Pages

Tuesday, June 28, 2011

Tioman - Versi Gembira

Ok, ini sambungan daripada entri yang sebelumnya. Kita layan cerita bergambar aje.

Day 1:

Inilah tempat kitorang tidur. Panuba Inn Resort. 
Sila abaikan kekaburan itu, kerana gambar ni diambil dari tingkap feri yang macam tak pernah lap tu. 



Muka-muka ceria kat dalam feri. Masa ni memanglah masih cun, lepas sejam, masing-masing muka dah naik hijau. Feri berombak, dengan nampak orang lain lalu lalang ke toilet belakang sebab nak muntah menambahkan lagi kehijauan muka. Tapi akhirnya berjaya juga mengharungi 2jam dalam feri dengan jayanya. Yeyyy !!



Jeti terakhir. Kampung Salang. Walaupun penat, posing itu harus ok. Nampak tak air laut tu. Memang jernih. Tak sabar nak mandi. Nampak tak rumah-rumah kat balik bukit tu. Menarik kan.



Yang ni kat Panuba. Jangan pelik, naik feri sampai Salang, tapi tidur kat Panuba. Nanti saya cerita dalam entri lagi satu. Panjang ceritanya, walaupun sedih, tapi ada hikmahnya. Masa ni tengah siap-siap nak mandi laut. 


Lihat aksi dua orang manusia ni. Riang gembira macam orang dari planet lain yang tak pernah jumpa air.



Hari pertama berakhir dengan penuh pahit manis. Sebelah malam, tak ada apa-apa aktiviti. Makan sebelum pukul 9.30 sebab restoran akan tutup pukul 10. Kat sini ada resort dan sebuah restoran aje.


Day 2.


Pagi. Lepas gerimis, lepas tu ada pelangi. Pertama kali nampak pelangi yang lengkap. Sebenarnya ada 2, tapi yang kat belakang tu tak nampak. Soo sweeeet.


Acara mandi manda lagi. Teramatlah bestnya. Rasa macam nak berendam lama-lama. Tengok air dia sikit punya jernih. Main air sampai sakit dada. Kat Panuba ni orang tak berapa ramai, jadi bebas sikit nak main air. Main air pula stail macam orang jakun. 


Ini pula aktiviti selepas penat main air. Konon-konon nak buat piramid dan tepek dengan corals ni. Tapi macam tak jadi. Tak pe lah, asalkan hati gembira.


Ok, waktu untuk balik ke Mersing. Bilik kitorang yang betul-betul mengadap jeti ni, tingkat tengah-tengah. Bilik dia memang best, ada hot shower, TV yang ada RTM1 dan RTM2 aje. Tu pun kitorang boleh layan.


Aksi kebosanan sebab tunggu feri lama, check-out pukul 12, naik feri pukul 2. Mamat yang lagi sorang tu orang Thai, lepas je kitorang ambil gambar ni, dia terus buka baju dan seluar, terjun. Lepas tu kawan-kawan dia pun join sekali.


Adakah saya gembira dengan percutian ini? Yaa!!

Saturday, June 25, 2011

Tioman!!

Siapa sangka hari ni saya ke Tioman. Book chalet hari Khamis lepas. Nasib baik ada kosong. Sekarang kat dalam feri. Macam feri ke Langkawi. Turun naik, bergelombang. Harap-harap tak mabuk. Ini dah macam percutian bajet sebab masing-masing belum dapat gaji. Kalau kerja gomen, mesti dah dapat gaji.

Saya pergi dengan 2 orang manusia ni. Yang tutup muka tu dia perasan glamer, macam paparazzi aje yang ambil gambar dia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 17, 2011

Yeyy!!

And finally bos accepted my resignation.

Fuhh..lega. Susah hati ok selama ni. Nak tender tapi orang tak terima. Jadi sekarang saya ada lebih kurang sebulan setengah untuk siapkan kerja. Paling tak pun saya dapat siapkan 70%. Yang lebihnya nanti staf baru akan sambung. Mestilah kan.

Tiba-tiba je rasa campur-campur. Gembira ada sedih pun ada. Sebab lepas ni kat tempat baru entah macam mana keadaannya. Suasana kerja pun entah macam mana. Perangai staf lagi la tak tau. Tapi itulah cabaran saya. Berapa lama nak kerja sana pun saya tak plan lagi.

Dulu plan nak kerja kat RNS tiga tahun. Tahun ke-3 saya keluar. Tapi memang sedih woo. Maklumlah kerja pertama. Susah sikit nak lepaskan. Siap berangan nak masuk sana semula lepas tu. Lepas tu kat Esa. Plan hendak kerja dalam 2 tahun. Tapi tak kesampaian. Baru setengah tahun dah tergedik nak berhenti. Dengan Proteam pun saya rancang 3 tahun juga. Dan sekarang tahun ke-3. Sweet kan?

