Pages

Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Kek Batik

Letak kat atas tutup bekas aje. Masa ni kat ofis.
Yang ni saya pakai biskut Marie Coffee.

Dah lama nak share resepi kek batik ni. Pertama kali saya buat masa di KL, ambil resepi dari majalah Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 pek biskut Marie (saya dah try yang biasa, coklat dan kopi, semua best) -
1 buku mentega biarkan dalam suhu bilik
1 tin susu manis (kalau tak nak manis 3/4 pun dah ok)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko dilarutkan dalam air panas (ikut suka korang)
5 biji telur (kalau telur besar, 4 biji pun dah ok)

Cara Membuat:

Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan mentega dan gula. Kemudian masukkan koko yang dilarutkan dan susu. Kacau seketika sehingga sebati. Masukkan telur perlahan-lahan dan kacau lagi sehingga pekat (agak-agak telur tu masak). Akhir sekali masukkan biskut Marie yang telah dipecah-pecahkan. Gaul sampai rata/sebati sampai semua biskut tu disalut dengan koko. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk.

 

Friday, December 3, 2010

Mee Sup Resepi Saya

Makan malam saya malam tadi, mee sup. Saya menyediakan hidangan ini dengan penuh kasih sayang untuk housemate-housemate saya. Kasih sayang? Haha.. Mudah dan berkhasiat.

Bahan-bahan:
Daging, bawang, halia dan bawang putih - rebus semua

Vege, lots of it. Masukkan selepas daging lembut.

Bawang goreng.

Ini keadaan dalam periuk. Colourful & smells good.

Yang di dah siap hidang, makan dengan mee kuning. Mee harus dicelur dulu ok!

ps: Ijun, ini aku masak khas untuk kau. Meh makan!


Friday, October 29, 2010

Nasi Goreng Tomyam Seafood

Kita main masak-masak jom...

Bahan-bahannya:
Macam biasa korang buat nasi goreng, cuma yang ni tak ada ikan bilis.
Tambahkan serai dan daun limau purut, finely sliced. Pes tomyam dilupa jangan. Penting itu.

Sayur-sayuran haruslah ada. Apa-apa aje yang ada dalam peti sejuk tu.
Udang dan sotong. Kan nama dia nasi goreng tomyam seafood, maka inilah yang utama.

Nasi. Mestilah kan?

Cara nak buat:
Tumis la bahan-bahan yang ada kat gambar no. 1
Bila dah wangi, masukkan sayur-sayuran dan makanan laut.
Akhir sekali, masukkan nasi.
Garam ikut suka.

Inilah hasil dia..Tada..

Monday, July 19, 2010

Saturday Breakfast

Ini cerita Sabtu lepas, sebab tu tajuk dia Saturday breakfast.

Hujan lebat betul pagi tadi. Aku yang selalu tidur tak sedar diri pun boleh terjaga. Rasa macam bumbung rumah nak terbang aje. Pas tu boleh pulak bangun, matikan kipas, sambung tidur balik. Siap boleh mimpi rumah kena sambar petir, roti hi-5 aku berlobang sebab kena petir. Siap baleh cium bau hangit dia. Hehh..logik x?

Aku memang suka buat breakfast hari Sabtu pagi. So hari ni aku buat sandwich dengan daging burger. sekeping daging, belah 2, tomato dan roti. Telur haruslah ada juga. Senang dan sedap. Dijamin kenyang sampai tengahari.

Mesti dimakan bersama kopi 3 dalam 1.

Zoom beso sikit..

Nak bagitau korang hari ni naik teksi yang driver dia amatlah comel dan kiut. Ikut hati gatal, nak aje aku snap pic dia, mms kat kengkawan aku. Hahahahhh..

Saturday, July 17, 2010

Bubur Ayam Saya Masak

Dah lama tak meng'update' blog. Sibuk yang teramat-amatlah. Sampai rasa nak muntah pun ada juga. Kepala pun jadi buntu nak buat entri baru. Aku rasa sekejap je seminggu dah berlalu. Punyalah khusyuk buat kerja. Ehh..yeke.. hehehh..Minggu ni juga aku dah puasa ganti 2 hari, so total 5 hari. Aku bukan catat pun berapa hari aku tak puasa tahun lepas. Main agak-agak aje.

 
Tengah syok-syok layan sms besfren aku & sms adik aku, timbul pulak keinginan untuk memasak bubur ayam. Keinginan yang menggedik-gedik dalam hati, memang wajar lah dilaksanakan. Meh, nak kongsi resepi dengan korang semua. Senang aje, tapi kena banyak sabar. Nak lagi banyak resepi bubur ayam, godeh aje kat mesra.net. Dulu pun aku cari resepi kat situ juga.

