Saya tiba-tiba aje ada hobi baru. Tiba-tiba ke? ye lah, selama ini saya tak pernah ambil pusing bila mak buat kuih atau buat kek. Tau dah siap tinggal makan aje. Walaupun saya suka beli buku masak. Suka tengok makanan cantik tapi bila nak buat tu saya kurang minat.
Bermula dengan saya beli buku masakan di Big Bad Wolf JB, dalam tu ada beratus-ratus resepi. Lepas beli aje rasa sangat ghairah belek-belek, terus datang semangat nak cuba. Akhirnya cubaan untuk membuatnya terlaksana juga bulan puasa yang lepas. Saya buat Eve's Pudding. Dalam buku tu, inilah resepi yang cuma ada 3 langkah aje. Sebab saya sedar diri ni bukan pandai pun hal-hal kuih kek ni, jadi kenalah cari satu resepi yang tak pening-pening nak buat dan bahan-bahan pun ada disekeliling kita.
Dengan harga RM20 di BigBadWolf saya dapat beratus-ratus resepi. Sangat best.
Inilah rupa Eve Pudding. Tapi gambar ambil ehsan google. Kalau buat pun rupa paras dia lebih kurang macam ini. Sebenarnya masa buat kek ni keadaan dia upside down, epal disusun di bawah lepas tu kek kat atas tu macam adunan kek span. Dah dua kali buat ni. Sendiri buat sendiri puji sedap. Tapi memang sedap sebab rasa masam epal tau masuk dengan rasa manis kek. Makan masa tengah hangat-hangat lagi sedap. Nak kongsi resipi tapi buku ni sedang dipinjam oleh sepupu saya. Lain kali sahaja ok.
Hari minggu yang lepas-lepas, saya buat kek coklat kukus lapis keju. Ini pula hasil daripada baca blog Home Sweet Home. Timbul idea nak cuba kek yang tak perlu dibakar sebab kepala plug oven mak tu macam terbakar, jadi buat sementara waktu tak boleh gunakan oven tunggu jiran datang nak kene betulkan. Adik-adik cakap oven tu demam sebab kakak kemaruk bakar kuih.
Oleh sebab dia ada 3 lapisan, maka tiga kali lah kena buka tutup periuk kukus untuk masukkan adunan. Agak lama juga nak tunggu. Hasilnya puas hati!!
Ok, inilah hasilnya. Bukan imej dari Google. Nampak tak lapisan tengah tu macam bergelombang. Sebab saya yang kurang sabar ni main curah aje lapisan keju tu. Masa dah tuang baru la tersedar lapisan pertama tu bukan masak sepenuhnya pun, lepas tu baru la tuang cantik-cantik pakai senduk. Lesson learnt, patient is the key to success.
Lepas ni nak cuba apa pula...