Pages

Saturday, December 31, 2011

2011 Wrap Up

google image

Finally 2011 ends. Eventually I just didn't realize that time flies really fast. Super fast. What I've done all along 2011, well I guess nothing much. My mind kinda blocked right now, but I try my best to memorize all those ups and downs in 2011.

  1. No love life. That's definitely sure. Sob sob...
  2. My money flow become normal again, but with lots and lots of hutang. Thanks to the 2010 financial problem.Huhuuu
  3. My work become less hectic, less meeting in Putrajaya. Projects in Seri Austin finally finish, and the Singapore job kind of slow down a bit. So I have some time to relax. Also I've started thinking of leaving the company, finding a new place. Job hunting begin.
  4. Finally we (Jun, Yani & I) managed to get ourselves a holiday. In Penang!! Yayy!!.. It's a very memorable and fun and I love the beach, the hotel room, the Penang food, our chaos, and the most craziest thing ever: from Penang to Shah Alam drive ikut jalan lama. Rasa macam cross country, lalu ikut semua daerah dalam negeri Perak. Kalau ada map masa tu, semua tempat saya bulatkan. Tapi serius penat.
  5. I bought lots of book this year. Balas dendam tahun 2010 sebab tak boleh beli buku. Most of it motivational books, some Islamic books and found a new favourite author besides Faisal Tehrani, Isa Kamari. He wrote good books, just that you have to prepare your mind when you decide to read his book. Heavy reading. But  I love it.
  6. I landed a job as Senior Engineer at KH Goh & Associates. Started in August 2011. In the fasting month. Before that, tender 2 month notice, shocking my boss and it's a shock for me too. I find it very hard to leave Proteam it's more like a family. The truth is, I'm not ready to leave this company, but I think that this is my only chance to move on. Other than that, I've no specific reason to leave. I love you all and will always love you all.
  7. New days at KH Goh, very nice boss, super calm work environment, very experienced draftmen (16 years working ok!), but it's like an upside down world to me. Me from super chaos office move in to super calm and quiet place. No crazy laugh, no yelling, it's just clicking of mouse and low volumes of radio. I'm having difficulty in adapting this totally new environment and yet until now, I'm still learning. 
  8. On the other side, I did part time in Proteam. Kind of healing my loneliness in the new office, but somehow I've become workaholic. 
  9. We have open house for Raya. Families, friends are all together. Great moment. 
  10. My brother bought his first car and surpised my mom. Semua kena tipu. He called to pick him at bus station at night, but after Magrib he suddenly showed up in front of the door and tersengih-sengih macam dapat pancing ikan besar. Rupa-rupanya dia bawak kereta baru balik kampung.
  11. Went to Shah Alam for my sister's convo. First time ever semua tidur hotel. We stayed at The Art Hotel in Shah Alam. It's a budget hotel but the room is very well decorated. Fancy wallpapers, big TV, cosy bed.
  12. My little brother scored 4As in UPSR. Good job.
  13. I have a pet cat, named Salman Khan. Panggil Salman. Found him at the office's stair, looking hungry and very thin, messed up all over. So i pick him, clean him, feed him. A week in JB and finally balik kampung, joining the other kitten. Salman really make himself at home, and goes along well with the other cat. And Abah loves him dearly. And he's a big fat body but small face cat now. Terlalu banyak kasih sayang kot. Muka tak boleh gemuk sebab dah terbantut agaknya.
  14. Housemates. Yani moves in, Kak Ita moves in. So we become 4 in a house. And Pak Aji always said the we complained too much. It's not complain, but it's something that is not working in the house, we should tell the owner. Right? Parking space? Cramped up.
  15. My best buddy Jun came to JB. Meeting my family, and my Pak Long's too. Sebab hari dia datang, rumah Pak Long ada kenduri, so I bring her along. 
  16. Kereta Kancil saya dah habis bayar. Fuhh lega. 
  17. Paling akhir, semalam saya dapat bonus. Four years of working and never once receive a sum of money called bonus. Although not that much, but Alhamdulillah. makes my day bright. 
  18. The list are long, but that's all my blocked mind (mungkin sebab tak mandi lagi :p) can remember right now.And here I am, wishes all you a happy New 2012 year. Best of luck in everything.





