Pages

Tuesday, August 27, 2013

Cucur Apple

Nak kongsi resepi Apple Fritters. Mula-mula tengok kat rancangan masak Anna Olson. Tengok dia buat memang macam sangat straightforward. Siapa yang rajin buat kuih memang la tak susah. Yang tak rajin macam saya tapi semangat aje yang lebih ni memang tak mudah la.

Alhamdulillah setelah dicuba dan dilaksanakan ikut step yang dia bagi tu jadi la apple fritters saya. Gambar pun tak ambil. Gambar ni dari google. Tapi hampir sama dengan hasil buatan saya.

Rasa dia macam kek. Cuma dia digoreng. Makan waktu panas dengan air kopi memang nikmat la.

Ini resipi Anna Olson. Selamat mencuba. Saya pun cari kekuatan untuk cuba buat sekali lagi.


Ingredients

Apples
2 medium tart apples, peeled and coarsely grated
1 teaspoon lemon zest
2 tablespoons lemon juice
3 tablespoons sugar
1 pinch ground cinnamon

Batter
2/3 cup sour cream (full fat) - i replace with yoghurt
1/2 cup + 2 Tbsp sugar
2 large eggs, separated
1 3/4 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon ground cinnamon
1/4 teaspoon ground nutmeg
1/4 teaspoon salt
2 1/2 tablespoons unsalted butter, melted
vegetable oil, for frying
icing sugar, for dusting



Directions

Apples
1. Toss the grated apple with the lemon zest, juice, and the cinnamon and let sit a few minutes (to soften the apple).

Batter
1. Whisk the sour cream, ½ cup of the sugar and egg yolks to blend. Stir in the grated apple (including any juices). In a separate bowl, sift the flour, baking powder, cinnamon, nutmeg and salt. Stir this into the sour cream mixture until blended, then stir in the melted butter. Whip the egg whites until foamy then add 2 tablespoons of sugar and continue whipping until they hold a soft peak. Fold the whites into the batter and use right away.
2. Pour the oil into a tabletop deep fryer following manufacturer's instructions (or into a large, deep pot so that it is only filled about 3 inches). Heat the oil to 350 F (use a candy thermometer if cooking doughnuts in a pot). Have a baking tray lined with paper towel, with a cooling rack placed over it. Use a small ice cream scoop and carefully drop scoops of batter into the oil, making sure there is enough room between them to cook evenly. Cook the fritters for about 3 minutes on each side, then remove using a slotted spoon and let drain and cool for at least 10 minutes before dusting and enjoying.
3. The fritters can be enjoyed warm or at room temperature on the day they are cooked.


Monday, August 26, 2013

Rumah Terbuka Raya

Jumpa kembali. Kalau nak tau keluarga sebelah mak saya tiap-tiap tahun raya akan buat giliran buat rumah terbuka. Tahun ni giliran Pak Long saya. Kali ni dia buat waktu siang, hari Sabtu 17/08. Majlis bermula jam 12 tengahari dengan sedikit tahlil dan doa selamat. Kemudian baru buat acara makan-makan. Macam tak berapa meriah la kali ni sebab ramai yang tak ada. Tapi makanan banyakkkk..Biasalah keluarga Mak Long saya semua pandai masak. Kalau kenduri ke ape ke mesti rumah dia yang paling banyak jenis makanan.


Mak, Mak Uda, sepupu dan Mak Long. Masa ni kitorang baru sampai. 
Belum ramai yang datang.


Sebahagian makanan yang ada. Orang lelaki makan di balai di halaman. Ada sate, nasi putih lauk udang masam manis, ikan keli cili, lagi ada soto dan rojak. Dalam bekas tutup tu sayur yang dicelur dan makan dengan cicah macam sambal. Tak tau la nama apa. Saya dah dapat soto dah bahagia.


Hari yang sama juga buat sambutan birthday untuk Tok Aji (mak kepada Mak Long saya) yang ke-98. Masih sihat lagi. Saya difahamkan kakak atok aji ni umur dia 100 tahun. Cheesecake disediakan oleh sepupu saya. Sangat sedap.


Latest addition in the family - baby Ummu Hani.

Ok tamat.








