Pages

Monday, February 14, 2011

Lari! Lari!

Suatu petang yang damai...




anak kucing 1 : kawan-kawan, mari kita jalan-jalan jom.
anak kucing 2 : jom la..mak kita tengah berehat tu. kita kan tak pernah jalan-jalan kat rumah ni.
anak kucing 3 : jom jom..yeye..first time ni nak round satu rumah.
mak kucing : jangan jauh-jauh ye anak-anak. mak tengah feeling ni, ada orang tengah garu leher mak ni. hmmm...bestnyeee...


anak kucing 1: alamak ada raksaksa la..besarnya dia. tiba-tiba aje landing kat depan saya! kawan-kawan! tengok raksaksa ni
anak kucing 2 : aisehh dia dah pegang leher saya la, camne ni?. dia main-main kat kepala saya lahh! tengok lah tangan dia besar, lagi besar dari badan saya. habislah saya penyek nanti!
anak kucing 3 : lari kawan-kawan! cepat selamatkan diri! saya nak menyorok kat kotak ni lah


















anak kucing 1 : adeh-adehh susahnye nak undur ni. dah la belum pandai jalan lagi.
anak kucing 2 : yes yes dapat larikan diri. yahh yahh pusing cepat-cepat
anak kucing 3 : alamak saya dah terlanggar kotak ni. macam mana nak pusing ni. mak! mak! waaa!! takmo jalan-jalan lagi! mak!mak! cepat selamatkan kami!
mak kucing : aisehh korang ni, mak ko ni baru nak rilek-rilek. meh sini, setakat raksaksa ni, mak tak heran. dia baik la..dia selalu bagi mak makan tau!!

Tamat


Tuesday, February 8, 2011

Tanda

Ni semua stationaries yang ada dalam pencil case saya. Cuba tengok, semua ada tanda. Saya lilit dengan tape biru kat hujung dia. Ini untuk mengelakkan tukang pinjam tak pulang balik. Pen kat ofis ni suka betul main sorok-sorok. Magic eh? Hahaha..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 7, 2011

Cuti dan Wedding

Musim cuti sekolah mesti sekali dengan musim orang buat kenduri kahwin. Padahal cuti sekolahnya seminggu sahaja. Saya mengisi cuti CNY saya dengan majlis walimatulurus sepupu saya. Adik beradik, dua hari berturut-turut. Sabtu dan Ahad.

Wedding 1 - Sabtu 05/02/2011

Tempat pengantin perempuan kat Bukit Gambir, Muar. Majlis nikah pukul 10.00 pagi. Jadinya kitorang semua bertolak pukul 7.30 pagi. Ikut jalan lama, memang sengal. Tapi nak buat macam mana dah rombongan semua kata ikut jalan lama. Saya folow aje. Jalan Muar memang saya tak expert pun. Jarang-jarang pergi sana. Masa tunang pun saya ikut hantar, tapi dah tak ada memori camne nak pergi sana. Sepanjang jalan tu memang nampak la khemah orang kenduri. Standard la kan. Musim kenduri. Sampai sana lebih kurang 9.45. Majlis start pukul 10.15. Ada masa nak berehat-rehat sekejap, touch up mekap dan betulkan dulang-dulang hantaran yang senget-senget.


Ini hantaran dari belah kitorang, lelaki. Ada 11 dulang

Zoom sket. Bunga ros beli dari KL.
Nape dari KL, sebab sepupu saya jumpa kedai bunga yang memang murah.
Lagi satu tahan lama roses ni.

Ini dari belah perempuan. Memang diorang ni pakat pakai raga buat bekas hantaran.
Tapi diorang punya ada tiang. Susah kitorang nak sumbat kat bonet kereta.

Sepupu saya Arif, wife dia Aisyah, mata terpejam pula. Pengapit lelaki tu adik saya Omar.
Bidan terjun jadi pengapit. Baju melayu pun pinjam. Kalau tak dia kene jadi orang yang bayar tol tu.

Ini masa sanding. Pelamin cantik.

On the way balik, kitorang beli durian. Ni kat jalan Tangkak, nak masuk hiway. Isi semua elok, tapi mahal yang amat. RM8/kilo. Lepas tu sikit punya azab, jalan sesak nak masuk hiway.
Kat hiway pun sesak boleh tahan. Konon la kan tak nak lalu jalan kampung, nak lalu hiway.


