Pages

Monday, May 31, 2010

Halfway to 2011

Hari ni dah 31 Mei 2010, esok dah 1 Jun 2010. Dah setengah tahun rupanya 2010 berlalu, tapi aku rasa 2 bulan kebelakangan ni macam duduk dalam gua. Tak online ym, buka email pun sekali-sekala, sms member apatah lagi. huhu.. Sadis aje ehh..

Kerja aku teramatlah melambak. Time ni lah banyak pula aku nak kena masuk site, meeting sana sini. Bulan 5 ni memang teramatlah padat. Ni belum kira yang bab-bab paperwork lagi, hoohaiii.... Pening..

So apakah pencapaian aku selama setengah tahun ni?

Kalau nak ukur tahap kekayaan? Tak kaya juga. Relationship? Belum jumpa mana-mana lelaki yang rasa macam magnet pun. Huu... Sebenarnya aku tak terasa pun yang 2010 dah separuh jalan. Kerjaya? masih di tempat lama, belum ada hati nak tukar tempat lain. Berangan nak update blog selalu tapi tak ter-buat juga.

Apa pencapaian you all?

Jawab sendiri ahh.....

Friday, May 21, 2010

Kupon RM 29.90

Semalam waktu lunch break ada la 2 orang akak ni masuk ofis. Walaupun dah sedia tergantung di pintu ofis "Salesman Not Allowed" tapi nak dijadikan cerita, akak 2 orang tu pun masuklah.

Diorang bawa brochure, pasal kecantikan. Memang menarik pun, sampai kitaorang satu ofis beli. Bayar RM 29.90 dapat macam-macam. Bila diingat-ingat dulu pernah juga beli kupon Burger King. Ada banyak gila kupon Buy 1 Free 1. Yang ni pula, beli kupon RM 29.90 dapat facial percuma dan 2 lagi servis slimming percuma. I like !! i like !!. Kat Batu Pahat pun ada juga, so kalau aku tak sempat nak buat kat JB, boleh terus ke Batu Pahat.

Bila difikirkan balik, waktu tengah gawat ni lah macam-macam promotion datang. Yang ni aku rasa menarik dan berbaloi, so aku pun sebat aje lah. Member se-ofis pun ambil juga, boleh buat facial bersama-sama. Heee...

Tadaaa.....

Ni yang free services

Ni pulak kupon yang diskaun 50% dan Buy 1 Free 1


(ps: aku rasa magic hari ni, boleh buat 3 entri sehari)

Lawatan Tapak

Hari Rabu yang lepas,

Tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan pihak hospital ni selaku 'end user' yang tiba-tiba je emo waktu mesyuarat di Putrajaya minggu lepas. Boleh pula mengeluarkan ayat-ayat cinta yang kita orang sebagai consultant ni tak nak datang berbincang dengan pihak hospital. Asyik layankan permintaan HQ sahaja. So, ok kitorang pun pergilah ke sana, buat mesyuarat teknikal sekali dengan lawatan tapak.

Memandangkan kedudukan kewangan aku dan member aku yang tak berapa kukuh ni, maka pihak arkitek dengan senang hati mempelawa kami untuk pergi bersama-sama. Hehe.. terima kasih. Meeting patutnya mula pukul 10.30 terpaksa tangguh ke 11.00 pagi sebab kita orang lambat. Faham-faham aje lah jalan nak ke Mersing tu, bengkang bengkok dengan banyak lori lagi, hujan lagi.

Alhamdulillah meeting berjalan dengan lancar, walaupun sampai sekarang ada beberapa perkara dalam medical term yang masih tak masuk dalam kepala otak jurutera aku. Hehe..Dah habis meeting baru buat lawatan tapak, tapi memang konfius sebab sorang kata makan dulu baru buat site visit, sorang lagi pulak kata buat site visit dulu baru makan. Yang penting perut aku memang tengah lapar. Pagi tu sarapan sikit aje. Akhirnya yang menang ialah site visit dulu baru makan. Ok, aku ikut aje. Gerimis pun main redah aje. Doktor pun selamba aje redah gerimis. Tak ada pula dia buat fatwa kene tunggu sampai reda baru boleh pergi site.