Cerita Beraya

Salam sejahtera semua. Alhamdulillah kita semua dah melepasi minggu pertama Syawal. Tapi rasanya masih dalam mood raya. Sekarang mood open house. Ok lah nak cerita pasal raya tahun ini. Tahun ni kami 3 keluarga datang beraya di rumah datuk saudara saya di Gunung Pulai. Bukan selalu dapat datang ke sini. Walaupun datuk saudara saya sudah tiada tapi masih ada sepupu emak yang tinggal di sini. Kiranya datang memang untuk merapatkan silaturrahim.

Walaupun masih satu negeri tapi suasana kampung ni memang la best. Sebab kampung ni terletak dekat dengan Gunung Pulai jadi hijau aje sekeliling. Dengan pemandangan gunung lagi, semua orang jakun. Kalau tak salah, kampung ni antara kampung tercantik di negeri Johor. Haa lagi satu, kat sini ada kem BTN. Masa saya sekolah pun pergi berBTN di sini. 

Ok, kita tengok gambar.


Pemandangan dari depan rumah. Best aje buka pintu terus nampak gunung.


Dengan sepupu dan Mak Ngah. Balang kuih kat meja tu semua dah licin. Kitorang semua kalau dah berborak, semua kuih boleh licin.


Tak tau apa pesen posing macam ni. Berdiri jauh macam tak kawan.



Crazy shot. Semua kaki ketawa berdekah. Agaknya jiran-jiran mesti pelik, apsal orang beraya bergambar macam orang kejakunan kat atas jalan kampung.


Finally gambar paling sopan sebab ada orang-orang tua join sekali.

ok. tamat. 
terima kasih tuan rumah sebab jamu kami makan tengahari yang sedap.






Thursday, August 8, 2013

Raya

My cat have problems adjusting himself during this raya. Sekejap golek kat carpet, sekejap golek kat atas tikar. Jakun tengok karpet dan tikar yang dibentang kat tempat yang selalu lantai kosong aje.

Kat atas meja pun sama. Tak pasal kena lap meja.



Rafeah Sapari

Aidilfitri 2013

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Berkuasa untuk saya menyambut ketibaan Aidilfitri pada tahun ini. Persiapan sama sahaja macam tahun lepas. Ada yang recycle semula pakaian/kasut.

Cuti raya tahun ni agak pendek kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas dapat cuti seminggu, tahun ni cuma beberapa hari sahaja. Raya ke-5 sudah masuk ofis semula. Mood raya masa tu masih tebal lagi. Mungkin sambung beraya di hujung minggu.

Tahun ni giliran rumah Pak Long saya buat rumah terbuka keluarga. Apa la agaknya menu. Dengarnya akan dibuat waktu siang, bukan malam seperti kebiasaan. Tunggu dan lihat aje lah. Saya pun dah sediakan baju. Ok pasal baju raya, selalunya baju raya untuk open house keluarga memang khas dipakai pada masa tersebut sahaja. Maksudnya hari raya sebelumnya saya tak akan pakai baju tersebut. Special la konon-konon.

Rumah pula, abah kata nak buat juga open house. Tapi biasanya kitorang buat dah hujung-hujung raya. Tunggu gaji bulan depannya. Senang nak buat kira-kira. Menu apa nak hidang pun belum buat senarai lagi. Haa pasal menu satu hal. Ada 6 orang dalam rumah ni, 6 selera nak kena layan. Kitorang suka buat waktu malam. Semua saudara/kawan datang waktu yang sama jadi boleh la bertanya khabar dan bergossip bersama.

Ok lah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kalau ada salah silap harap dimaafkan. Sehingga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.

(gambar dari google)





Rafeah Sapari

Sunday, August 4, 2013

Beli Bunga

Setiap tahun memang aktiviti wajib saya bawa mak ke Air Hitam untuk membeli bunga tiruan. Rasanya 1Malaysia dah tau Air Hitam ni memang terkenal dengan hasil bunga, kraf, barang pengantin. Sediakan bajet sahaja. Semua boleh dicari.

Tahun ni, sama macam tahun lepas, datang bawa bekas bunga siap-siap. Rata-rata kedai boleh sediakan perkhidmatan gubah percuma. Jadi boleh la dapatkan gubahan terkini dengan kos yang ditentukan oleh kita sendiri.

Memang rambang mata. Nak mahal ke nak murah ke semua ada. Terpulang kocek masing-masing. Semua cantik.



Rafeah Sapari