Rasanya tahun ini saya belum ada cerita pasal perkahwinan. Ini yang pertama untuk 2013. Ini kisah minggu lepas. Sepupu saya (sebelah Mak, anak Mak Ngah) telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Zura.
Untuk hari nikah saya tak ikut sekali sebab dibuat pada hari Jumaat. Saya cuma ikut hantar pengantin hari Sabtu. Tema di rumah perempuan warna merah. Adik-beradik sepupu saya semua pakai warna merah. Kalau nak diikutkan semua yang hantar pengantin kena pakai baju merah. Sebab kami dah diberitahu awal-awal tema nikah, hantar pengantin dan pengantin perempuan bertandang. Tapi apakan daya, masa beli baju, mata saya melekat dengan baju warna hijau. Nasib baik ramai juga yang buat tema suka-suka hati.
Mujur juga hari Sabtu dan Ahad cuaca agak cerah. Petang baru hujan. Tak adalah berpayung dan berhujan. Cuma halaman agak lecak sebaab minggu lepas memang hujan sentiasa.
Kita tengok gambar.
Kami disambut dengan yellow grenade dan kompang yang panjang. Entah berapa lagu, saya tak tahu la.
Sepupu-sepupu saya. Yang depan tu anak buah. Saiz badan semua lebih kurang sama. Genetik.
Tema merah. Pelamin ni dipasang di halaman rumah. Depan pelamin ni balai makan.
Praktikal untuk rumah yang kecil sebab kami semua boleh terus ke balai makan.
Dengan sepupu-sepupu. Saya yang makin tembam. Mata pun hilang.
Tepung tawar sepupu sendiri. Renjis-renjis suka hati. Tepek inai sikit aje, takut nanti bekas kat tangan.
Kek kahwin yang sweet.
Yang ni pula di rumah lelaki. Tema pink. Pelamin pun buat di luar.
Ada zapin budak-budak sekolah. Yang paling tepi ni paling nervous. Asyik tersalah step. Adoi.
Dengan anak-anak Mak Long. Tiba-tiba rasa muka kitorang macam lebih kurang. Nampak double chin.Hu.