Pages

Thursday, August 8, 2013

Raya

My cat have problems adjusting himself during this raya. Sekejap golek kat carpet, sekejap golek kat atas tikar. Jakun tengok karpet dan tikar yang dibentang kat tempat yang selalu lantai kosong aje.

Kat atas meja pun sama. Tak pasal kena lap meja.



Rafeah Sapari

Aidilfitri 2013

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Berkuasa untuk saya menyambut ketibaan Aidilfitri pada tahun ini. Persiapan sama sahaja macam tahun lepas. Ada yang recycle semula pakaian/kasut.

Cuti raya tahun ni agak pendek kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas dapat cuti seminggu, tahun ni cuma beberapa hari sahaja. Raya ke-5 sudah masuk ofis semula. Mood raya masa tu masih tebal lagi. Mungkin sambung beraya di hujung minggu.

Tahun ni giliran rumah Pak Long saya buat rumah terbuka keluarga. Apa la agaknya menu. Dengarnya akan dibuat waktu siang, bukan malam seperti kebiasaan. Tunggu dan lihat aje lah. Saya pun dah sediakan baju. Ok pasal baju raya, selalunya baju raya untuk open house keluarga memang khas dipakai pada masa tersebut sahaja. Maksudnya hari raya sebelumnya saya tak akan pakai baju tersebut. Special la konon-konon.

Rumah pula, abah kata nak buat juga open house. Tapi biasanya kitorang buat dah hujung-hujung raya. Tunggu gaji bulan depannya. Senang nak buat kira-kira. Menu apa nak hidang pun belum buat senarai lagi. Haa pasal menu satu hal. Ada 6 orang dalam rumah ni, 6 selera nak kena layan. Kitorang suka buat waktu malam. Semua saudara/kawan datang waktu yang sama jadi boleh la bertanya khabar dan bergossip bersama.

Ok lah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kalau ada salah silap harap dimaafkan. Sehingga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.

(gambar dari google)





Rafeah Sapari

Sunday, August 4, 2013

Beli Bunga

Setiap tahun memang aktiviti wajib saya bawa mak ke Air Hitam untuk membeli bunga tiruan. Rasanya 1Malaysia dah tau Air Hitam ni memang terkenal dengan hasil bunga, kraf, barang pengantin. Sediakan bajet sahaja. Semua boleh dicari.

Tahun ni, sama macam tahun lepas, datang bawa bekas bunga siap-siap. Rata-rata kedai boleh sediakan perkhidmatan gubah percuma. Jadi boleh la dapatkan gubahan terkini dengan kos yang ditentukan oleh kita sendiri.

Memang rambang mata. Nak mahal ke nak murah ke semua ada. Terpulang kocek masing-masing. Semua cantik.



Rafeah Sapari

Thursday, July 11, 2013

Kisah 1 Ramadan

Alhamdulillah, semalam telah berjaya puasa penuh. Ada 29 hari lagi (siap buat countdown). Oleh sebab Johor cuti pada 1 Ramadan, saya dan Siti tak lepaskan peluang balik kampung. Sejak masuk alam pekerjaan ni seboleh-bolehnya sambut puasa di kampung. Kali ni semua ahli dalam keluarga Sapari ada. Mak hepi la.

Macam biasa waktu puasa waktu mak paling kurang masak. Beli lagi senang. Sebab kami kurang makan nasi waktu buka. Seorang dua aje yang makan nasi, tu pun kalau rasa terlebih lapar.

Semalam beli juadah buka di Parit Raja. Pukul 5 sampai sana parking dah penuh. Rasanya beli lauk/makanan paling minimum. Tapi bila dah hidang atas meja penuh terus.

Ok, tengok kat gambar, murtabak, rojak untuk Umar, ayam percik - Siti, laksam - Mak, saya - soto, kuih atas permintaan ramai. Adik lagi sorang dan abah makan apa yang kitorang beli.



Rafeah Sapari

Ramadan

Alhamdulillah, Ramadan sudah tiba dan saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa. Saya menyambut 1 Ramadan di kampung. Adik-adik lain juga ada sama. Dapat bersahur dan berbuka bersama-sama.

Bersederhanalah ketika membeli lauk berbuka. Tapi kalau balik kampung macam tak boleh. Sebab mesti beli macam-macam di Bazar Ramadan.

(gambar terima kasih google)

Rafeah Sapari