Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka dari apa ye? Merdeka yang macam mana? Setakat kibar bendera depan rumah, pasang kat kereta, boleh kira patriotik ke tu. Kalau bendera rabak pun kibar juga, tu kes macam mana pulak. Atau setakat cuti umum yang semua orang ambil kesempatan untuk keluar shopping dan balik kampung.
Tapi persepsi dan penghayatan semua orang berbeza. Aku pun sama juga.
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pages
Tuesday, August 31, 2010
Thursday, August 26, 2010
Catatan Hidup
August is just about to end. And this whole month my mind just went blank. So here it is, my life in summary.
Lagi apa..tu je kot..
Life is short..
I haven't had my period yet which is late as usual and my moods are up and down, up and down, again and again..
I took a nap for 5 mins at every 2 or 3 hours! So unproductive me!
I watched Duhai Si Pari Pari at Astro Box Office countlessly and can still laugh at it. Paribang oo Paribang! Pelik ehh..
I really miss of being super busy. No wonder I sleep a lot! Hehh!
I'll have rice for sahur and never missed one. Makan dengan nugget n kicap pun jalan.
My house has special unwanted visitor. Rat!!
I just renewed my driving license which has been expired for a month.
I had a super boring meeting in Putrajaya. Yawnnn..Huarghhh..
Took on leave yesterday and clean every corner of my house. Rat! Shooo shooo awayyy!! And I love doing nothing sometimes.
(google image)
Life is short..
Thursday, August 19, 2010
Spray Jangan Tak Spray !!
Ini adalah akibat daripada pembelian yang tidak dirancang oleh aku.
Sebenarnya bukan apa, terpesona tengok kecantikan cik pon yang tukang jual tu. Kulit halus mulus. Aku tak tau la apa yang dia lumur kat muka sampai gebu gebi. Hahaha.. boleh ekk..Masa dia tengah cakap-cakap tu aku pandang je muka dia. Memang cun. Ahahha..
Sebenarnya termalu jugak sebab tengah ketawakan member aku sebab dia order perfume 2 biji. Hmm tu lah makna sebenar "what comes around goes around".
Gambar lawa sikit sebab snap pakai hp Sony.
Konon-konon nak window shopping kat Metrojaya tapi akhirnya join sekali beli belah. Dengan perut kekenyangan lepas berbuka, nafsu membeli tetap ada. Orang kata kalau shopping waktu lapar memang tak elok, tapi waktu kenyang pun sama sahaja.
Sebenarnya bukan apa, terpesona tengok kecantikan cik pon yang tukang jual tu. Kulit halus mulus. Aku tak tau la apa yang dia lumur kat muka sampai gebu gebi. Hahaha.. boleh ekk..Masa dia tengah cakap-cakap tu aku pandang je muka dia. Memang cun. Ahahha..
Sebenarnya termalu jugak sebab tengah ketawakan member aku sebab dia order perfume 2 biji. Hmm tu lah makna sebenar "what comes around goes around".
Hari ini juga dengan hepinya telah membuat tempahan kuih raya. Tahun lepas pun beli dengan akak ni. Adalah rasa biskut buatan sendiri, takde la rasa kedai. Nak buat sendiri, memang mimpilah. Dan proses meng'order' biskut raya akan berlaku lagi sepanjang bulan ni. Macam banyak duit aje ehh..Sebab aku memang tergedik nak beli kuih rasa yang sedap-sedap.
Housemate punya- for her sisters
Ini saya punya!!
Ofismate aku beli shower gel. Yummyyy..
Dapat discount card . Yeyyy!!
Gambar lawa sikit sebab snap pakai hp Sony.
Selain daripada barangan di atas, aku beli mangkuk kuih 2 biji, mangkuk puding 1 set. Selesai.
Monday, August 16, 2010
Eksperimen Tudung
Jangan tengok stick-note yang bertepek kat tepi telefon tu. Tengok aku aje..
Gambar ni blur-blur sikit.
Ini eksperimen pakai tudung sarung. Satu-satunya yang ada dalam koleksi. Nak tengok juga muka sesuai ke tak pakai tudung gaya macam ini. Tapi aku rasa macam dah emak-emak aje pakai tudung ni.
Buka Puasa Kat Stulang
Berlaku hari Jumaat yang lepas. Semua ini ialah rakan-rakan se-ofis. Melayan mood hari Jumaat yang sememangnya malas bekerja, jadinya melayan perut ajelah. Jadinya semua menuju ke Stulang, tempat makan tepi laut yang ala-ala happening kat JB ni. Boleh nampak Singapore kat seberang.
Sampai sana dalam pukul 6.45, order lauk lebih kurang. Masa tu orang dah mula ramai. Lauk pulak sampai awal, akibatnya semua termenung depan lauk dan air. Huhu..Nasib baik aku dah dewasa, tak adalah meleleh air liur. Masuk aje waktu berbuka, kedai makan pun dah penuh sesak.
Selamat menjamu selera!!
Tengok sotong tu, macam cekodok ehh..
Semua orang sibuk main handphone, aku sibuk ambil gambar diorang.
Budak 2 orang ni pun sama
Kerabu mangga yang yummyy..
Selamat Menyambut Ramadhan
Harap-harap belum basi lagi. Dah seminggu aku kepam ini dalam kepala. Tahun ni memang masuk rekod sebab aku tak balik kampung untuk menyambut 1 Ramadhan. Sebab kereta tak siap lagi. Aduhaii..sedihnya rasa. Seingatnya masa aku kerja KL pun aku balik untuk puasa pertama. Gagah betul ye..Huahuahua.
Memandangkan aku tak balik, jadi aku join housemate aku balik rumah makcik dia. Adalah feeling macam rumah sendiri. Yang best kucing dia. Comel teramat, tetiba teringat kat Tina. Hari yang sama juga aku merayap ke SSF. Best juga, ala-ala English. Kalau duit terlebih banyak, boleh la beli perabot-perabot kat sana. Simpan impian beb!!
Ohh ya, Johor ambil cuti 1 Ramadhan. Sebab tu aku gagah balik ke rumah.
Ok lah, selamat berpuasa, berbuka berpada-pada, dan jangan membazir.
Budak ini jakun tengok jam..
Aku suka kotak yang kat atas nun..
Comel kan, tapi muka dia macam kena paksa. Muka aku pulak macam orang tido 12 jam.
Monday, August 2, 2010
Kenduri Kahwin Pakcik Saya
Welcome Ogos!!
Bila sebut ogos ni tiba-tiba teringat pula cerita Filipina - Miss You Like Crazy, kat Astro Box Office bulan lepas. Best cerita tu. Love story. Boleh layan hati jiwang.
Entri pembuka bulan ni ialah majlis kahwin pakcik aku. Bulan lepas tunang, bulan ni nikah. Hehehh..raya nanti dengan makcik baru lah. Majlis kenduri buat sebelah malam. Aku rewang dari tengahari. Rajin tak?
Dalam satu hari aje keluarga pakcik aku telah berkembang dengan hebatnya. Anak tambah lagi 6 ke 7 tah, cucu-cucu tetiba muncul dekat 10 orang. Pangkat pun naik jadi Tuk. Ekekek..
Jamuan kenduri haruslah nasi beriani. Tapi tak amik gambar pulak.
Paling tak boleh blah, bila adik aku cerita beli kerepek kat Parit Raja. Dialog dia lebih kurang camni
"Tukang jual kerepek : Beli kerepek nak buat kenduri ye
Sepupu aku : Ha ah, ada kenduri sikit, ayah saya kahwin
Tukang jual kerepek : Erkk..
Adik aku : Erkk..(dalam hati- apasal la ko lurus sangat !!)"
kesimpulan: tak salah pun, cuma pelik sikit aje.
kesimpulan: tak salah pun, cuma pelik sikit aje.
Budak ni kalau amik gambar mesti nak ada 'V'.
Inilah pakcik saya. Gambar makcik tak ada pulak.
Sepupu-sepupu dan adik aku (paling kanan)
Yang kat tengah tu Mak
Sekali lagi. Kak Lili (kiri) ni pose maut lak. Ekeke..
Subscribe to:
Posts (Atom)