Pages

Monday, October 29, 2012

Kenduri

Ok, nak cerita pasal hari Sabtu minggu lepas. Abah buat kenduri akikah untuk anak bongsu. Kalau ikut perancangan, nak buat waktu raya haji, kiranya minggu ni lah. Tapi oleh sebab anak yang lagi seorang, Umar tak dapat cuti raya dan cuma cuti hari Sabtu lepas, maka terpaksa la diawalkan.

Agak kelam kabut juga sebab mulanya nak buat lepas Isyak tapi ada rumah lain pun nak buat tahlil lepas Isyak, jadi terpaksa ubah plan ke lepas waktu Magrib. Lagi la huru hara sebab Magrib masuk awal. Jadinya makanan mesti siap disediakan sebelum pukul 6.30. Kecoh!!

Ok, memandangkan kami ni Jawa, maka hidangan makanan pun stail Jawa, pakai dulang. Nasi ambeng. Bagusnya sebab tak payah basuh pinggan bila dah siap kenduri. Kalau dah pernah rasa makan nasi dalam dulang ni, memang la nikmat. Kalau dapat makan sedulang dengan sepupu-sepupu lagi la best. Sambil makan sambil menggosip.

Ok, gambar kat atas close up nasi ambeng. Kalau yang lagi tradisional, lauk pauk disusun atas daun pisang yang digunting jadi pinggan besar. Tapi yang ni lauk susun dalam pinggan aje lah. Lauk kambing masuk mangkuk. Kuih dan buah pun letak pinggan lain. Biasanya satu ambeng ni akan dikongsi makan 4 atau 5 orang. Nasi dan lauk yang tak habis akan dibawa balik dipanggil nasi berkat. Selalunya ini lah yang kitorang adik beradik tunggu-tunggu bila abah balik kenduri. Nasi berkat. Saya pun tak tau kenapa dipanggil berkat. Berkat agaknya sebab makanan yang telah dibacakan doa. Berkat agaknya makanan tu dimakan oleh abah.

Selamat makan.


Rafeah Sapari

Miaw Miaww Mawwww

Latest addition to our furry family. I found it at the staircase at my office. Looks like a good civillian has put this mother and 4 babies in a proper box. They really melt my heart away. So i decided to bring them home. It was a relaxing journey travelling home with cats in the box compared last one when I brought Salman home (macam nak terbalik kereta).

Initially it was 4 kittens, but now only one left with us. 2 was adopted (kidnapped) by my aunt, one died not knowing why. And now only this one kuning gemuk left with the mother yang garang. My other cats lalu pun kena marah dengan mak kucing ni.



Rafeah Sapari

Saturday, October 27, 2012

Promo

Sabtu lepas saya hadir ke "Hari Bersama Pakar Kesihatan". Hadir atas jemputan. Anjuran sebuah hospital swasta di JB. Saya selalu dapat panggilan untuk event seperti ni. Mana dapat nombor telefon, saya pun tak tau lah. Selalunya saya akan tolak, tapi kali ni bila diorang cakap kalau kita hadir akan dapat baucer ujian darah percuma. Jadi rasa rugi pula kalau tak pergi.

Kebetulannya dia dibuat kat Parit Raja, jadi memang tak ada masalah lah.

Dalam kepala saya terbayang doktor bagi ceramah pasal kesihatan, tapi bila dah sampai lain rupanya.

Setiap peserta diberikan penerangan secara individual. Masa tu saya dah perasan orang yang bagi consultation tu tak rupa orang kesihatan pun. Tapi saya dengar aje sebab banyak info bagus yang dia beri.

Semakin lama saya perasan dia ni (tukang bagi consultation ni) banyak highlight pasal pentingnya buat medical check up yang secara total. Kiranya dari atas sampai bawah la. Bukan macam masa mula-mula nak masuk U, cuma buat xray aje.

Akhir sekali memang sah la dia promo pasal buat medical check up. So dia kata, untuk buat complete medical check up, kos ialah dalam 3.5k++, tapi dia kata lagi, untuk hari ni, dia (hospital) bagi harga istimewa cuma 1.7k++ aje. Kira dalam diskaun 50%. Tapi dengan syarat, kena buat untuk 5 tahun. So kira la RM1.7k++ kali 5, almost 9k! .

Paling best orang tu kata boleh buat easy payment pakai kad kredit selama 36 bulan. Saya rasa kalau saya ni bangsa yang obses dengan kesihatan, mesti saya akan ambil. Tiap - tiap tahun buat medical check up!

Akhir sekali saya terpaksa menolak. Saya juga respek kat orang yang bagi saya consultation tu sebab dia tak paksa. Bila saya cakap saya tak nak ambil dia pun kata tak pe, pilihan di tangan saya.

Tapi baucer blood test tu tetap dapat. Sah untuk 3 bulan.. Yayy!!



Rafeah Sapari

Tuesday, October 23, 2012

Ayo ayo Kita Ke Gym

Ini entri dah draf lama, tapi hari ni baru dikeluarkan.

Kesian kat blog sendiri sebab dah lama tak ada apa - apa perkembangan. Ok, entri bulan Oktober ni ada satu benda aje yang saya nak kongsi. Sekarang waktu petang saya isi dengan ke gimnasium. Mungkin sebab terpengaruh dengan housemate saya yang rajin ke gym, mungkin juga sekarang saya dah banyak masa lapang. Buat part time pun dah tak banyak.

Atau sebab baru sekarang wujud kesedaran. Badan pun rasa makin lama makin berat.

Mula-mula tu saya pergi jogging kat Taman Merdeka, rasanya baru 3 kali pergi. Jogging sorang-sorang ok aje sebenarnya, rasa invisible. Lepas tu rasa macam tak selamat pula. So gigih la google mana-mana gym untuk wanita sahaja. Kalau yang unisex tu banyak la.

Akhirnya jumpa juga. Dekat sahaja, kat Larkin Idaman. Padahal saya memang selalu ke sana beli barang dapur (yang tak seberapa pun) tapi tak pernah perasan ada gym kat situ.

Jadinya sekarang 3 kali seminggu lepas waktu ofis(Selasa, Rabu, Khamis) saya datang sana. Buat treadmill, basikal atau aerobik. Habis peluh busuk keluar, tapi badan rasa segar. Kakak ofis pun dah join. Dia dan geng dia buat aerobik setiap Jumaat malam.


Rafeah Sapari

Monday, October 22, 2012

Kek

Petang tadi singgah sekejap di Cimb Jalan Kuning untuk bayar duit kereta, lepas tu terus ke kedai Cheelicious. Pertama kali jejak kaki ke kedai kek tu. Dari luar deco dia memang cantik. Macam biasalah mula-mula mesti muka lost aje kat pintu kedai. Nasib baik waitress tu baik hati terus tanya saya nak beli cheese kek ke. Dia terus tunjuk ke kaunter. Lepas tu datang sorang lagi beritahu ada perisa baru, durian. Saya pun angguk aje lah. Lapar punya pasal saya beli lagi satu, chocolate cheese cake. Harga sepotong RM8.80, agak mahal kalau nak banding dengan Secret Recipe & Seasons.

Saya sangat teruja nak rasa yang perisa durian. Masuk rumah aje, terus basuh tangan dan capai sudu. Baca Bismillah terus la makan. Masya Allah, sedapnya. Makan lagi sikit, hmm sedapnya. Tapi satu slice aje dah cukup ok.




Rafeah Sapari