Pages

Monday, November 25, 2013

Banjir

Bilik saya banjir!!

Petang tadi masa balik kerja, masuk-masuk bilik aje dah macam lautan. Semua basah kecuali rak buku dan almari baju. Tilam, baju dan segala yang ada semua dalam bilik.

Sebelum ini pun pernah berlaku. Masa mula-mula pindah rumah. Saya fikir tu kejadian paling buruk. Tak sangka terjadi lagi.

Mungkin tempias taufan Haiyan. Sekarang tiap-tiap petang hujan lebat.

Tak tau saya merapu apa.

Rafeah Sapari

Sunday, November 24, 2013

Cuti

Akhirnya, setelah menjadi teka-teki dan cakap-cakap, berita yang diterima hari ini telah menjadi kenyataan.

Mulai tahun hadapan, negeri Johor mengisytiharkan cuti hari minggu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Bukan lagi Sabtu dan Ahad seperti sekarang. Namun begitu cuti tersebut hanya efektif kepada sektor awam. Saya yang berada di sektor swasta ni belum tahu nasib bagaimana.

Saya pernah mengalami cuti hari minggu Jumaat-Sabtu ketika bersekolah rendah. Tak ingat pula sampai darjah berapa.

Diantara sebab pertukaran hari minggu ini ialah untuk memudahkan urusan solat jumaat bagi yang lelaki. Hal ini saya setuju kerana walaupun dapat kelepasan waktu rehat yang panjang, saya lihat ramai(lelaki) yang ambil kesempatan makan, berborak panjang, padahal masjid dah panggil untuk solat. Kalau hari tak bekerja, mungkin situasinya akan berubah. Harapnya begitu.

Saya juga rasa cuti Jumaat ni ada kebaikan lain. Untuk saya yang sering berurusan dengan orang-orang sektor awam ni, hari Jumaat merupakan hari paling sukar untuk berurusan. Kalau telefon jam 9, ada sesi mengaji Quran. Baguslah. Telefon jam 10, tiada dalam ofis, jam 12 pula mungkin dah keluar. Telefon semula jam 3, belum tentu dan masuk ofis. Senang cakap, urusan hari Jumaat, kita bawa ke Isnin sahaja.

Bukan sinikal tapi situasi itu wujud.

Saya mengharapkan yang positif pada tahun hadapan dan urusan dapat berjalan seperti biasa.


Rafeah Sapari

Friday, November 1, 2013

Pergi

Sms dari nombor Kak Ros: Cik Ana meninggal.

Kosong.
Akal fikir berhenti proses.

Lepas tu baru boleh fikir semula. Baca semula dan proses akal. Terus saya forward ke kawan-kawan yang kenal.

Saya balas sms dan sahkan siapa yang meninggal dunia. Cuba telefon tapi tak berjawab. Nasib baik sms saya berbalas. Sah lah. Tapi akal tetap cuba nak nafikan. Saya rasa memang begitu lumrah manusia bila dapat berita kurang baik.

Bekas rakan serumah saya, Roszana atau kami semua panggil Kak Ros atau Che Ros telah mengadap Maha Pencipta pada pagi Khamis kira-kira jam 9 pagi. Beliau sakit kegagalan buah pinggang. Beberapa bulan lalu diserang strok, lumpuh separuh badan.

Kali terakhir kami berbual telefon dalam 2 minggu yang lepas. Walaupun sedang sakit (dah tak boleh berjalan) suara arwah tetap ceria. Macam selalu. Bual perkara-perkara biasa, pasal raya haji yang baru berlalu, pasal dia dan keadaannya. Tak sangka itu perbualan terakhir saya. Banyak kenangan kami dalam rumah tu. Rindu dengan masakan dia.

Semoga Kak Ros aman disana.

Rafeah Sapari