Trip balik ke JB giliran aku pula jadi driver. Aku rasa jahanam la Viva tu tak lama lagi. Asyik termati enjin je kat lampu merah. Asyik terlanggar lubang aje. Tu lah padahnya kalau drive kereta pakai wedges. Tapi perjalanan balik paling kecoh, heii memang kecoh, gelak ketawa sakan, cerita pasal hati pasal boys dan macam-macam hal.

Finally sampai rumah dalam pukul 5, kepala pun rasa macam pening-pening, tak cukup air, tak cukup rehat dengan main hujan.


Tanah lapang tu adalah future development, time ni berteduh kat rumah mayat. hooo......

Korang, inspection tingkap ke?

Makan time!! lagi best kalau ada kicap n sambal belacan, baru layan makan kari

Sibuk-sibuk tengok gambar.

Tonggak 12 Hospital Mersing, ofis korang ada? ofis aku tak ada. Kalau ada pun semua malas nak layan










Top Host 2010

Kepala pening-pening, hidung pun tersumbat. Macam nak demam rasanya. Ini balasannya bila hujan pun buat site visit. Jadi, melayan TV adalah aktiviti terbaik yang boleh dilakukan, nak tidur, petang tadi dah tidur.

Malam ni rupanya final Top Host 2010. Aku sebelumnya memang tak pernah tengok pun rancangan ni. Tengok iklan dia je kat TV3. Hihi..tak sempat nak tengok, tau-tau dah final.

Boleh tahan juga diorang ni. Cuba korang semua bayangkan, dalam masa beberapa minit buat live interview. Nak control neves, nak perah otak supaya dapat keluarkan soalan yang tak nampak bodoh. Nak kena update dengan berita terkini, tapi paling dahsyat ialah nak control muka supaya sentiasa cool. Aku kalau kena buat presentation bila meeting pun neves yang amat. Bahasa pun tonggang terbalik.

Wow, memang cara lah Farid Ridzuan announce pemenang. Ok ni pemenangnya, Syazwani Diana. Terus dapat kerja kat Sri Pentas. Tapi semua bagus-bagus. So tak adalah harapkan rupa aje, tapi otak kosong. Congrate to all!!

Ok lah nak layan CSI pulak, Hindustan cerita tak best malam ni.

(ps: entri ni pun dah beberapa hari aku draf, terlalu banyak kerja jadi terpaksa kepam dulu..hu..)

Tuesday, May 18, 2010

Alahai Boss...

Never in my life that this would happen. Rasa macam kat drama TV ataupun kat Amerika yang bila ekonomi merudum, ramai yang jadi jobless.

Hari ini dah 18 May 2010 dan paling haru sekali gaji untuk April belum dapat lagi. Shitt...

Tapi yang herannya kami semua sabar aje menahan dugaan, macam tak ada tanda-tanda sesiapa yang nak melepaskan jawatan pun. Sumpah menyumpah, nak bakar ofis, nak langgar anjing bos, nak cekik gundik China dia yang sexy meksi, nak baling batu kat Volvo buruk dia pun ada. Tapi last-last kitaorang semua memang gelak sakan lah. Macam-macam benda yang kami semua berangan nak buat kat bos. Korang pun takleh bayangkan. Huahuahua.

Tapi yang sebetulnya kami semua ni dah separuh jiwa terbang. Hilang mood nak buat kerja, nak join meeting, masuk kerja pun macam tak ikhlas aje.

Mana semua duit-duit kompeni hilang? Entahlah.. aku pun susah nak cerita. Realitinya tahun 2009 tak ada projek besar, projek gov pun tak seberapa dan sememangnya lambat nak dapat duit, as well as 2010. Tapi sebagai bos yang berfikiran waras, mestilah tahu sediakan payung sebelum hujan. Kami kat sini dah dah tenggelam kelemasan. Lemas memikirkan hal ehwal kompeni.

Memang bullshit pun.

