Fatanah cintakan Ahmad Durrah,
Annisa cintakan Ahmad Durrah,
Ahmad Durrah cintakan Fatanah,
Ahmad Durrah dilamar Pak Saaban untuk anaknya Annisa,
Mak Suri nak Ahmad Durrah kahwin dengan Islah,
Mak Suri kata Ahmad Durrah tu anak dia yang nama Sufar,
Taha bencikan Ahmad Durrah,
Pak Kasa ayah Fatanah bencikan Ahmad Durrah,
Ahmad Durrah pandai bertukang,
Ahmad Durrah pandai baiki bot,
Ahmad Durrah pandai bersilat,
Ahmad Durrah pandai mengaji,
Ahmad Durrah yang dicintai, yang dibenci,
Cerita satu kampung berpaksikan Ahmad Durrah. Ahmad Durrah begitu, Ahmad Durrah begini. Hebat betul penangan si Ahmad Durrah ni. Saya pon join sekali tengok dia setiap Jumaat malam.
Hujan lebat betul malam ni, siaran TV pun tenggelam timbul. Hilang mood nak tengok TV. Hindustan pun tak menarik.
Selamat berhujung minggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pages
Friday, November 26, 2010
Victoria atau Raymond
Ini alkisah kawan kepada bos saya. Kawan bos saya tau, bukan bos saya. Dikisahkan oleh bos saya kepada ofismate saya, lalu disampaikan kepada budak-budak ofis yang lain.
Pada suatu malam dia telah melanggan seorang Pegawai Perhubungan Awam aka GRO di sebuah hotel di bandaraya JB ini. Nama hotel biarlah rahsia. Nama glamer si gro tu Victoria. Sikit punya vogue la nama dia. Cantik la kot orangnya. Dah siap peluk cium dan gomol-gomol agaknya, barulah kawan bos saya ni tergerak nak tengok ID si Victoria ni.
Tengok ID rupa-rupanya nama Raymond. Sama jantina la pula, tapi rupa paras total opposite. Aiyyaahhhh....pondan rupanya.
Eeeii geli...
Thursday, November 25, 2010
Iklan 5
Konfius tak? sekejap pakai 'saya' sekejap pakai 'aku'
Kepala serabut sikit sekarang, tengah melayan kawan baik yang baru putus cinta. Tapi bermaki-maki dia dan x-bf dia. Bahasa maki kata dia. Bahasa cinta dah terbang melayang-layang.
ps: sampai sekarang masih ingat lagi rambut Tomok masa dia nyayi hari Isnin waktu Separuh Akhir Muzik-Muzik. Kalau ada gambar dia saya tepek di sini.

Khamis 25 Nov 2010
Malas betul nak buat kerja. Nak berblogging pun macam tak ada ilham. Minggu ni baru start kerja, minggu lepas hari Selasa aje masuk ofis. Hari yang selebihnya kat kampung, cuti sakit sambil santai-santai. Dah lama tak sakit teruk, sekali kena, terus seminggu tak datang.
Malam tadi baru la melayan Harry Potter 7. Dah dewasa semuanya, rasanya paling best dalam banyak-banyak siri. Saya punya kegemaran ialah Ron Weasly, dari dia budak-budak, sampai dewasa reaksi muka dia bila dia takut memang best. Walaupun ada beberapa bahagian yang kurang faham tapi masih ok lagi. Mungkin sebab saya tak baca buku dia kot. Yelah bukan peminat fanatik pun, baca buku kemudian follow up dengan movie dia lagi.
Ini la dia Ron Weasly, nama sebenar tak tau.
Malam tadi kereta bos saya kene pecah orang. Akibatnya kunci ofis terpaksa ditambah lagi satu. Ada kena mengena dengan kereta bos kena pecah dengan ofis tak? Macam tak ada relevannya pun, tapi memandangkan namecard bos saya pun kena kebas, kunci ofis pun dikebas juga, kebarangkalian untuk ofis dipecah adalah semakin tinggi. Jadi untuk mengelakkannya, terpaksalah tambah lagi satu mangga kat gril pintu.
Friday, November 19, 2010
Demam+Keracunan Makanan
Saya telah demam selama beberapa hari ditambah pula dengan cirit birit yang datang secara pakej dengan demam ini. Hasilnya badan jadi lembik, nafsu makan berterbangan, and toilet has become the most visited place ever!
Mula-mula kena hari Ahad, hari Isnin cuti sakit, Selasa masuk ofis macam biasa, Rabu Raya Haji tu demam balik semula, muntah semua makanan yang tak seberapa, jadinya Khamis dan hari ni duduk rumah aje jawabnya. Dari Ahad sampai hari ni, cuma makan roti,biskut celup Milo, oat dan bubur nasi. Kalau nak dikira jumlah makanan yang dimakan sekarang lebih kurang 1/10 dari potion harian saya. What a small amount!! Kalau makan macam ni setahun boleh terbang 10kilo! Slim terus.
Aktiviti sepanjang bercuti sakit ialah tidur, tengok tv, dan berbaring-baring. Santai aje ehh..macam orang malas pun ada juga.
Ok lah.Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat berhujung minggu!

