Pages

Monday, December 31, 2012

Tanah Tinggi Cameron

Percutian penutup untuk tahun 2012. Plan asal nak bercuti di Port Dickson, duduk kat villa yang atas air (siap berangan mesti best punya) tapi tiba-tiba tukar plan, ke Cameron Highands. Ini merupakan lawatan ketiga saya ke sana. Tapi setiap lawatan pasti memberikan pengalaman berbeza. Okey, tengok gambar sambil bercerita. Senang nak karang ayat.

Hari Pertama - 22 Disember 2012

Bersarapan di R&R Ayer Keroh. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi. Jadi masa ni muka masing-masing berseri, bersemangat untuk menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 550 km. Perjalanan pertama saya sejauh itu. Drive sorang-sorang. Mak, Afif (baju hitam) dan Umar satu kereta. Saya dan Siti satu kereta. Abah tak nak ikut sebab dia kata tak best tinggalkan rumah lama-lama. Ok lah, tak nak paksa.


Setelah menempuh perjalanan yang panjang dan jauh, dengan kesesakan di lebuhraya, akhirnya sampai juga ke Simpang Pulai dan terus menuju ke Cameron Highland. Mata terus jadi sejuk dengan hijau pokok, awan dan gerimis. Kitorang sepakat nak ikut Simpang Pulai sebab jalan dia landai walaupun dia sedikit jauh dari Tapah. 



Inilah tempat percutian kami. Iris House Resort. Bersebelahan dengan The Smokehouse, mengadap padang golf. Masa mula-mula sampai, GPS tak dapat cari alamat ini, jadi bila sampai di Brincang, terus la ke Iris House Hotel, saya ingat dia tempat yang sama. Rupanya dia adalah dua tempat berbeza. Nasib baik kakitangan hotel baik hati tunjukkan arah. Alhamdulillah, lokasinya jauh dari Pekan Brincang yang sibuk. Jadi  dapatlah duduk dengan nyaman selama 2 malam. Tempahan bilik dibuat di ibilik.com. Senang dan mudah.


Pemandangan dalam apartment. Ada 3 bilik beserta bilik air, setiap bilik ada tilam extra dan bantal extra. Di dapur disediakan peti sejuk, periuk nasi, microwave, jug elektrik dan pinggan mangkuk. Jadi bolehlah memasak makanan ringkas. Masa sampai di sini dalam pukul 5.30 petang. Malamnya kitorang tak ada aktivi jalan-jalan. Masing-masing dah penat dan baring sambil tengok TV adalah perkara paling best. Sejuk ke tak? Sejukkk...

Dah malam sikit saya dan Umar keluar ke pasar malam untuk beli barang makanan. Masa tu jalan jem teruk sampai kereta bau hangit. Masa tu dah seram juga, kalau jadi apa-apa. Tapi bila jalan-jalan, banyak aje kereta bau hangit. Macam mana tak hangit, jalan jem masa tengah mendaki. Ada kereta lain asyik mati-mati enjin aje. Saya memang sangat neves masa tu. Oleh sebab jalan terlalu sesak dan tempat parking pun penuh, jadi Umar terpaksa tunggu dalam kereta dan saya beli barang/makanan di pasar malam dan kedai sorang-sorang. Seram! tapi dapat beli cempedak goreng dan brokoli goreng yang sedap.

Tamat hari pertama.

Hari Kedua - 23 Disember 2012


Memulakan lawatan dari Ladang Teh. Maksudnya dari tempat paling jauh. Kitorang bertolak awal. Pukul 9 dah sampai sini. Masa ni pun dah mula orang ramai tapi parking kereta masih banyak kosong. 


Kedai teh untuk membeli teh. Mak tengah pilih teh untuk dijadikan cenderahati. Kitorang anak-anak jakun tengok teh yang macam-macam perisa. Akhirnya beli beberapa kotak teh untuk hadiah, Green Tea untuk mak, Strawberry Tea untuk abah, Umar beli Premium Tea untuk bawa balik Klang. Saya beli peta Cameron Highland. (tak ada kena mengena dengan kedai teh)


Seterusnya ke ladang Strawberri. Ke atas sedikit dari Ladang Teh. Nama kedai tak ingat apa. Tapi strawberi ini bukan jenis yang petik, timbang bayar. Boleh tengok aje. Dan ada jualan aiskrim strawberi. Pukul 10.00 pagi dah makan aiskrim. Umar beli acar strawberi dan sos strawberi. Sos tu biasalah buat topping aiskrim dan penkek. Tapi acar tu macam acar yang kita selalu makan dengan nasi minyak. Cuma rasa dia pelik sikit la. Biasalah bila tak pernah makan mesti rasa pelik. Masa ni saya dah terbayang strawberi celup madu. Sedapnya.