Wednesday, December 28, 2011

Banjir

Hujan lebat hari Sabtu lepas menyebabkan banjir kat keliling rumah. Tapi sampai paras buku lali juga. Nasib baik hari Ahad dan Isnin dah tak hujan, kalau tidak, haru juga.



Ini dekat dengan bahagian dapur. Terpaksa redah banjir untuk sidai baju. 


Ini kawasan halaman rumah. Tak de la teruk mana. Tapi best juga dapat main air banjir ni. 
Rugi la siapa yang tak pernah main banjir.


Our furry friend ini memang hibernate sahaja. Bangun untuk makan, poo & pee. 
Paling haru sebab kena hantar diorang ini (total 3 miaws) ke kawasan kering untuk diorang buang hajat, pot biasa dah tenggelam. Pukul 7.30 dah bangun untuk hantar Salman poo poo. 



Tuesday, December 27, 2011

171717

Saya memang jarang-jarang nak tengok meter kereta. Tapi baru-baru ni nombor tu nampak menarik pula. Walaupun kebetulan, tapi saya rasa saya nak simpan nombor tu. Ini menunjukkan betapa jauh sang kancil saya dah berjalan.

Masa

Masa yang berlalu pantas
Atau kita yang leka
Melepaskan masa begitu sahaja
Atau kita yang asyik
Dibuai kenangan masa lampau yang tidak akan kembali
Masa meninggalkan kita atau kita membiarkan masa


Selamat tinggal 2011


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 23, 2011

Love Me, Help Me, Don't Punish Me.

Jika anda seorang manusia, yang berakal, anda tidak akan melakukan kekejaman ini terhadap mahkluk lain. Ingatlah kita semua ini punya Pencipta, Yang Maha Esa.

Hentikan kekejaman terhadap mereka.
Setiap perbuatan ada balasannya. 


http://stopanimalabuse.petfinder.my/

Monday, December 19, 2011

Hujan

Hujan,
Rahmat,
Rezeki,
Bencana,

Mana satu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 13, 2011

Suria di Cordoba

Baru aje habis tengok Suria di Cordoba. Macam biasalah tak ada penghujung, main teka-teki. Tapi saya rasa Suria tu mati. Versi kejam. Tapi sakit hati juga tengok cerita macam itu. Sekian lama la setiap Selasa jadi penunggu TV.

Memang magic betul penangan si Suria ni. Sampai dua orang suka kat dia tu. Siap datang ke Cordoba tu semata-mata untuk dapatkan cinta. Orangnya pula bukan calang-calang, semua kaya. Kalau saya kat tempat Suria tu pun pening juga. Tapi yang penting memang takkan terjadi punyalah.

Itulah penangan kisah fiksyen. Benda tak logik semua jadi logik.

Tapi tak lawan drama Korea. Memang kelass..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 1, 2011

Perkara Merapu Lagi

Perkara sengal yang saya suka buat. Suruh kucing buat kerja. Antara contoh-contoh suruhan adalah seperti berikut:

1. Salman, amekkan remote tv tu.
2. Salman, halau ayam tu.
3. Salman, pegi jalan-jalan kat luar, tidur aje.
4. Cenki, Salman mana eh?. (Cenki adalah nama antik kucing adik saya).
5. Cenki, adoiyai kau ni makan apa je, berat betul.

Tapi hampeh. Tak ada respon pun.

Ok, masa merapu dah tamat. Masa bekerja pula!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 Disember 2011

Pejam celik pejam celik, 2011 hanya tinggal 30 hari. Betapa cepatnya masa berlalu. Jadi, apa pencapaian anda dan kita semua sampai setakat ini.
Berjayakah?
Tidak berjayakah?
Atau eh, dah hujung tahun, tak perasan pun, tak sempat nak buat apa-apa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 28, 2011

1433 Hijrah

Salam Tahun Baru untuk semua umat Islam. Kalau tahun baru Masihi kita semua sibuk dengan azam tahun baru, perkara tersebut patutlah dilakukan bermulanya bulan Muharram. Bukan setakat ambil cuti public holiday Awal Muharram. Niat saya tahun ini ingin memperbaiki diri supaya menjadi seorang yang lebih baik berbanding tahun lepas. Tak ada niat luar biasa. Sebab kalau luar biasa ini biasanya tinggal angan-angan sahaja. Lebih baik kita menghadapi realiti daripada mengejar fantasi.


Wednesday, November 23, 2011

Musim Hujan

Entri ini ditaip ketika hujan lebat. Saya duduk dalam ofis boleh dengar bunyi hujan. Kalau tak berapa lebat, memang tak dengar.

Musim hujan tiba lagi. Bumi Allah ini dilimpahi air yang mencurah dari langit. Bermula dari banjir di Thailand, negara kita juga berada di tahap berjaga-jaga.

Teringat terus peristiwa seluruh Johor dilanda banjir. Satu kampung air naik, semua orang pindah. Jalan raya macam laut. Yang penting ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Harap-harap peristiwa ini tak berulang lagi.

Semoga kita semua dilindungi Allah dari bencana yang menimpa.

Amin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 18, 2011

Masa Merapu

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk melihat masa lalu
Masa lalu yang sedih
Masa lalu yang gelap
Masa lalu yang suka
Masa lalu yang luka

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk merenung perbuatan lalu
Perbuatan salah
Perbuatan betul

Toleh ke belakang
Untuk apa
Untuk apa lagi
Untuk memperbaik diri
Untuk menginsafi diri
Untuk memberi pengajaran
Agar menjadi lebih baik
Agar tidak berlaku salah

Toleh ke belakang
Adakah ia perlu



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 17, 2011

Thursday: Early Morning

I've just finished watching Hindi movie at ABO. Title too long to remember. But it's a good one. About best friends and life. How others understands each other thru fights, thru sports, thru love. How one can support one's decision, how one can overcome one's fear. Friendship is an amazing human bonding. Great gift from God. Just don't let them lose.

It's 2am and I'm working tomorrow. Sleep now!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 2, 2011

Konvo CT

Sebelum cerita menjadi basi, saya update kat sini aktiviti hujung minggu lepas. Kami satu family berhujung minggu kat Shah Alam sempena konvo diploma adik saya. Paling best, masing-masing datang dari tempat berbeza. Saya dari JB, Siti dari Segamat dan mak abah dari Batu Pahat. Masing-masing jumpa kat Shah Alam. Omar jadi despatch, driver kitorang semua, tukang ambil orang kt S.17. 

Kami semua duduk di Hotel De Art kat seksyen 7. Memang dekat dengan UITM. Kalau rajin google la hotel tu, quite nice and cozy. 

Macam biasa, tengok cerita bergambar aje lah. Dalam gambar ada cerita.


Our room. Masa ni suci lagi tak ada pencemaran. Tapi romantik kan. 
Setiap bilik wallpaper kaler lain-lain.


Konon-konon kan pelancong, so pakat masuk i-city.
Tak tau la cmne boleh buat pokok rupa ini. Kat belakang tu ada pameran apa ntah.


Masing-masing menghijaukan muka


Saya rasa ini paling cantik.


Sebelum masuk snow walk tu. Masa ni jual mahal tak mau masuk sebab rasa tak ada apa-apa kat dalam tu. Lagi satu sebab tengah sengkek, belum gaji maa...


Tapi akhirnya masuk juga. Tersengih-sengih amek gambar. Serius sejuk.



Hari konvo, Sabtu petang. Punyalah ramai umat manusia. Nak cari mak abah pun susah. 


Ct ni la yang ber'konvo' itu. Tapi hairan juga, kenapa kalau konvo aje, mesti ada bunga/teddy bear. 
Kalau bagi bende lain macam tak boleh aje. 

Ok, tamat cerita bergambar. hari Ahad tak ada aktiviti melainkan check out dan melawat sepupu kat S17. Dapat makan nasi minyak yang amat lazat. Yummyy...





Saturday, October 29, 2011

Yoga for Dogs

Nampak sweet kan. Boleh buat untuk Salman. Tapi tak dapat ku bayangkan. Salman kuat berangan tepi longkang buat yoga.

Wednesday, October 26, 2011

Durian Puff

This durian puff is surprisingly yummy, melt in your mouth and can't stop eating it. Help!! I wish I bought a box of it (18pcs per box). I only bought a set of 6 pcs. So good..

Info: for all durian lover only..hehh..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 25, 2011

Seminar MES 2

Semalam dan hari ini saya ada kursus untuk software MES di Selesa Hotel. Senang cakap, cara-cara macam mana nak menggunakan software MES dengan cara yang betul. Untuk orang yang masih terkial-kial macam mana nak design infra ni memang baguslah. Tak ada lah main masuk input sesuka hati, lepas tu run program, asalkan result dia pass, kira ok la tu. Sebenarnya itu bukanlah praktis yang betul. Itu namanya "do things blindly".

Ok, sambung balik. Hari pertama, saya jumpa member yang pernah join satu seminar kat Puteri Pan Pasific dalam bulan 5 yang lepas. Seronok sebab ada geng nak diskus sesama nanti. Tapi serius lupa nama dia, terpaksa tanya semula nama. Heheh..malu pun ada juga, sebab dia masih ingat nama saya. Nama dia Mala dari Perunding PAR, ofis dia pun kat Larkin Perdana, tapi lain blok. Duduk sebelah saya lagi satu, Jerry, my colleague. Tak sangka juga dia nak duduk sebelah saya sebab kawan-kawan dia ada juga kat situ. Tapi bagus juga sebab saya boleh tanya dia benda yang saya tak tau.

Hari pertama tak ada apa-apa sangat banyak produk briefing dan ada la ceramah dari sorang konsultan ni yang konon-konon terer habis. Akhir sekali ceramah dari wakil JPS yang glamer, Khoo Lek Kiang (tak tau nama penuh dia eja macam mana). Sebelum balik ada kuiz dan siapa yang boleh jawab dapat RM1000 baucer. Saya dan Jerry jawab dua soalan so dapat 2k baucer. Yey!!

Hari Kedua memang seronok sebab hari ni ada workshop semua software MES. Informatif and yet the staff is very helpful. Saya rasa paling susah nak design earthwork sebab banyak parameter yang saya kena masukkan. Kesimpulannya, memang best, dapat kawan baru, dapat ilmu baru.


Monday, October 24, 2011

Seminar MES

My third coffee today. Another 2 hours to go.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

Iklan

Read this part of the advertisement. You'll find this word "penyumberan awam". So funny. Are those word exist? Sumber awam become penyumberan awam.

Kena semak kat Kamus Dewan ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 11, 2011

Tunggu

Antara perkara yang paling tidak disukai saya ialah menunggu. Tapi pada amnya, perbuatan menunggu ini amatlah tidak disukai oleh semua manusia sejagat.

Saya berada di majlis perbandaran di JB ni untuk hantar plan segala mala. Saya rasa kitorang(Jerry & I) dah tunggu lebih setengah jam. Diorang kata ada meeting, so kena tunggu lagi 10 min. Tapi kat dalam ofis diorang, bising macam pasar. Ketawa sakan. Orang kat lobby ni semakin boring menunggu. Masing-masing main handphone.

Bukan nak mengutuk, tapi kadang-kadang, sikap suka buat orang tertunggu-tunggu ini selalu buat saya skeptikal dengan orang gomen.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 8, 2011

Bogel Menuju Tuhan

Found this book unexpectedly at MPH, and bought it without thinking (it's already 9.30pm and they're closing, so grab and pay). Ooh, this is the hero from the Juvana at TV3. Hope he wrote some good stuff.

Then,

I've read a few chapter of it. Fall in love instantly.

Honest. That's all I can say.

Never regret buying it.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 7, 2011

Pau

Pau gebu gebi inti kacang ni memang sedap dimakan waktu hujan-hujan macam ni.

Tak payah susah-susah buat, beli aje yang frozen. Setakat ni saya beli rasa dia ok aje.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 5, 2011

Hari Kemalasan

Hari ini ada final inspection dengan SAJ untuk projek kilang di Nusa Cemerlang. Ini kali ke-2 datang tapak. Tapi kali pertama datang sendiri. Jadi, untuk mengelakkan kesesatan, saya keluar awal. Pukul 9 lebih saya dah gerak. Waktu inspection pukul 10.

Pukul 9.30 saya dah sampai. Pusing-pusing kawasan kilang. Semua nampak serupa. Tak tau la yang mana satu. Sejam tunggu, saya rasa macam nak tidur dalam kereta aje. Dah dekat pukul 11, baru lah datang wakil kontraktor. Wakil SAJ tak datang pun.

Gitu gini, diskus lebih kurang, kul 11 lebih dah kuar site, lepas tu sorang akak tu ajak minum. Borak pun ala-ala, sebab baru kenal. Secara rasminya, sampai JB dah pukul 12 lebih, nak masuk ofis memang malas. So saya balik rumah, sambung tidur.

Pukul 2 masuk ofis. Baru sambung buat kerja. Tu pun mengantuk-mengantuk.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 4, 2011

PHD

Dah lama tak buat entri baru.

Sibuk. Ke buat-buat sibuk. Ke cari pasal menyibukkan diri. Saya rasa alasan saya yang ke-3 tu. Secara rasminya saya akan berada di Proteam pada hari Selasa, Khamis dan hari minggu (Sabtu/Ahad).

Petang tadi saya macam biasa datang ofis Proteam untuk buat kerja-kerja part time saya. Kebetulan pula masa tu ofis tengah sibuk susun drawing untuk tender. 15 set ok. Memang la banyak. Satu ofis tu dah bau ammonia. Best juga ramai sikit. X-bos saya pun ada juga. Bagi drawing bergulung-gulung untuk saya buat reference untuk job yang saya tengah buat ni. Saya dah la memang kurang minat kalau dapat drawing besar-besar ni, saiz A0 lagi.

Tapi hari ni extra special. Sebab hari ni entah apa mood datang melanda, dia belikan kitorang semua Pizza. Memang la amat dialu-alukan sebab semua memang tengah kelaparan. Thanks a lot!





Wednesday, September 21, 2011

Muka Toya

Orang lain kemain lagi gembira kalau makan kat McD. Tapi budak sorang ni memang suka buat muka toya. Konon-konon tak berminat la dengan makanan depan dia. Saya punya dengan mak punya dah selamat masuk perut. Dia punya siap bungkus bawa balik. Milo aje yang licin.

Makan fast food sempena kemerdekaan dari periksa UPSR. Macam la pernah pantang selama ini. Megi pun dia telan suka suka hati.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Makanan Waktu Boring

Boring aje makan. Lapar pun mestilah makan. Kalau dilayan hati perut ni, sehari 10 pek biskut pun boleh habis. Jadi limit sehari bawa sepeket aje. Sepeket tu ada 3 keping.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 16, 2011

16 Sept 2011

Hari ni cuti. Tapi masing-masing dalam rumah ini mood kerja. Jadi semua orang masuk ofis hari ni. Saya pun join sekali. Tapi hari ni masuk Proteam.

Dah lama tak breakfast macam ni. Sedap ok. Makan sambil tengok konsert Aizat kat channel Fiesta.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 10, 2011

My New Workplace

Sedih tengok blog sendiri. Macam tak ada kasih sayang. Cuma ada 2 entri aje bulan lepas. Bulan ni pula tak tau la macam mana. Dengan header yang tak sempurna tu. Akan saya sempurnakan kalau ada masa terlebih. Harap-harap skin yang ini nampak segar.

Saya memang dah lama tak merapu kat dalam sini. Kita teruskan. Nak cerita pasal ofis baru. Dah sebulan lebih baru nak cerita. Tapi harapnya tak basi lagi. Saya rasa saya macam tak sepenuh hati kat sini. Sebab apa, tengok senarai di bawah:

Sebab satu : Saya rasa saya tak sempat sediakan mental saya untuk ke tempat baru. Last day kerja hari Jumaat. Selasa tu dah masuk tempat baru. Lepas tu walau pun secara asasnya buat design, tapi diorang punya approach memang lain. Jadinya nak masukkan input baru tu tanpa membuat mind analysis tu memang la susah. Lain la freshie, semua input terus masuk dalam kepala. Seminggu pertama totally honestly I don't know what to do.

Sebab dua: I have no friend! Enough said

Sebab tiga : Since I'm all alone, lunch break saya akan balik rumah untuk lunch dan solat. Lagi la obvious saya ni lone ranger. Duhhh...

Sebab empat : Saya rasa ofis baru ni terlalu harmoni la. Suasana kerja dia memang la tip top. Letak punggung kat kerusi terus aje start buat kerja. Kadang-kadang saya rasa kerja urgent ke tidak ke sama aje. Kalau drawing tak siap bos pun tak marah, cuma tegur aje lain kali coordinate betul-betul dengan drafmen. I came from a place where my employer really loves to shout and yell and get angry easily and lough loudly then suddenly work at such a quiet, organized place. Memang patut lah kepala ni susah nak terima. I need some noise please!!

Sebab lima : Saya rasa saya pindah tempat kerja ni tak cukup jauh. Patut pindah KL ke apa ke eh. Baru la nama dia tukar angin. Saya rasa sebelah kaki ni ada lagi kat tempat lama dan sebelah kaki dah kat tempat baru. Help I'm stuck.!! Memandangkan saya buat part time di tempat lama, makin la saya rasa saya masih lagi part of the company. But I'm no longer work there!

Harapnya ini semua akan berlalu. Saya bagi diri sendiri probation period 3 bulan. Kalau bulan ke-3 tu masih lagi rasa di awangan, maka haruslah cari tempat lain. Which is I've done it before during my time with EsaJP. Kerja tak sampai setahun dah tergedik nak berhenti.

I love my job
I love my job
I love my job


Friday, September 9, 2011

Motivasi Hari Jumaat

WORK HARD AND EARN MORE WHEN YOU ARE YOUNG, IF YOU ARE SLOW THAN HOW TO BUILD FORTUNE IN THE NEAR FUTURE

Ini adalah ayat dari seseorang yang menusuk kalbu. Tajam tapi memang bermakna. Kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk cakap macam itu supaya kita dapat kesedaran. Kadang-kadang kita rasa dah cukup rajin, tapi sebenarnya tidak. Tapi memang logik kan? Kalau tak kerja keras waktu muda ni, takkan dah tua baru terhegeh-hegeh nak kerja keras. Masa tu mesti kita dah menyesal, kenapa masa muda tak nak kerja rajin-rajin.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 7, 2011

Break Fast

We (me & dear housemate) had our break fast at Suria City Hotel. This is our first round. And many more round came after solat Maghrib. Really love the Mediterranian dishes. At RM39 nett, its quite affordable.

The blog is still under construction. Really don't have time to make it. So sabar aje lah ye.

(Ps: Apa cerita la si Salman kat kampung tu. Harap-harap makanan dia cukup. Hu..)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 3, 2011

Day 1

Memang tipu la kan bila saya kata hari pertama kerja amat happening. It is super sleepy day. All day long.

Salah satu ialah dari sahur tadi tak tidur. Kitorang gerak JB pukul 6.30 pagi. Omar nak kena ke mahkamah sebab nak selesaikan saman motor dia. Pergi kerja naik motor, tapi ada lesen kereta. Bagus tak adik saya.

Sebab kedua ialah, memang tak ada apa yang nak dibuat. Melainkan study drawing dan study drawing lagi. Paling best satu apa stationary pun saya tak bawa. Kalkulator yang macam nyawa kedua pun saya tak bawa

Ini meja kerja saya. Suci lagi tanpa pencemaran.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 30, 2011

Goodbye...

The work
The stress
The fun
The crazy

That is Proteam. That is us.

To Lee, Zaini, Leong, James, William, CikYang, Lin, Lia its a great pleasure having you as a teammate.

Friend Forever.


(Ps: the blog is still under construction. A little bit messy here n there.)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 28, 2011

Yumm..

We had a mouthfull, yummy cheesecake bought from The Cheelicious yesterday.

Thanks to the bos.

And I'm craving for it today.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 26, 2011

Mejaku, Before & After

Ini ialah hasil kerja keras saya pada hari Sabtu yang lepas. Motif utama ialah bersihkan meja kerja saya. Dan nampaknya berjaya. Nampak macam sikit aje, tapi percayalah, sangat banyak kertas, surat-surat, drawing dan segala macam khazanah. Ini baru 3 tahun kerja, kalau 10 tahun, memang tak dapat dibayangkan. Yang masuk tong sampah pun boleh tahan banyak. Yang jadi kertas recycle pun boleh tahan banyak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 6, 2011

No More Maxis Phone

Dengan dukacita, hari ini saya serahkan simkad Maxis saya kepada bos balik semula. Kesian handphone Sony saya. Tak dapat berfungsi sebab tak ada sim. Habis, macam mana saya nak bangun pagi, sebab alarm semua kat hp Sony.

Tapi sebenarnya memang jarang pakai pun line Maxis tu. Kalau nak ikutkan memang membazir sebab terpaksa bayar line tiap-tiap bulan.

Tapi macam sedih pula. Macam kehilangan gitu. Adoii..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

IEM Dinner

Ini cerita hari Sabtu yang lepas. Kami se-ofis ke IEM Dinner di Persada. Tahun lepas tak pergi pun sebab tengah miskin. Tahun ni dapatlah pergi. Sebenarnya tak ada apa-apa pun, cuma masa ini lah kita bole tengok semua jurutera-jurutera yang ada kat negeri Johor ni. Tahun ni saya bawa adik saya sebab ada extra tempat duduk. Makan pula, macam biasa, Chinese cuisine. Saya hairan juga, kenapa mesti makanan yang sama setiap kali pergi ke hotel. 

Tak adalah melaram sakan, pakai baju batik stok raya tahun lepas. Saya rasa sejak lepas raya memang tak pernah pakai baju tu lagi. Lepas makan macam biasa adegan ambil gambar. Wajib la kan. Cabutan nombor bertuah pun tak ada siapa dari meja kitorang yang dapat. Meja sebelah kitorang siap dapat hadiah besar lagi. 

Ohh, jemputan khas kali ni ialah Sultan Johor. Jadi kenalah protokol. Tapi meja kami ni belakang sekali, jadi memang tak ambil pot apa jadi yang di bahagian hadapan.







Tuesday, July 5, 2011

Salman

Ini adalah gambar terbaru Salman setelah sebulan saya bawa balik kampung. Memang ketara dia semakin menggemuk. Telinga pun dah bersih, hasil kerajinan abah bersihkan dia tiap-tiap hari. Paling ketara, perut dia memang membulat. Sebab kerja dia makan aje. Salman juga dah ada besfren dengan kucing adik saya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 4, 2011

Happy Birthday!!

Hari ni birthday bos saya, Ir Lee. Sebenarnya memang tak ingat langsung, walaupun dari pagi asyik isi borang dan letak nombor IC dia.

Tiba-tiba Miss Loh aka gefren dia masuk ofis dan beritahu kitorang semua pasal birthday. Lunch break tadi pakat ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday dan bos pun pun sambil sengih-sengih gatal tiup lilin. Lilin pun tinggal sebatang. Tak pe lah, janji ada adegan tiup lilin.

So happy birthday bos yang ke 47. Semoga sukses selalu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 2, 2011

Baju Proteam

Saja nak tayang baju baru dapat. Dah order lama. Tapi baru dapat semalam. Bos saya bawa satu karung baju semalam. Seorang dapat satu jaket dan kemeja F1. Walaupun tinggal sebulan lagi, tapi saya memang happy dapat baju tu.

Kawan-kawan mari kita pakai uniform bersama-sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 28, 2011

Tioman - Versi Gembira

Ok, ini sambungan daripada entri yang sebelumnya. Kita layan cerita bergambar aje.

Day 1:

Inilah tempat kitorang tidur. Panuba Inn Resort. 
Sila abaikan kekaburan itu, kerana gambar ni diambil dari tingkap feri yang macam tak pernah lap tu. 



Muka-muka ceria kat dalam feri. Masa ni memanglah masih cun, lepas sejam, masing-masing muka dah naik hijau. Feri berombak, dengan nampak orang lain lalu lalang ke toilet belakang sebab nak muntah menambahkan lagi kehijauan muka. Tapi akhirnya berjaya juga mengharungi 2jam dalam feri dengan jayanya. Yeyyy !!



Jeti terakhir. Kampung Salang. Walaupun penat, posing itu harus ok. Nampak tak air laut tu. Memang jernih. Tak sabar nak mandi. Nampak tak rumah-rumah kat balik bukit tu. Menarik kan.



Yang ni kat Panuba. Jangan pelik, naik feri sampai Salang, tapi tidur kat Panuba. Nanti saya cerita dalam entri lagi satu. Panjang ceritanya, walaupun sedih, tapi ada hikmahnya. Masa ni tengah siap-siap nak mandi laut. 


Lihat aksi dua orang manusia ni. Riang gembira macam orang dari planet lain yang tak pernah jumpa air.



Hari pertama berakhir dengan penuh pahit manis. Sebelah malam, tak ada apa-apa aktiviti. Makan sebelum pukul 9.30 sebab restoran akan tutup pukul 10. Kat sini ada resort dan sebuah restoran aje.


Day 2.


Pagi. Lepas gerimis, lepas tu ada pelangi. Pertama kali nampak pelangi yang lengkap. Sebenarnya ada 2, tapi yang kat belakang tu tak nampak. Soo sweeeet.


Acara mandi manda lagi. Teramatlah bestnya. Rasa macam nak berendam lama-lama. Tengok air dia sikit punya jernih. Main air sampai sakit dada. Kat Panuba ni orang tak berapa ramai, jadi bebas sikit nak main air. Main air pula stail macam orang jakun. 


Ini pula aktiviti selepas penat main air. Konon-konon nak buat piramid dan tepek dengan corals ni. Tapi macam tak jadi. Tak pe lah, asalkan hati gembira.


Ok, waktu untuk balik ke Mersing. Bilik kitorang yang betul-betul mengadap jeti ni, tingkat tengah-tengah. Bilik dia memang best, ada hot shower, TV yang ada RTM1 dan RTM2 aje. Tu pun kitorang boleh layan.


Aksi kebosanan sebab tunggu feri lama, check-out pukul 12, naik feri pukul 2. Mamat yang lagi sorang tu orang Thai, lepas je kitorang ambil gambar ni, dia terus buka baju dan seluar, terjun. Lepas tu kawan-kawan dia pun join sekali.


Adakah saya gembira dengan percutian ini? Yaa!!