Ok, sambungan daripada trip kami ke Melaka, hari esoknya kami meninggalkan Melaka dan menuju ke Tangkak. Tujuannya mestilah nak mandi air terjun Gunung Ledang. Nak shopping kain baju macam tak logik sebab masing-masing belum gaji lagi.
Sampai sana dalam tengahari jugalah. Mak aiihh, punyalah ramai umat manusia yang sama tujuan dengan kami ni. Siap bawa periuk belanga lagi, buaian anak lah. Aku dengan kawan-kawan aku ni sempoi je, bawa air mineral dan roti buat alas perut.
Sebelum naik bukit, aku dengan member aku nak masuk tandas dulu untuk buang air dan tukar seluar. Aduhai, ramainya la manusia. Berpeluh juga nak tunggu giliran. Mana tidaknya, tandas pun boleh jadi tempat mandi dan salin baju. Padahal bilik mandi ada disediakan. Inilah mentaliti masyarakat kita. Asalkan boleh saja.
Memandangkan cuti hujung minggu dan cuti umum hari Jumaat semalam, jadi tak hairanlah tempat ni penuh sesak. Aku dan kawan-kawan mendaki ke kawasan paling tinggi untuk dapatkan pot yang bagus untuk mandi manda. Sakit juga kepala lutut ni mendaki. Sampai di didestinasi, apa lagi, mandilah puas-puas. Tak dinafikan air dah semakin kotor. Sampah sarap pun makin banyak.
Tapi kami semua enjoy saja. Bukan selalu dapat mandi-manda air terjun ni. Jadi gunakan masa dengan sebaiknya untuk berendam dan main air puas-puas. Mandi sampai perut lapar!! wohohooo!!
Dah puas berendam, perut pun dah bunyi minta nasi, rupanya dah dekat 2 jam kami semua berendam.
Happy moments
Bab nak salin pakaian yang paling lemah sekali. Kualiti tandas dan bilik mandi (kononnya lahh) memang teruk. Nak masuk kene bayar 50sen, beg plastik 20sen!!. Tandas semua tersumbat dengan bau-bauan yang tak membahagiakan (u all boleh bayangkan la), bilik mandi tak ada pintu. Rupa bentuk pula macam bangunan nak roboh.
Hmm aku tahan nafas aje tukar baju. Tak mandi pun. Geli.
Harapan besar aku adalah adanya kesedaran menjaga kebersihan dan segala tandas dan bilik mandi dinaiktaraf. Air terjun Gunung Ledang memang tempat yang popular, tempat orang berpiknik dan perkhemahan. Tapi kualiti dan kebersihan memang tak memuaskan hati. Memang fasiliti cukup, surau pun ada, tapi tak ada penyelenggaraan. Hairan oo hairan. Agaknya nak kena panggil Karam Singh Walia buat coverage.
Menjaga kebersihan tuntutan agama.
Sejuk mata memandang
No comments:
Post a Comment