Mak abah pun dah bising-bising suruh cari kerja lain, masalahnya perkara tukar kerja tu bukannya senang. Nak buat job hunting, update resume, pergi interview (kalau kena panggil), kalau dapat kerja baru, nak kena hantar notis berhenti, masuk kompeni baru, kene sesuaikan diri dengan suasana baru. Memang meletihkan. Melainkan kalau memang itu yang aku kehendaki, dengan senang hati aku boleh buat semua tu.

am I depressed ? slightly yes
am I happy now ? not sure

$$$ makes me happy? definitely..(semua benda pakai duit beb!!)


Monday, May 17, 2010

Mother's Day

Dah lama draf, harap-harap belum basi lagi..


(Google Image)

Happy Mother's Day to all mums in the world. Specially to my lovely mom. Luv u so much.

Well today is a special day however late in the afternoon we received one bad news. My aunt's mom just passed away. Condolences to their family. We are specially connected. My aunt marries my uncle, Mak's brother. Her sister however marries Abah's nephew. Wonderful isn't it.

A few days ago, Pak Long (Mak's older brother) lost his granchildren. Long term illness. I just dunno how to describe it. Some sort like this, his muscle was not functioning and slowly losing his motor movements. And he's 18.

Apasal aku tulis dalam bahasa mat salleh ni. Tak faham betullah. Whatever. Asalkan korang yang baca ni faham, ok lah tu.
 
 

Wednesday, May 5, 2010

Blank + Blur

Baru bangun tidur. Lepas makan nasi lauk sardin extra pedas+telur dadar+sayur brokoli. Nikmat kekenyangan sampai aku tidur. Itu balasannya kalau tengahari tak makan. Bangun tidur terus kepala otak blur. Aik cerita apa kt TV ni? Apasal mesin basuh aku dah lagu-lagu. Aisehh, tak sempat nak bubuh softener. Pusing kiri kanan rupanya aku sorang kat hall ni. Hausemate aku dah masuk tidur. Seorang lagi pergi karaoke.

Masak air ahh...

Buat kopi ahh...

Main internet jap...

Wehh.. aku kene buat keje ahh.. bos nak tengok Jumaat ni !!

Ahh.. malas lah..dah malam-akal bijak aku pun dah tak berapa bijak...

Sambung main Internet lagi..wawa !!


Bagaikan Sakti

Dah pukul 1 lebih tapi mata terlekat kat tv lagi. Tengok konsert Bagaikan Sakti kat Astro Box Office. M.nasir dan Siti Nurhaliza. Best. Dua-dua best. Mula-mula Siti nyanyi lepas tu M.Nasir pulak. Sekarang tengok sifu nyanyi Mentera Semerah Padi. Memang feel habis M.Nasir ni kalau on stage. Energetic and really into it.

Owhh this was held in Esplanade Singapore. Early this year, if I'm not mistaken.

The duet was superb- Mawarku, Ghazal Untuk Rabiah and a few more. Aku tunggu lagu Bagaikan Sakti. Save the best for last. Wuwu. Siti brings out most of her ballads dengan baju meriah segala and encik sifu with all his poetic creations. Tapi rasanya peminat M. Nasir lagi ramai. Dengar sorak dia lagi meriah. Siap boleh berdiri lagi sorak-sorak join m nasir nyanyi.

But these two great performers in one stage, jadinya memang best lah. Ok, here it comes, Bagaikan Sakti. Ok lah sampai jumpa lagi di entri lain. Nite! Nite!.



Monday, May 3, 2010

AIM 17

Welcome May 2010
Happy Labour Day - 1st May 2010

Hmm.. hari buruh punya pasal, kereta berduyun-duyun kat highway. Entah ke mana hala tuju diorang semua. Aku pun hairan, macam nak balik raya aje rasanya. Tol Air Hitam yang tak berapa glamour tu pun boleh sesak dan padat.

Malam tadi sampai JB pun dah dekat pukul 9. Layan TV habis-habisan, sekejap tengok AIM, bila iklan je aku terus tukar tengok Mentor pulak. Masa AIM tu barulah aku dapat tengok rupa Zee Avi yang sering dikatakan orang. Tapi lagu-lagu dia memang best. Lagu Kantoi memang selamba tapi it's so real!!. So kat bawah ni aku masukkan sekali lirik lagu dia, best..


Lirik Lagu Kantoi - Zee Avi (Kokokaina)


Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...

lirik tu ada kat sini