia bagi taklimat. Kalau bebelan kerja, tu biasa dengar. Rasa macam kelakar pun ada juga. Apa-apa pun banyak info bagus yang saya dapat hari ni.

Sekian untuk hari ni. Jumpa lain kali.

Rafeah Sapari

Monday, March 4, 2013

Suka Suki

Orang nak buat kerja la wooii!, kenapa la suka pusing kat sini. Ada banyak pot boleh baring. Kat sini jugak kau suka.

Moralnya: jangan buka pejabat di rumah. Pasti ramai peminat.



Rafeah Sapari

Sunday Lunch

Me, mak and adik-adik. Having our usual wekend outing at Carrefour Batu Pahat. Mak wants to buy cloth for her new baju kurung. So many weddings need to attend this coming months so she need new baju kurung (padahal baju dia sangatlah banyak!).

Lunch at Rengit Kopitiam. Me having their Daily Meal Set. Mak and Afif having Curry Mee and Ct chicken chop. Ct belanja. She just received her study loan. One thing i like about kopitiam is their iced coffee is soo good. Food is so-so. Enough to satisfy your hunger.

Suddenly remember during my uni times, whenever we receive our study loan, Penang is our main destination for shopping. Naik bas, ferry or rent a car. Must go to Penang. Boleh kan.



Rafeah Sapari

Thursday, February 28, 2013

Hadiah Hari Lahir Awal

Hari ni macam rutin yang biasa. Pagi di ofis, petang masuk gim. Lari ala-ala di treadmill, sebab Selasa lepas dah buat eliptical dan buat apa yang patut untuk keluarkan peluh dan memenuhi tuntutan bersenam 3 kali seminggu 20 minit setiap kali. Tuan punya gim tak ada, main badminton dengan suami dia, jadi buat macam gim sendiri lah.

Jadi lepas Magrib balik rumah, letak kereta dan tengok surat di peti surat yang tak ada rupa tu. Selalunya tak banyak pun surat saya melainkan bil Astro dan kadang kadang Shiseido hantar poskad promosi (sebab beli perfume Zen terus konon-konon jadi member tapi tak pernah beli produk dia).

Tiba-tiba hari ni ada surat dari Pialla Wellness, tempat saya buat rutin facial tiap-tiap bulan. Bila tengok isi kandungan rupanya saya dapat Complimentary Facial untuk 2 orang. Gembira lah sebab dapat jimat duit facial untuk bulan ini. Teringat tahun lepas, masa tu belum terjebak dalam hal-hal facial ni, masih datang untuk buat urutan sahaja. Jadi therapist saya, Coco nama dia buatkan 30min lymphatic massage sebagai hadiah hari lahir. Urut pakai mesin yang ada 3 bola getah yang bergetar tu. Kalau buat banyak kali boleh pecahkan lemak. Tapi buat sekali aje, memang tak jadi apa-apa lah.

Ok.entri ni penutup untuk Februari.
Esok dah masuk Mac 2013. Masa yang semakin cepat atau kita yang sedang leka.




Rafeah Sapari

Friday, February 22, 2013

Sunyi

Kenapa blog saya sunyi sepi?
Sebab sibuk?
Sebab tak ada masa?
Sebab malas?
Sebab tak ada idea?
Sebab tiba-tiba tak ada ingatan yang saya ada blog?

Yey! Jawapan yang tepat ialah sebab saya malas.

Pemalas betul.

Rafeah Sapari