Pages

Sunday, October 31, 2010

Wedding Yus

Hujung minggu, penutup Oktober. Jadi ini ialah entri penutup untuk bulan ini. Bulan ni paling rajin update blog, satu pencapaian yang bagus. Maknanya otak bijak aku semakin aktif berfikir. Tensen je eh bila baca.haha..

Hari ini pergi kenduri kahwin bekas ofismate aku. Yusri namanya. Dulu dia drafmen(lukis pelan) dan paling khas, dia tukang lukis struktur untuk aku. Tapi sekarang dia dah kerja kat tempat lain.

Yusri ni orangnya sengal-sengal juga. Kalau datang kerja, pukul 11 baru nampak batang hidung. Kalau dia demam, mesti jalan huyung hayang. Kalau nampak dia bancuh Milo dan makan roti 60 sen, maknanya poket kering. Kalau main ym, boleh chat 6 orang sekaligus, sampai penuh desktop tu dengan ym dia. Dasyat. Tapi bila main badminton, memang handal, siap boleh terbang-terbang, kasut berdecit.

Kampung dia gila jauh, Felda Lok Heng, dah dekat dengan Desaru. Sampai rumah pengantin, salam mak dia, terus makan. Lauk penuh sepinggan. Kebuluran. Pengantin sampai, ambil gambar lebih kurang, lepas tu jalan balik.

Kepada Yus, selamat melangkah ke alam baru. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 29, 2010

Nasi Goreng Tomyam Seafood

Kita main masak-masak jom...

Bahan-bahannya:
Macam biasa korang buat nasi goreng, cuma yang ni tak ada ikan bilis.
Tambahkan serai dan daun limau purut, finely sliced. Pes tomyam dilupa jangan. Penting itu.

Sayur-sayuran haruslah ada. Apa-apa aje yang ada dalam peti sejuk tu.
Udang dan sotong. Kan nama dia nasi goreng tomyam seafood, maka inilah yang utama.

Nasi. Mestilah kan?

Cara nak buat:
Tumis la bahan-bahan yang ada kat gambar no. 1
Bila dah wangi, masukkan sayur-sayuran dan makanan laut.
Akhir sekali, masukkan nasi.
Garam ikut suka.

Inilah hasil dia..Tada..

Thursday, October 28, 2010

Gila Sengal

Ini ialah cerita untuk dijadikan teladan dan pengajaran.

Aku dan ofismate bercadang nak tidur di Desaru hari Sabtu hujung minggu ni memandangkan hari Ahad tu ada kenduri kahwin x-ofismate aku. Survey hotel, ada la yang bajetnya memenuhi citarasa poket kami semua. So telefon la hotel nak book bilik, hotel kata bilik untuk hari Sabtu dah penuh. Kitorang try la buka web hotel lain. Mana tau ada bilik yang murah dan available malam Ahad tu.

Nak dijadikan cerita, aku buka la satu website ni. Kalau tak salah dulu masa aku pergi Berjaya Bukit Tinggi tu book pakai web ni lah. Ada pula bilik kosong kat satu hotel ni kat Desaru. Aku pun dengan gediknya terus book online. Bayar siap-siap lagi. Bila dah print out confirmation reservation tu, baru ternampak yang aku book hari Ahad malam Isnin. Serius la gila terkejut.

Maka bermulalah adegan telefon sana telefon sini sebab nak tukar hari Ahad ke Sabtu. Mula-mula call agen yang aku book hotel online ni, dia kata tak boleh cancel, tak boleh tukar. Polisi kompeni. So aku call hotel, hotel kata boleh tukar, tapi masalahnya bilik penuh. Aku call agen ni balik nak cancel, dia beritahu lagi tak boleh cancel, polisi kompeni. Aku rasa macam baca skrip je agen ni, sikit-sikit polisi kompeni. Polisi lutut ko la..geram aku. Dah la cakap English pun macam apa, bila aku tanya nama, mak aii orang siam rupanya, padanla, lain pesen aje bunyinya.