Wedding 2 - Ahad 06/02/2011

Disebabkan semalam amat meletihkan jiwa dan raga. Hari ni 50-50 je nak pergi ke tak. Pukul 7.30 tu bangun tidur macam biasa. Sebenarnya awal dah bangun, tapi nak tunggu juga mak kejutkan, saja. Tapi dia tak kejutkan saya pun, tak jadi pergi agaknya lah kot. Tengok-tengok muka dia aje, terus dia tanya nak gosok baju ke tak. Jadi pergi rupanya. Yang ni kat Batu Pahat aje, menikah aje, tak ada sanding-sanding. Tak de la lama sangat. Pukul 8.45 gerak dari kampung, pukul 9.15 dah sampai. Nikah lepas tu terus makan. Nasi beriani lagi sedap dari yang semalam punya. Tak ada banyak gambar, gambar pengantin pun saya tak sempat nak snap. Pengantin tak bersanding pun, ambil wajib aje.


Ni hantaran dari lelaki (pink) dan perempuan (purple)

Zoom sikit. Hantaran dia memang menarik, buku-buku sejarah Islam. 
Bunga yang ni warna lembut. Sweet aje kan

Saya paling suka dulang cincin ni. Comel sesangat!!

 

Friday, February 4, 2011

Quote

"Life is very precious, God created you to do good and unto others. Love everybody and enjoy life by not hurting anybody. Speak the truth, do good things and don't be self centered, life is just too short" - Noor Kumalasari


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Happy Rabbit Year

Selamat Tahun Baru Cina. Best wishes kepada semua kaum Cina. Hari ini sampai Ahad melepak rumah aje lah kerja saya. Semalam kitorang satu ofis lunch di Mutiara Hotel. Macam biasa tiap-tiap tahun. Cuma tahun ni simple aje. Staf Singapore tak ada, cuma kitorang, bos lagi sorang dan Kak Lina IEM.

Mula-mula makan YeeSang. Lambung tinggi-tinggi sambil wish all the best. 2nd course pula, sharkfin soup. Tapi memang lama nak tunggu sup tu sampai. Mesti panas bontot waiter tu sebab kena perli dengan Kak Lina. Tapi memang lambat pun. Macam tak ready aje. Padahal restoran tu tak penuh pun. Bos saya pula cakap, ini dah macam kompeni kita, lama betul projek tak masuk, lepas tu baru ada. Bos saya lagi sorang tu sengih-sengih aje la. Sengih aje la, kene perli. Kitorang semua senyum aje la.

Lepas sup tu barulah laju sikit makanan lain-lain sampai. Last sekali penutup-nasi goreng dan buah-buahan.
Dalam pukul 2 baru siap makan. Balik ofis, kemas-kemas meja lebih kurang lepas tu balik rumah. Kiranya hari Rabu semalam macam tak kerja aje. Dah la hari Isnin saya hampir sehari kat bank. Selasa pula memang dah malas kerja. Nak dikirakan memang sepanjang minggu ni tidak produktif.
Balik kampung pula dah dekat pukul 7. Jalan tak sesak. Tapi slow moving. Kat hiway pun banyak kereta. Sampai kampung 8.30 mlm.

Ok berbalik kepada kisah saya dan bank hari Isnin kelmarin. Hari Selasa bos saya pula ambil turn pergi bank. Dia pun senasib juga, kena beratur panjang. Tapi rasanya nasib dia malang lagi kot dari saya. Bila sampai kaunter, officer tu bagitau dia, cek tu masih floating. Maknanya belum clear lagi. Maknanya cek tu baru sahaja di bank-in kan. Maknanya, tukang bank-in cek tu mesti dah kena hamun dengan dia. Makanya, bos saya pun tak boleh ambil duit. Kena tunggu cek clear, lepas pukul 2. Petang tu, terpaksa beratur lagi, lagi panjang. Baru ok.

Ok, cek floating, tak boleh keluar-dia call. Tengah beratur panjang kat bank petang tu-dia call. Dah dapat duit-dia call. Dah sampai tambak dia call. Dah sampai traffic light dekat ofis dia call. Dah sampai depan ofis, dia hon kereta. Pening tak? Jumpa sekejap kat kereta lepas tu saya masuk ofis balik. Baru duduk dia call lagi. Dan ada lagi satu call lepas tu.

Tapi saya dah tak pening, sebab dapat duit. Yey!! Layan aje.

Ok la. Stori dah habis. Selamat Tahun Baru Cina.


ps: teringat Tina mati CNY tahun lepas. Hari ni pula arwah Mak Yan genap setahun meninggal. Sama tarikh dengan birthday sepupu saya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.