Tengok cerita bergambar kat bawah ni:
  1. Bahan-bahan : ayam, carrot, bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis.
  2. Kuantiti : kena pandai agak-agak. Nak tambah vege lain pun lagi bagus, tukar ayam dengan daging pun ok..

Beras : haruslah ada. Kan namanya bubur nasi. Nampak macam sikit kan? Tapi hasilnya boleh tahan banyak.



  1. Tumis bawang merah, halia,bawang putih dan rempah tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan beras, lepas tu masukkan air. Kuantiti air mestilah banyak.
  3. Masukkan ayam dan carrot.
  4. Garam pun masuk sekali. Kalau nak letak kiub ayam pun boleh juga.
  5. Api kecik aje.Tunggu dengan sabar. Kene kacau, kalau tak berkerak. Tunggu lagi, sambil-sambil tu kena tambah air juga.
Tada !! Inilah hasilnya. Kenapa kaler dia coklat sikit? Sebab aku buat bawang goreng ada hangus sikit. Lagi best kalau tabur dengan daun bawang & daun sup.

Kalau tahap kebuluran tu tinggi sangat, tak usah la membebankan perut dengan memasak bubur ni.
Sambil-sambil tunggu nasi menjadi bubur, aku belek-belek Women's Weekly yang baru beli semalam. Tengok koleksi kasut Christina Aguilera.


Korang tengok kasut ke, tengok dia yang tonggek. Ke tengok anak dia.
 

 

 

 

Monday, April 12, 2010

Percubaan Pertama

Well this is the second thing that I would like to share with you:

Hari sabtu. Memang favorite aku. Boleh bangun suka-suka hati. Selalunya pagi sabtu ni aku kat rumah sewa lagi. Aktiviti wajib ialah kemas bilik dan kemas rumah, pas tu sarapan sambil tengok TV. Kalau terlebih rajin aku buat nasi goreng tapi selalunya roti bakar, half-boiled egg dan kopi adalah kebiasaan. Pagi ni pulak aku bertekad nak buat penkek lah. Hari tu ada beli tepung penkek ready-to-use. Macam best aje tengok gambar dia.


Ok tengok kt belakang kotak, cara-cara membancuh. Macam senang. Aikk, macam tak lengkap je kuantiti yang nak kene bancuh. Sebiji telur untuk tepung sepeket ni ke? Takkan air banyak ni pun untuk tepung sepeket? Ahh...hentam je lah. Masa ni lah nak jadi saintis dapur. Ekekeke..

Aku pun bancuh lah ikut sukatan aku sendiri. Cukup untuk makan aku dengan osmet aku. Nak tengok hasilnya? Tadaaa...
Heee.. buruk giloss..aku pun xtau apasal jadi mcm ni

Ni yang ke-2, baru cantik

Tapi nape tak jadi macam kat cover penkek ni

Finally, meh makan mehh...


Monday, January 18, 2010

Pasta oo pasta

It's noted as one of favorite dish-pasta. I still remember the first time I ate it, it was in Kinta City aka Jusco Ipoh, during my first year of my uni days..quite a long time..heh..I'm sorry, that I just dun remember the name of the restaurant, dun think it's still there. And I fall in love with it!! Since that, my interest to pasta grows, i bought recipe books and even translate it to my mom! I'm just an eater, not a good cook then..

Back to now, as we grow and I become a career lady, my cooking skill improves too!! but I'm still not quite good with fish, later I'll learn..

So to my fellow friend, I'll share to you my favorite pasta sauce..these are the ingredients..dun worry, these are easy to find..it serves 4-5

Sauce:
1 stick carrot,medium  - diced
2 sticks of celery - diced
2 tomatoes - diced
1 onion - diced
1/2 capsicum of any colours - diced
1/2 tube of minced beef
meatballs - at your considerate amount - optional
1 tin/bottle of Prego sauce
salt, pepper, mixed herbs(optional)

here's how to do the sauce
  1. heat the oil and garlic, untill the aroma comes out, put in the minced beef and let the beef cooked about 2-3 mins add also the meatballs
  2. once the minced beef cooked, put in all the diced veggies, add some water- just about half cup, and salt to taste. let it simmer for about 5 mins or just all the veggies goes tender.
  3. then, add whole tin of the sauce. then let it simmer again. just to make all blends well
  4. lastly a dash of freshly ground pepper and mixed herbs..then turn of ur fire. your sauce is ready!!
how to cook pasta
    it's just so easy, put it in a large pot, add water. a sprinkle of salt to taste and some oil. then boil it- ahh..just follow the instruction.

now your sauce is ready as well as your pasta
do u a cheese lover? then top your pasta dish with  grated cheese..yummyyy!!!

there a alot of options in having any kind of sauce, if u go to vege mood, leave all the meats, add more veggies-mushroom for an option.

now that u know the basics of the sauce..just go with your creativity minds and go crazy with it..have fun and enjoy ur meal
pasta in all shapes n sizes!!!