Kenapa saya suka 3 tahun eh? Entah lah. Memang dah tanam dalam kepala. Lepas ni boleh juga try buat 5 tahun ke apa
ke.

Ok kawan-kawan ada jawatan kosong di Proteam sekarang. Siapa berminat, hantar resume.

End of story.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 15, 2011

MC

Ni nama penyakit saya. Macam jajan Corntoz pun ada juga. Sakit dada sebenarnya. Dada ok, bukan buah dada.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 4, 2011

To Leave or To Stay. Yes, leave..

These are taken from the book La Tahzan: Don't Be Sad, chapter 274.

Firman Allah: Surah Ali-Imran: ayat 159: "...apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal"

1. Kita sering ragu-ragu untuk untuk mengambil keputusan penting sehingga kita gelisah, bingung dan akhirnya menjadi sakit.

2. Beristikharahlah, dan sekiranya kita merasakan kita melakukan perkara yang betul, majulah, dan jangan ragu untuk membuat keputusan. Bertawakal dan bulatkan hati. Ini akan membuang perasaan bimbang dan ragu.

3. Jika anda mempunyai pendapat, putuskan dengan tegas, kerana keraguan diri sendiri akan melemahkannya.

I find those the above is relevant to what I'm having in my mind right this moment. I'm leaving the company, but the boss won't allow me unless I have a super good reason to leave. I just wanna leave, I can't breath anymore, and I need a fresh air.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 1, 2011

Our Best Time - Penang

Kali pertama jejak kaki ke Penang, selepas Konvo tahun 2004. Kira aje lah berapa lama saya tak jejak kaki ke Penang. Awal-awal memang dah plan dengan Yani nak datang Penang untuk cuti tahun ini. Maklumlah tahun lepas kami tak dapat holiday. Macam-macam halangan dan kekangan. Ada yang tengah tak cukup duit, ada yang tengah belajar. Jadi tahun ni kitorang duduk 2 malam kat hotel. 

Ok kita tengok cerita bergambar:

Sunset. Cantik kan. Sebab tu saya memang suka tepi laut. Tapi sebenarnya setiap kali kitorang holiday kat laut, tak pernah sempat nak tengok sunset. Subhanallah. 

This is the most pic that I love. Inilah sebenarnya aktiviti kitorang, setiap kali bercuti. Acara main mekap-mekap, acara baju padan ke tak padan, acara try kasut walaupun saiz kaki masing-masing tak sama. Best Best Best....

This is Penang! Yey!!!

Ok, yang ni kat Fort Conwallis aka Padang kota.
Posing dengan Sir Francis Light yang telah disumpah menjadi batu.

Duduk santai kat tepi meriam. Gila panas waktu ni. Matahari kat atas kepala. Tapi digagahi juga. Saya rasa pelancong lain pun pelik tengok kami. 
Melepek kat tembok batu. Yang ni kat Bukit Bendera. Selama ni nampak keretapi ke Bukit Bendera ni dari bawah aje, jadi kali ni impian nak tengok Penang dari atas bukit ni tercapai. Pemandangan cantik dan tempat ni masih sejuk. Dia ala-ala Bukit Tinggi Pahang tu. Tapi punyalah ramai manusia, beratur nak turun bukit pun dekat sejam. Fuhh letihh..Keretapi sudah baru ok! Computerized lagi. Tak ke canggih.

Makan time!! dapat kawang baru 2 orang. Diorang ni kawan-kawan Yani yang kebetulannya memang orang Penang. Secara tak langsung jadi pemandu pelancong sekali. Saya dapat pasembor dan char koew tiaw yang diidamkan sejak sekian lama. Nasi kandar tak dapat rasa. sobb sobb.

Night market kat Feringgi. Memang meriah, banyak cenderamata. Tapi kalau nak tau, kat sini memang banyak restoran Arab dan massage parlour. Muka si Ijun pun dah letih, tapi saya ok lagi. Ni tengah try RayBan. Nak beli yang ori kena kumpul duit dulu, takpe, kita try yang pirate punya dulu ok!

Last day. Baru sempat main air laut. Main kat depan Hardrock Hotel. Orang-orang yang duduk kat Hardrok ni tak reti nak mandi air laut agaknya. Kat depan Bayview ramai orang, sebab tu cari pot jauh sikit. Masa ni tengah malu-malu nak celup badan kat air laut. 
Just before check out. Lepas ni balik ke Shah Alam. Berakhirlah percutian.

Kawan-kawan,
Lepas ni kita pergi mana pulak?
Hmm...