Hujung minggu, penutup Oktober. Jadi ini ialah entri penutup untuk bulan ini. Bulan ni paling rajin update blog, satu pencapaian yang bagus. Maknanya otak bijak aku semakin aktif berfikir. Tensen je eh bila baca.haha..
Hari ini pergi kenduri kahwin bekas ofismate aku. Yusri namanya. Dulu dia drafmen(lukis pelan) dan paling khas, dia tukang lukis struktur untuk aku. Tapi sekarang dia dah kerja kat tempat lain.
Yusri ni orangnya sengal-sengal juga. Kalau datang kerja, pukul 11 baru nampak batang hidung. Kalau dia demam, mesti jalan huyung hayang. Kalau nampak dia bancuh Milo dan makan roti 60 sen, maknanya poket kering. Kalau main ym, boleh chat 6 orang sekaligus, sampai penuh desktop tu dengan ym dia. Dasyat. Tapi bila main badminton, memang handal, siap boleh terbang-terbang, kasut berdecit.
Kampung dia gila jauh, Felda Lok Heng, dah dekat dengan Desaru. Sampai rumah pengantin, salam mak dia, terus makan. Lauk penuh sepinggan. Kebuluran. Pengantin sampai, ambil gambar lebih kurang, lepas tu jalan balik.
Kepada Yus, selamat melangkah ke alam baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pages
Sunday, October 31, 2010
Friday, October 29, 2010
Nasi Goreng Tomyam Seafood
Kita main masak-masak jom...
Bahan-bahannya:
Macam biasa korang buat nasi goreng, cuma yang ni tak ada ikan bilis.
Tambahkan serai dan daun limau purut, finely sliced. Pes tomyam dilupa jangan. Penting itu.
Sayur-sayuran haruslah ada. Apa-apa aje yang ada dalam peti sejuk tu.
Udang dan sotong. Kan nama dia nasi goreng tomyam seafood, maka inilah yang utama.
Cara nak buat:
Tumis la bahan-bahan yang ada kat gambar no. 1
Bila dah wangi, masukkan sayur-sayuran dan makanan laut.
Akhir sekali, masukkan nasi.
Garam ikut suka.
Inilah hasil dia..Tada..
Thursday, October 28, 2010
Gila Sengal
Ini ialah cerita untuk dijadikan teladan dan pengajaran.
Aku dan ofismate bercadang nak tidur di Desaru hari Sabtu hujung minggu ni memandangkan hari Ahad tu ada kenduri kahwin x-ofismate aku. Survey hotel, ada la yang bajetnya memenuhi citarasa poket kami semua. So telefon la hotel nak book bilik, hotel kata bilik untuk hari Sabtu dah penuh. Kitorang try la buka web hotel lain. Mana tau ada bilik yang murah dan available malam Ahad tu.
Nak dijadikan cerita, aku buka la satu website ni. Kalau tak salah dulu masa aku pergi Berjaya Bukit Tinggi tu book pakai web ni lah. Ada pula bilik kosong kat satu hotel ni kat Desaru. Aku pun dengan gediknya terus book online. Bayar siap-siap lagi. Bila dah print out confirmation reservation tu, baru ternampak yang aku book hari Ahad malam Isnin. Serius la gila terkejut.
Maka bermulalah adegan telefon sana telefon sini sebab nak tukar hari Ahad ke Sabtu. Mula-mula call agen yang aku book hotel online ni, dia kata tak boleh cancel, tak boleh tukar. Polisi kompeni. So aku call hotel, hotel kata boleh tukar, tapi masalahnya bilik penuh. Aku call agen ni balik nak cancel, dia beritahu lagi tak boleh cancel, polisi kompeni. Aku rasa macam baca skrip je agen ni, sikit-sikit polisi kompeni. Polisi lutut ko la..geram aku. Dah la cakap English pun macam apa, bila aku tanya nama, mak aii orang siam rupanya, padanla, lain pesen aje bunyinya.
Member aku try la call bank untuk cancel transaction, bank kata tak ada masalah. Bila call agen tu balik semula, beritahu yang transaction tu tak valid, dia kata tak boleh, nanti dia tunjuk polisi kompeni kat bank. Polisi lagi!..
Paling best, dapat bila email confirmation reservation tu, dia cakap kita buat 2 reservation, lagi la kitorang ni geram. Ada 2 serial number berbeza, yang satu tu betul, yang satu lagi tah dari mana dia cipta. Hairan aku. Last sekali aku reply email diorang dengan tulisan kaler merah, bold, HURUF BESAR, beritahu yang serial number kedua tu tak wujud dan nak cancel reservation tu.
Finally, diorang reply, semua reservation tu dibatalkan dan duit akan refund dalam masa 7 hari. Fuhh lega..
Ini adalah kali pertama dalam sejarah aku book hotel online, terkena macam ini. Selama ini ok aje, tak ada masalah. Ujian Allah..
In Summary:
- Be careful when you do online transaction, especially those with credit cards
- Read all the details/particulars at least twice. Jangan gedik klik button 'next' & 'agree' suka-suka hati
Wednesday, October 27, 2010
Iklan 4 Bahagian 2
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu Cik Tipah telah tiba. Sungguh setia Cik Tipah menunggu. Penantian dari hari Jumaat, Isnin telah membawa kepada hari ini. Cik Tipah keriangan, kesyukuran kerana si dia telah menunaikan janjinya. Tapi si dia masih ada lagi janji yang perlu dilunaskan kepada Cik Tipah. Cik Tipah setia menanti. Setia??...
Nota:
Cik Tipah - warga ofis ku
Si Dia - bos yg tall dark n handsome (u all imagine sendiri)
Ok tamat siri iklan no.4
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nota:
Cik Tipah - warga ofis ku
Si Dia - bos yg tall dark n handsome (u all imagine sendiri)
Ok tamat siri iklan no.4
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, October 26, 2010
Our Best Time
Sebenarnya tengah cari nama hotel yang aku pernah tido waktu cuti-cuti ke Desaru. Tiba-tiba terjiwang pula. Ini ialah lawatan besfren aku ke JB pertama kalinya dari Perlis.
This was 2008, February. Tapi aku kurus lagi. Sekarang dah mok-mok. haha
Saya rindukan anda semua!! Tahun ini tak ada rezeki untuk bercuti bersama-sama. Tahun depan Insyaallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita bercuti lagi.
This was 2008, February. Tapi aku kurus lagi. Sekarang dah mok-mok. haha
Saya rindukan anda semua!! Tahun ini tak ada rezeki untuk bercuti bersama-sama. Tahun depan Insyaallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita bercuti lagi.
Baju oren tu Mek Yani
Miss U all!!
Subscribe to:
Posts (Atom)