Isnin menjelma lagi. Hari ini dengan selambanya aku tak datang Site Meeting. Bukan aku tak nak datang, tapi tiada memo untuk meeting hari ini. Aku telefon pejabat klien pun dia orang kata tak pasti. Jadi aku pun buatlah kesimpulan, tak ada meeting. Dalam pukul 11.00 dapat panggilan telefon, ada meeting rupanya! Emm, tak pe lahh..dah sememangnya aku terlalu banyak benda yang harus disiapkan hari ini. Jadinya burn lah meeting. Tak pe, kali ini sahaja. hehe..
Entri ini adalah sambungan daripada entri yang terdahulu. Aku nak cerita yang hari Sabtu lepas terpaksa menghabiskan masa sehari di ofis. Walaupun aku ni spesis yang rajin bekerja, tapi kali ini aku memang tak ada mood untuk bekerja hari Sabtu. Rasanya aku dah terlalu banyak korbankan Sabtu dan Ahad aku bekerja kat kompeni yang dulu-dulu. I wonder why..I'm being so lazy now. Tapi kerja part time rajin la pulak..huhu..Nak tau sebab apa? Sebab duit lahh..Kerja part time ada income, kerja sekarang, mana ada overtime untuk engineer..Ooo..aku ni semakin materialistik.
Setelah kerja keras hari Sabtu dan disambung dengan hari ini, akhirnya siaplah drawing-drawing. Dan boleh hantar kepada QS esok seperti dalam schedule. On time la kiranya ni. Dan akhirnya juga, aku dapat demam, badan pun sakit-sakit.
My super chaotic working area
(p/s: bukan meja aku pun, meja member aku, tapi selamba je la..)
Pasrah je muka, kena masuk kerja hari minggu
No comments:
Post a Comment