Pages

Friday, January 14, 2011

Kek Batik

Letak kat atas tutup bekas aje. Masa ni kat ofis.
Yang ni saya pakai biskut Marie Coffee.

Dah lama nak share resepi kek batik ni. Pertama kali saya buat masa di KL, ambil resepi dari majalah Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 pek biskut Marie (saya dah try yang biasa, coklat dan kopi, semua best) -
1 buku mentega biarkan dalam suhu bilik
1 tin susu manis (kalau tak nak manis 3/4 pun dah ok)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko dilarutkan dalam air panas (ikut suka korang)
5 biji telur (kalau telur besar, 4 biji pun dah ok)

Cara Membuat:

Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan mentega dan gula. Kemudian masukkan koko yang dilarutkan dan susu. Kacau seketika sehingga sebati. Masukkan telur perlahan-lahan dan kacau lagi sehingga pekat (agak-agak telur tu masak). Akhir sekali masukkan biskut Marie yang telah dipecah-pecahkan. Gaul sampai rata/sebati sampai semua biskut tu disalut dengan koko. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk.

 

Thursday, January 13, 2011

Movie Yang Tak Best

Selasa yang lepas, cuti umum sempena Hol Sultan Johor. Memandangkan hanya sehari aje cuti, jadi saya tak balik kampung. Habiskan masa di JB. Agenda utama ialah pergi rumah ofismate saya dan lepas tu tengok wayang. Ofismate saya baru pindah rumah baru. So ni kira housewarming la juga. Siap makan nasi ayam dan jus epal lagi. Memang tengah lapar pun. Makan sampai licin, tinggalkan tulang ayam je kat tuan rumah. Lepas solat Asar, kitorang pun gerak la ke Today's Mall yang kat Tiram. Jauh juga, konon la nak tengok 3D movie. Padahal kat Jusco Tebrau pun ada juga. Sebab masing-masing tak pernah masuk Today's Mall tu so kira pergi situ pun nak explore apa rupa tempat tu.

Lengang. Kalau nak lari dari hujung sana ke hujung lagi satu pun boleh. Tak akan langgar orang punya. Saya boleh jamin. Kedai pun ada yang belum buka lagi. Walaupun public holiday, tapi kitorang boleh letak kereta kat depan lagi. Kalau kat tempat lain, jangan harap lah. Kitorang dengan konfiden terus ke tempat movie. Superstar Cinema kot nama dia. Pun lengang juga. Plan nak tengok Gulliver's Travel 3D, tapi movie tu mula pukul 8.15, ada 2 jam lagi nak tunggu. Kalau tempat happening ok juga, boleh pusing-pusing. Jadi ambil la tiket cerita Season of The Witch sebab hero dia Nicholas Cage. Terus teringat cerita Sorcerer's Apprentice yang best tu.

Sekali tu, bukan cerita pasal witch, cerita pasal demon. Dah la seram, tak ade la best sangat pun.

Lagi satu disebabkan oleh keadaan yang lengang tu, rupanya dalam cinema hall pun tak ada orang. Tak sampai 20 orang pun. Saya rasa macam kat dalam drama Korea yang hero kaya sewa satu cinema hall sebab nak tengok movie dengan gefren dia yang tak kaya (hero kaya, mesti heroin miskin kan?). Menjerit sikit pun rasa macam sekampung dengar. Nasib baik hall tu baru lagi. Tak ade la bau hapak/kepam/busuk dan lain-lain. 

Saya rasa dah lama saya tak tengok cerita yang tak best kat wayang. Ada dulu pernah sekali, cerita apa ntah, saya dan housemate saya sampai tidur, terjaga sebab diorang dah tembak-tembak. Nama cerita pun tak ingat. Lagi satu cerita pelakon dia Michelle Yeoh, tu pun tajuk dah tak ingat. Pun tak best juga. Nasib la kan. Cerita yang tak best memang saya tak leh nak ingat pun.

(google image)


Tetibe je teringat cerita Gone in 60 Seconds - Angelina Jolie & Nicholas Cage. Besstttt!!


Saturday, January 8, 2011

My Saturday Breakfast

Morning all

I'm spending my saturday morning in JB. Balik kampung will be in late afternoon, after my brother finished his work. I had roti telur, dinner leftover-spaghetti and added chilies for extra hot and a must-have coffee.

Klasik aje kan alas atas paper. Maklumlah rumah sewa saya tak ada meja makan. Kalau ada meja makan tak ada tempat nak duduk-duduk pula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 7, 2011

Terima Kasih !!

Pagi ni dapat parcel, rupa-rupanya prepaid starter pack dari Celcom. Bulan lepas ada dapar sms dari Celcom yang saya dapat starter pack, so saya reply la saya nak. Akhirnya hari ni sampai la simpack ni. Terima kasih Celcom. Boleh bagi kat mak. Saya dah pakai 2 nombor, takleh tamak-tamak.

Awal tahun ni letih sikit, meeting Putrajaya, Pagoh dan satu dua tempat. Nasib baik dah tak berapa busy, kalau tak tertonggeng juga nak siapkan kerja dengan meeting yang melambak ni. Nak update blog pun dah tak ada idea nak merapu. Mana pergi idea-idea ni? Adehhh...




(p/s : saya tunggu parcel dari uncle chin, nape tak sampai-sampai...)


Saturday, January 1, 2011

1-1-11

Selamat Tahun Baru 2011

Saya mengharapkan langit cerah pada tahun ini. Semoga langit mendung yang mendera sepanjang 2010 berlalu pergi.

To all my friends, best of luck in life, love and work.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.