Pages

Tuesday, May 22, 2012

Wedding Yani

Saya rasa ini ialah majlis perkahwinan pertama kawan saya pada tahun ni. Dan dia ni memang la special sebab kitorang dah kawan selama 12 tahun. Sejak tahun pertama jejak kaki di USM. Geng cuti-cuti Malaysia saya dah kurang seorang. Tinggal saya dan Ijun sahaja. Jadinya untuk hari sejarah si Yani ni, saya dah Ijun gigih juga datang ke Felda Keratong yang tak pernah jejak kaki langsung. Tawakal sahaja sebab saya cuma tau jalan sampai Segamat sahaja, yang lain-lain berserah kepada Yang Esa dan berpandukan GPS sahaja (terima kasih kepada Nokia Drive yang amat membantu).

Ijun datang rumah saya hari Sabtu petang, saya dah gedik-gedik hepi, malam tu sempat juga beli hadiah khas untuk Yani ni dan sempat beli henbeg. Sempat aje kan. Walaupun sebenarnya hari Jumaat sebelumnya kepala saya memang berselirat dengan macam-macam perkara dan masalah. Akhirnya semua tu tolak tepi dan kitorang enjoy beli belah dalam masa kurang 2 jam.

Hari kenduri, Ahad, bertolak dari rumah pukul 10.30 dan sampai ke rumah pengantin dalam pukul 1 lebih. Baru sampai beranda rumah mak Yani dah sambut "Ni Rafeah ke?" Saya pun sengih-sengih jawab ye. Dalam hati ni berkata juga, last jumpa waktu kami konvo dulu, lepas tu macam tak ada jumpa lagi. Lepas salam-peluk dengan tuan rumah dan Yani, saya dengan Ijun isi perut penuh-penuh. Sebab lepas ni nak drive 2 jam lagi. 

Ok lah, tengok gambar pula.


 Yani sedang dimekap oleh mak andam, yang umur pun lebih kurang kitorang aje.

Saya dan Yani. 


Sebenarnya baju kitorang ni dah dekat-dekat sama. Cuma tudung aje lain kaler. 

Kepada Yani diucapkan selamat menempuh alam baru. Be good.


1 comment:

~*irjune*~ said...

cepat benor buat entri....hehehhe