Saturday, November 13, 2010
Alahai 'Cik Ti'
Sekarang ini, saya dan housemate baru sahaja melongo melihat aksi seekor tikus memanjat pintu dapur. Saya dan housemate duduk statik tengok dia main panjat-panjat. Lepas tu tiba-tiba saya ketawa menyebabkan housemate saya kehairanan. Takut dan geli. Mana tau tiba-tiba dia rasa macam nak attack saya ke? Boleh jadi juga kan? Mana nak lari? Rumah ni bukan besar mana pun.
Sebenarnya itulah pertama kali saya melihat aksi seekor tikus memanjat pintu dapur untuk masuk ke dapur. Malam hari itu cuma nampak dia lompat-lompatkat tombol pintu. Magic juga haiwan ini. Selalu nampak kelibat-kelibat dia aje. Tapi malam-malam macam ini dia memang tak malu nak menunjukkan diri. Adakah dia tau yang saya ini geli dengan dia, jadi dia selamba aje tak kisah nak lalu lalang sini sana. Hebat sangat la konon.
Bukan main lagi surf Internet cara-cara nak halau mende alah ini, tanya kawan-kawan, tapi satu pun saya tak amalkan. Housemate saya yang lagi seorang ni dah beli perangkap siap-siap, tapi kalau dia terperangkap dan meronta-ronta dan berdecit-decit, saya nak buat macam mana? Geli tau...Agak-agak kalau spray dengan Shieldtox tu kena kat mata dia, mata dia buta tak?
Ok lah, sekian sahaja. Mesin basuh dah nyanyi-nyanyi tanda baju, seluar, tudung dan pakaian-pakaian kecil telah siap dibasuh. Selamat berhujung minggu !
Friday, November 12, 2010
Ini Nama Dia Charcoal Doughnut
Abaikan jari gemok itu. Fokus pada donut yang legam saja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, November 8, 2010
Seratus
Entri yang ke-100.
100 tau. Gembira hati, tak sangka boleh menaip entri sebanyak ini. Hari ini badan rasa macam nak demam. Siap tutup air-cond lagi, ofismate aku pun pelik aje apasal hari ini tak mau air-cond.
Kerja sangatlah banyak, tapi kerajinan membuatnya berada di tahap siput. Malam tadi berjaya juga stay-up siapkan drawing. Pagi-pagi lagi QS dah kejar-kejar aku minta drawing. Huhu, nasib baik aku siapkan malam tadi. Tak adalah haru sangat hari ni. Kalau tak dapat hantar drawing, dapat surat cinta pula.
Ada lagi satu job Niosh ni, aku tak sempat buat, unfortunately tadi orang site bagitau diorang dah siap buat. Aku baru siap buat rough sketch aje, kalau ada masa terlebih memang dah lama aku buat. Serius tak ada masa. Pasrah ajelah. Hopefully it will be all right. Harap-harap juga ini last aku buat kerja untuk projek ini. Overburden sudahh..
Ok lah, nak sambung buat kerja.
Ohh Monday blues la hari ni, sebab tu la malas kot.
Bulan ni ulangtahun ke-2 aku kerja di sini. Boleh celebrate anniversary ni..
Sunday, November 7, 2010
JB Here I Come
Finally adik aku Omar dapat kerja di JB. Operasi cari rumah sewa mula dari Jumaat malam. Making a few phone calls and SMS'ing friends and surfing websites.
Semalam balik JB, aku drive, dia naik motor. Letak motor kat rumah aku dulu, lepas tu pergi survey rumah. Pusing-pusing satu JB, cari rumah paling dekat dengan tempat kerja. Tapi semua macam tak berkenan je. Tempat-tempat tu semua aku tak pernah pergi. Kira pengalaman juga tu. Tak habis pusing JB rupanya aku.
Finally, kitorang pergi tengok rumah kat Taman Molek. Rumah flat, 2 bilik, 1 bath. Fortunately it's empty and newly repainted, quite clean, the rental: RM160 per room! Cheap! Sekarang ni rumah tu kira adik aku duduk seorang, sebab dia aje yang masuk.
Hari ini, mak abah, cousin Udin dan adik-adik semua kumpul kat rumah baru, basuh rumah, mop lantai, pasang langsir. Mak bawa nasi lemak ayam goreng. Abah pas zuhur baca yaasin. Maklumlah anak bujang duduk sorang-sorang. Bagi keselamatan sikit.
Maka bertambahlah cucu cicit Atuk Kemin bermastautin di JB.
Seriusly I'm tired these couple of days. Need rest! Help!!

Thursday, November 4, 2010
Keju 6
Untuk tatapan you all, pizza cheesy 6.
Makan malam hari ini ditaja oleh kawan aku yang baru dapat separuh gaji pertamanya. Walaupun separuh tapi menggagahkan diri juga untuk belanja kami semua makan. Thanks a million!!
Kitorang try Pizza Cheesy 6 malam ni. Tapi yang ada topping peperoni. Kalau plain, macam tak menarik aje. Rasa dia ok, ada masam sikit. Tapi tak dapat beza rasa 6 jenis keju tu. Macam aku tau je 6 keju tu. Selain daripada itu, ada 2 lagi pizza regular. Six of us, 3 regular pizza. Each will have half a pan! Amazing kan? Memang kuat makan semua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Makan malam hari ini ditaja oleh kawan aku yang baru dapat separuh gaji pertamanya. Walaupun separuh tapi menggagahkan diri juga untuk belanja kami semua makan. Thanks a million!!
Kitorang try Pizza Cheesy 6 malam ni. Tapi yang ada topping peperoni. Kalau plain, macam tak menarik aje. Rasa dia ok, ada masam sikit. Tapi tak dapat beza rasa 6 jenis keju tu. Macam aku tau je 6 keju tu. Selain daripada itu, ada 2 lagi pizza regular. Six of us, 3 regular pizza. Each will have half a pan! Amazing kan? Memang kuat makan semua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, November 1, 2010
Tugu
Saya telah menjadi tugu hidup yang berada di atas sofa kulit ini selama satu setengah jam. Perut lapar minta diisi, tekak pun dahaga juga. Kenapa saya di sini? Sebab adik saya temuduga kerja. Setakat ini dah 3 orang interviewer yang masuk. Macam kene soal siasat polis pula.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)