Akhirnya, berjaya juga aku ber'holiday' hujung minggu yang lepas. Fuhh.. memang penat tapi best. Perjalanan bermula hari Jumaat (cuti maulid nabi), konon-konon nak bertolak pukul 8.30pagi tapi gitu-gini pukul 10.30 juga jalan dari JB. Singgah Parit Raja, member aku letak kereta dia, sampai Melaka dalam pukul 12.00.
This is my first visit after 12 years. Such a long time, and I barely recognize it. Melaka has changed a lot!!.
Destinasi pertama selepas kedai makan kat MITC ialah Zoo Melaka. Mak aku pun dah tergelak bila aku beritahu dia yang kami semua nak masuk ke zoo. Macam tak pernah pergi aja.
Misi lawatan ke zoo mula pukul 2.00. Memang panas terik, tapi gagah juga masing-masing nak masuk zoo. Ini lawatan zoo yang kedua bagi aku setelah jadi wanita berkerjaya. Tahun lepas melawat Singapore Zoo. Jalan sana jalan sini, ambil gambar memang jadi aktiviti wajib kami berlima. Last sekali bila dah sampai penghujung, semua dah keletihan. Rasa macam kaki tertinggal kat belakang. Nak melangkah pun dah tak larat lagi. Tak tahu lah berapa kalori yang aku dah bakar. Yang penting memang penat. Tapi sorry to say, zoo di negara seberang lagi happening dan mesra alam. Agak-agak bila zoo melaka boleh jadi macam tu ye?
Touch up sebelum masuk zoo. Memang wajib buat.
Aku tak tau nama binatang ni. Racoon I guess?
Lepas ni kene cari hotel la pulak. Kami memang tak buat booking awal. Dengan harapan ada banyak hotel di Bandar Melaka. Memang banyak, tapi ada saja yang tak kena. Ada yang mahal, yang budget hotel pulak sempit sampai kalau jalan mesti berlaga punggung. Hehe..Akhirnya dapat juga kami hotel yang memuaskan hati dan memuaskan bajet. Lega..Tukang daftar cek in, siapa lagi, aku lah..dapat aje kunci terus masuk bilik, landing atas katil.
Lepas magrib baru kami semua keluar ke Bandar. Hajat hati nak naik Eye On Malaysia, tapi tutup la pulak. Masa di KL sempat juga aku merasa naik E.O.M ni. Jadi kami teruskan ke Banda Hilir saja. Memang happening. Jalanraya pun sampai sesak. Masa ini ambil kesempatan beli buah tangan untuk famili dan kawan-kawan. Aku beli ala kadar aje. Bajet pun ala kadar. Tapi paling tak boleh lupa key-chain boleh tulis nama. haha. Aku ingat dah tak wujud lagi. Belacan pun aku beli, walaupun mak dah pesan tak nak belacan.
Beca yang meriah dengan lampu lip lap.
Makan malam pula kat Umbai. Memang glamour tempat tu. First time try makan sepahat (bamboo shells). Ok juga. Rasa macam kerang. Nasib baik tak kena cirit birit esok harinya. Lepas ni boleh makan lagi.
Wonder girls!! (U all perasan tak, semua chubby)
Sorang yang tak sama jantina terselit di antara kami.
Esok harinya, aktiviti kedua pula menyusul.
Mandi air terjun. Wait till the next entry Ok!!
2 comments:
wahahaha....btul2 sumer geng montel2 comey2 punya org...muat ke kete tu sampai 5 org.
beb, semua-semua ni sumbat dalam kete savvy. magic jugak, boleh muat. hehe
Post a Comment