Member aku try la call bank untuk cancel transaction, bank kata tak ada masalah. Bila call agen tu balik semula, beritahu yang transaction tu tak valid, dia kata tak boleh, nanti dia tunjuk polisi kompeni kat bank. Polisi lagi!..

Paling best, dapat bila email confirmation reservation tu, dia cakap kita buat 2 reservation, lagi la kitorang ni geram. Ada 2 serial number berbeza, yang satu tu betul, yang satu lagi tah dari mana dia cipta. Hairan aku. Last sekali aku reply email diorang dengan tulisan kaler merah, bold, HURUF BESAR, beritahu yang serial number kedua tu tak wujud dan nak cancel reservation tu.

Finally, diorang reply, semua reservation tu dibatalkan dan duit akan refund dalam masa 7 hari. Fuhh lega..

Ini adalah kali pertama dalam sejarah aku book hotel online, terkena macam ini. Selama ini ok aje, tak ada masalah. Ujian Allah..

In Summary:
  • Be careful when you do online transaction, especially those with credit cards
  • Read all the details/particulars at least twice. Jangan gedik klik button 'next' & 'agree' suka-suka hati

Wednesday, October 27, 2010

Iklan 4 Bahagian 2

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu Cik Tipah telah tiba. Sungguh setia Cik Tipah menunggu. Penantian dari hari Jumaat, Isnin telah membawa kepada hari ini. Cik Tipah keriangan, kesyukuran kerana si dia telah menunaikan janjinya. Tapi si dia masih ada lagi janji yang perlu dilunaskan kepada Cik Tipah. Cik Tipah setia menanti. Setia??...

Nota:
Cik Tipah - warga ofis ku
Si Dia - bos yg tall dark n handsome (u all imagine sendiri)

Ok tamat siri iklan no.4


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 26, 2010

Our Best Time

Sebenarnya tengah cari nama hotel yang aku pernah tido waktu cuti-cuti ke Desaru. Tiba-tiba terjiwang pula. Ini ialah lawatan besfren aku ke JB pertama kalinya dari Perlis.

This was 2008, February. Tapi aku kurus lagi. Sekarang dah mok-mok. haha

Saya rindukan anda semua!! Tahun ini tak ada rezeki untuk bercuti bersama-sama. Tahun depan Insyaallah kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita bercuti lagi.

Baju oren tu Mek Yani

Miss U all!!



Friday, October 22, 2010

Iklan 4

Sahlah hari ni hari Cik Tipah kena tipu. Kenapa Cik Tipah kena tipu? siapa yang tipu? apa pasal dia tipu Cik Tipah? hanya kami se-ofis sahaja yang tahu. Harapnya hari Isnin nanti Cik Tipah tak tertipu lagi.

Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.

ps: siapa Cik Tipah tu? pun rahsia juga...

Iklan 3

Kawan aku kata : Kalau soal hati perlukan keberanian untuk ambil risiko. 
Beranikah anda? Beranikah aku?

Adakah hari ni ialah hari Tipah Tertipu? Kenapa? Hanya aku dan kawan-kawan seofis sahaja yang tau.

(ps: Di atas adalah dua perkara yang amat berbeza yang bermain-main dalam akal bijak aku, jangan keliru...)


Wednesday, October 20, 2010

Apa La Dia Ni

Baru terbuka hati nak baca buku ni. Aku sendiri dah lupa bila beli, ingat tahun lepas, rupanya dah nak genap 2 tahun. Punyalah lama kepam. Tapi macam dah baca sikit, ada bekas kene lipat. Tak cukup persediaan mental agaknya. Sebab tu aku tak baca lagi kot. Ke aku malas? Haha..sendiri jawab la.

Malam ni bermalas-malas aje. Berjaya juga balik melenggang, tak bawa kerja ke rumah. Hindustan pun malas nak tengok. Cerita lama, zaman Rani Mukherjee mekap tebal-tebal. Jadinya malam ni aku buka hati dan minda untuk baca buku. Kalau nak dikira, banyak juga aku beli buku tapi tak baca lagi. Apa sebabnya ye? Gedik nak beli, perap berbulan-bulan.

Ada juga orang macam tu eh? Aku la tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 19, 2010

Layan Hati

Malam tadi tengok telemovie Keabadian Cinta di Astro Prima. Dalam tu dia ada masukkan lagu ni sekali. Tiba-tiba teringat zaman uni, aku memang suka melayan satu movie ni. Penyakit aku ni kalau dah suka satu cerita ni, tengok banyak kali pun ok. Tapi serius memang dah terlupakan pasal movie ini sampailah malam tadi. Yang tak bestnya, cerita ni pasal apa pun aku tak ingat. Huhu..sedih pula.

Yang aku ingat cerita ni memang best. Mana ada Meg Ryan berlakon lagi sekarang. I wish kalau ada lagi dvd cerita ni..

Jiwang juga ye..ehehh..



Friday, October 15, 2010

Salin Kulit

Muka baru lagi. Tukar angin la pula. Dari warna oren/coklat ke warna gelap. I think its cool. What do you think. Well I like the font, look nice.


Tinggal kenangan. Malas dah nak cucuk langit



Asyik Membebel Aje

It's almost 2am and I'm still wide awake. A lot of things happen lately. In the office, especially. I'm thinking of keeping it by myself, but I feel that I have to let it out.

Ada orang melenting, bila I ingatkan dia pasal tanggungjawab. I just don't understand why he's jumping when I reminded him. I dah tolong dia buat kerja dan I ada had sampai mana I boleh tolong dia. Takkan I nak kena buat dari A sampai Z kot? Siapkan semua benda? I want him to know what I've done for him, its your damn project and you're asking someone else to help you!

Kalau semua benda I tolong setelkan untuk you, bahagialah hidup you, semua benda you tolak kat I. Ini lepas tangan namanya, bukan delegating works.

I bukan jenis orang yang macam ni "I dah siapkan kerja you, you cuma perlu pas ke client aje, semua I dah selesaikan, mesti betul punya, you jangan risau"

I adalah orang yang begini "I dah buatkan, I letak fail tu kat meja you, nanti you tengok dan check, kalau ada apa-apa beritahu I"

Kalau you orang yang tau tanggungjawab, you tau konsep delegating works, you akan tengok apa yang I buat, betul ke salah, kalau salah beritahu kat mana salah, kalau betul, lepas ni nak kena buat apa, bagi kat budak lain untuk print beberapa set ke apa ke.

Kawan, kawan juga, tapi kerja tetap kerja.

(Ps: teringat bos lama I, dia kata "when someone says no problem, no problem, then he's in big problem")
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 7, 2010

Iklan 2

You all tengok gambar perempuan tonggek pakai helmet ni. Yang kat depan pula tersembul. Agak-agak you all ni buku apa.

Ini ialah katalog hardware untuk steel members. Maksudnya korang nak pakai besi macam mana, semua ada dalam katalog ni. Agaknya sebab dunia engineering ni ramai lelaki sebab tu dia buat cover macam ni. Boleh pulak ehh?..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 6, 2010

Korang Jangan Layan Dia Ni...

You all nak tengok meja kerja aku yang terkini. Huhu, mana la kepala tak kusut, bersepah. Tapi kalau aku kemas, terus hilang semua benda. Takpe ini sementara aje. Sebelum balik meja ni bersih semula. This was taken at 7.30pm.

Currently I have:
  1. Drawings to send to QS for taking off, but still not finish. A lot!!
  2. Calculation to compile for S'pore job. Leceh mak nenek.
  3. Construction drawings to issue, but still have to amend.
  4. RFI yang perlu disempurnakan.
  5. House renovate that need to go thru for new structures.

Jam, hp, kunci, jam, gelang semua campak tepi. Hari ni bos belanja Pepsi.
Ini meja buat drawing dan paperwork.

Ini pula meja untuk buat design. Sebab software Esteem ada kat meja ni aje.
Kenapa ada satu je? sebab software ni mahal. Hahahahh

Drawing pula bersepah kat bawah. Sori lah dah terpijak beberapa kali.
Harap-harap tak ada cap tapak kaki.

Inilah gambaran sebenar.
Yang bertepek kat board tu lagi satu benda semak, tapi aku suka warna kuning tu.

  
Tapi apa aku buat sekarang?!! Blogginggg?!! Stop Stop!!






 

Tuesday, October 5, 2010

Wedding Ili

Ini adalah wedding housemate aku yang kedua sejak aku berumah sewa ni. The first was my dear friend Sal, our housemate in back Mutiara Damansara. Minah ni la yang heret aku duduk KL. Hahaa..Aiseh, rindu pulak kat makcik tu.

Wedding housemate aku kali ni kat Batu Pahat je. Bagus juga dekat dengan kampung. Sebab aku bukan la orang yang rajin datang kenduri rumah orang jauh-jauh ni. Melainkan kenduri yang mak abah aku rasa nak datang dan aku kena jadi driver. Ada ke pemalas sampai macam tu eh..

Janji dengan kawan-kawan nak datang pukul 2. Pukul 10.30 pagi baru nak balik kampung. Pukul 2.30 barulah sampai ke tempat kenduri. Godeh-godeh parking jap, pas tu masuk la dewan. Masuk dewan terus konfius, nak makan dulu ke, nak salam pengantin dulu. Salam dulu lah..pas tu makan kenyang-kenyang. Lepas tu boleh balik.

To my dear roommate, selamat pengantin baru, wish u all the best with your new life. U punya wedding gift tunggu I gaji lah..haha..

Amik gambar dulu kat parking,
apasal budak Ard ni macam nak kiss aku pula..haha..wangi ehh..

Ini kek dia

Ini gambar pengantin.

Monday, October 4, 2010

Jangan Buat Lagi

I'm wearing this stupid shoes all the way from JB to S'pore and end up bought RM20 pink stripey flats once I reached JB. I can't walk at all. Totally discomforting! Kaki rasa macam nak meletup.

Kasut yang sepatutnya untuk berjalan ala-ala ayu telah aku disalahgunakan untuk berjalan beratus-ratus langkah, turun-naik bas dan eskalator. Makanya ia telah menjadi penderaan kepada kaki.

Tapi hari ni juga satu pencapaian kepada diri sendiri. Boleh masuk S'pore sendiri. Selalu mesti ada member pergi sekali. Yey!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sweet Tooth

Welcome October!!

Konon-konon nak jadi pembuka tirai. Tapi delay la pulak. Sebenarnya nak cerita pasal kek yang aku beli hujung bulan hari tu. Tak sempat nak update sampai masuk ke bulan baru. Balik dari ofis je terus tergedik nak makan kek, terus lah tala kereta aku ke kedai Lavender. Masuk kedai mata melilau, nak beli roti ke kek. Tapi memandangkan niat utama nak beli kek, terus aje lah ke kaunter kek. Jakun tengok kek jap. Setelah belek-belek inilah kek yang jadi pilihan hati.

Time tengah stress ni makan kek memang la sangat relaxing. Tapinya saat kenikmatan makan kek ini telah diganggu oleh sms dari bos aku. Huhuu..Eh, serius la memang sedap yang praline marma tu. Yang green tea tu so-and-so je rasa dia, sebab pertama kali makan kek teh hijau kot.


Yang warna hijau ni  nama dia Uji Machha aka green tea cake
Yang warana coklat tu Crispy Praline Marma



Keratan rentas


Paling best, ada keriuk-keriuk kat dalam kek.

Friday, October 1, 2010

Mari Kita Gunakan Ia..

First day of October and first day my menstrual cycle. Just wanna try this out since their ads are soo funny.

I'm tired, exhausted, angry and frustrated. Huhhh..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.