Pages

Thursday, February 18, 2010

Kerja Keras!!

Dua hari pertama yang hectic. Fuhh.. memang meletihkan. Ape tak nye, tempoh untuk buat design 10 hari (+ weekend + CNY break). Deadline Selasa minggu depan. Hari ini baru jer siap finalise semua design. Baru je tadi pass kat draughtman untuk dilukis semula. Lepas siap drawing, aku kene check semula, ok ke tidak. Esok dah Jumaat.  Macam dah tak ada masa aje. Masa-masa ni lah, kalau telefon bunyi kat sebelah pun tak sudi nak angkat. Makan pun kalau boleh postponed, tapi tak kurus-kurus juga aku ni. Bawa balik kerja ke rumah dah jadi perkara biasa. Kadang-kadang bila datang angin malas, aku tak buat pun. huhu..layan TV lagi best. Hari ni pun ada bawa balik sikit. Tapi sebab aku dah terbiasa bawa balik kerja, kalau balik rumah tak bawa apa-apa macam janggal rasanya.

Ok lah, dah penat, nak balik rumah..



No comments: