Pages

Monday, May 31, 2010

Halfway to 2011

Hari ni dah 31 Mei 2010, esok dah 1 Jun 2010. Dah setengah tahun rupanya 2010 berlalu, tapi aku rasa 2 bulan kebelakangan ni macam duduk dalam gua. Tak online ym, buka email pun sekali-sekala, sms member apatah lagi. huhu.. Sadis aje ehh..

Kerja aku teramatlah melambak. Time ni lah banyak pula aku nak kena masuk site, meeting sana sini. Bulan 5 ni memang teramatlah padat. Ni belum kira yang bab-bab paperwork lagi, hoohaiii.... Pening..

So apakah pencapaian aku selama setengah tahun ni?

Kalau nak ukur tahap kekayaan? Tak kaya juga. Relationship? Belum jumpa mana-mana lelaki yang rasa macam magnet pun. Huu... Sebenarnya aku tak terasa pun yang 2010 dah separuh jalan. Kerjaya? masih di tempat lama, belum ada hati nak tukar tempat lain. Berangan nak update blog selalu tapi tak ter-buat juga.

Apa pencapaian you all?

Jawab sendiri ahh.....

Friday, May 21, 2010

Kupon RM 29.90

Semalam waktu lunch break ada la 2 orang akak ni masuk ofis. Walaupun dah sedia tergantung di pintu ofis "Salesman Not Allowed" tapi nak dijadikan cerita, akak 2 orang tu pun masuklah.

Diorang bawa brochure, pasal kecantikan. Memang menarik pun, sampai kitaorang satu ofis beli. Bayar RM 29.90 dapat macam-macam. Bila diingat-ingat dulu pernah juga beli kupon Burger King. Ada banyak gila kupon Buy 1 Free 1. Yang ni pula, beli kupon RM 29.90 dapat facial percuma dan 2 lagi servis slimming percuma. I like !! i like !!. Kat Batu Pahat pun ada juga, so kalau aku tak sempat nak buat kat JB, boleh terus ke Batu Pahat.

Bila difikirkan balik, waktu tengah gawat ni lah macam-macam promotion datang. Yang ni aku rasa menarik dan berbaloi, so aku pun sebat aje lah. Member se-ofis pun ambil juga, boleh buat facial bersama-sama. Heee...

Tadaaa.....

Ni yang free services

Ni pulak kupon yang diskaun 50% dan Buy 1 Free 1


(ps: aku rasa magic hari ni, boleh buat 3 entri sehari)

Lawatan Tapak

Hari Rabu yang lepas,

Tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan pihak hospital ni selaku 'end user' yang tiba-tiba je emo waktu mesyuarat di Putrajaya minggu lepas. Boleh pula mengeluarkan ayat-ayat cinta yang kita orang sebagai consultant ni tak nak datang berbincang dengan pihak hospital. Asyik layankan permintaan HQ sahaja. So, ok kitorang pun pergilah ke sana, buat mesyuarat teknikal sekali dengan lawatan tapak.

Memandangkan kedudukan kewangan aku dan member aku yang tak berapa kukuh ni, maka pihak arkitek dengan senang hati mempelawa kami untuk pergi bersama-sama. Hehe.. terima kasih. Meeting patutnya mula pukul 10.30 terpaksa tangguh ke 11.00 pagi sebab kita orang lambat. Faham-faham aje lah jalan nak ke Mersing tu, bengkang bengkok dengan banyak lori lagi, hujan lagi.

Alhamdulillah meeting berjalan dengan lancar, walaupun sampai sekarang ada beberapa perkara dalam medical term yang masih tak masuk dalam kepala otak jurutera aku. Hehe..Dah habis meeting baru buat lawatan tapak, tapi memang konfius sebab sorang kata makan dulu baru buat site visit, sorang lagi pulak kata buat site visit dulu baru makan. Yang penting perut aku memang tengah lapar. Pagi tu sarapan sikit aje. Akhirnya yang menang ialah site visit dulu baru makan. Ok, aku ikut aje. Gerimis pun main redah aje. Doktor pun selamba aje redah gerimis. Tak ada pula dia buat fatwa kene tunggu sampai reda baru boleh pergi site.

Trip balik ke JB giliran aku pula jadi driver. Aku rasa jahanam la Viva tu tak lama lagi. Asyik termati enjin je kat lampu merah. Asyik terlanggar lubang aje. Tu lah padahnya kalau drive kereta pakai wedges. Tapi perjalanan balik paling kecoh, heii memang kecoh, gelak ketawa sakan, cerita pasal hati pasal boys dan macam-macam hal.

Finally sampai rumah dalam pukul 5, kepala pun rasa macam pening-pening, tak cukup air, tak cukup rehat dengan main hujan.


Tanah lapang tu adalah future development, time ni berteduh kat rumah mayat. hooo......

Korang, inspection tingkap ke?

Makan time!! lagi best kalau ada kicap n sambal belacan, baru layan makan kari

Sibuk-sibuk tengok gambar.

Tonggak 12 Hospital Mersing, ofis korang ada? ofis aku tak ada. Kalau ada pun semua malas nak layan










Top Host 2010

Kepala pening-pening, hidung pun tersumbat. Macam nak demam rasanya. Ini balasannya bila hujan pun buat site visit. Jadi, melayan TV adalah aktiviti terbaik yang boleh dilakukan, nak tidur, petang tadi dah tidur.

Malam ni rupanya final Top Host 2010. Aku sebelumnya memang tak pernah tengok pun rancangan ni. Tengok iklan dia je kat TV3. Hihi..tak sempat nak tengok, tau-tau dah final.

Boleh tahan juga diorang ni. Cuba korang semua bayangkan, dalam masa beberapa minit buat live interview. Nak control neves, nak perah otak supaya dapat keluarkan soalan yang tak nampak bodoh. Nak kena update dengan berita terkini, tapi paling dahsyat ialah nak control muka supaya sentiasa cool. Aku kalau kena buat presentation bila meeting pun neves yang amat. Bahasa pun tonggang terbalik.

Wow, memang cara lah Farid Ridzuan announce pemenang. Ok ni pemenangnya, Syazwani Diana. Terus dapat kerja kat Sri Pentas. Tapi semua bagus-bagus. So tak adalah harapkan rupa aje, tapi otak kosong. Congrate to all!!

Ok lah nak layan CSI pulak, Hindustan cerita tak best malam ni.

(ps: entri ni pun dah beberapa hari aku draf, terlalu banyak kerja jadi terpaksa kepam dulu..hu..)

Tuesday, May 18, 2010

Alahai Boss...

Never in my life that this would happen. Rasa macam kat drama TV ataupun kat Amerika yang bila ekonomi merudum, ramai yang jadi jobless.

Hari ini dah 18 May 2010 dan paling haru sekali gaji untuk April belum dapat lagi. Shitt...

Tapi yang herannya kami semua sabar aje menahan dugaan, macam tak ada tanda-tanda sesiapa yang nak melepaskan jawatan pun. Sumpah menyumpah, nak bakar ofis, nak langgar anjing bos, nak cekik gundik China dia yang sexy meksi, nak baling batu kat Volvo buruk dia pun ada. Tapi last-last kitaorang semua memang gelak sakan lah. Macam-macam benda yang kami semua berangan nak buat kat bos. Korang pun takleh bayangkan. Huahuahua.

Tapi yang sebetulnya kami semua ni dah separuh jiwa terbang. Hilang mood nak buat kerja, nak join meeting, masuk kerja pun macam tak ikhlas aje.

Mana semua duit-duit kompeni hilang? Entahlah.. aku pun susah nak cerita. Realitinya tahun 2009 tak ada projek besar, projek gov pun tak seberapa dan sememangnya lambat nak dapat duit, as well as 2010. Tapi sebagai bos yang berfikiran waras, mestilah tahu sediakan payung sebelum hujan. Kami kat sini dah dah tenggelam kelemasan. Lemas memikirkan hal ehwal kompeni.

Memang bullshit pun.

Mak abah pun dah bising-bising suruh cari kerja lain, masalahnya perkara tukar kerja tu bukannya senang. Nak buat job hunting, update resume, pergi interview (kalau kena panggil), kalau dapat kerja baru, nak kena hantar notis berhenti, masuk kompeni baru, kene sesuaikan diri dengan suasana baru. Memang meletihkan. Melainkan kalau memang itu yang aku kehendaki, dengan senang hati aku boleh buat semua tu.

am I depressed ? slightly yes
am I happy now ? not sure

$$$ makes me happy? definitely..(semua benda pakai duit beb!!)