Seterusnya ke Rose Valley. Ok tempat ni ada dalam peta. Kira berguna juga saya beli peta. Mula-mula saya dengan mak je yang masuk dalam sini. Yang lain-lain nak jalan-jalan kawasan sekitar. Tapi las-las semua berlonggok kat sini. RM 4 per entri. Bunga tak boleh petik ok. Tapi banyak jumpa bunga dah patah. Rasa macam nak masuk dalam beg aje.


Rose Valley untuk jiwa wanita aje. Yang lain jantina menguap keboringan. Nasib korang lah!


Yang ni entah lah tak tau nama tempat apa. Sebabnya dah banyak tempat jualan macam ni. Kitorang pula asal ada tempat letak kereta je kitorang singgah. Barang yang dijual semuanya lebih kurang sama. Sayur, pokok bunga, strawberi, keychain dan benda kecil-kecil. Tengok pokok bunga memang geram. Semua cantik, bunga pun mekar aje. Tapi fikir balik, tak semua pokok tahan cuaca panas. Jadi simpan jadi gambar aje. Lepas tu keluar soalan standard "Mak, pokok ni kalau beli hidup tak", Mak kata "Tak". Sepuluh kali tanya, sepuluh kali jawapan sama.



Ke nurseri pula. Dah bawa Mak, maka haruslah ke nurseri. Diorang susun bunga-bunga ni memang menarik orang suruh beli. Ye lah siapa tak geram tengok bunga bersusun macam ni. Padahal bunga tahi ayam aje. Pun nampak cantik bila susun macam ni. Kat sini Mak beli 3 pasu pokok. Umar beli pokok anggur. Kitorang semua keluar dialog "Ko beli pokok anngur? Agak-agak tahun depan boleh jual buah la?" "Hahahha"

Lepas ke nurseri, singgah di pasar, beli jagung manis, beli sayur terung yang besar macam betik dan terus ke Tanah Rata untuk makan tengahari. Tu pun dah dekat pukul 3 baru makan. Pukul 3 pun ramai orang lagi. Tapi kadar kepadatan dah berkurang sebab hari Ahad, ramai yang dah bertolak balik. Jalan pun tak berapa sesak. 

Dah petang sikit saya, Mak dan Siti ke pasar malam Brincang. Beli apa-apa yang rasa berbaloi untuk dibeli. Beli kentang yang kecil-kecil, keledek yang warna ungu dan buah oren yang luarbiasa besar  dan makanan untuk makan malam. Umr dan Afif duduk bilik, tidur. Tamatlah hari kedua.

Hari Ketiga - 24 Disember 2012.


Ok, check out awal. Pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus ke destinasi terakhir Ke Taman Agro Teknologi Mardi. Tapi tempat ini tak ada dalam peta. Padahal ramai orang datang sini. Memang seronok. Taman besar yang dibahagi kepada beberapa bahagian. Bayaran ialam RM3 seorang. 


Jakun sekejap dengan pokok anggur. Tapi tak buah pula.


Bunga ini serius warna biru. Mula-mula tengok macam plastik aje. Tapi percayalah, pokok betul. Bunga bergayut-gayut di bumbung. 


Muka-muka pasrah+lapar. Suasana sejuk memang cepat lapar.


Mak yang excited dengan bunga ni. Dulu kat halaman rumah memang banyak tanam. Konon-konon nostalgia la bunga-bunga ini semua. Ecehh..




Ok, persinggahan terakhir. Ini dalam perjalanan ke Tapah. Pemandangan gerai orang asli adalah biasa. Singgah untuk beli Madu Tualang. Lepas tu jakun sekejap dengan buah tampoi. Macam manggis tapi warna putih. Waktu pagi buah rasa masam dan manis apabila dimakan waktu tengahari/petang. Mula-mula macam tak percaya, tapi memang betul. Terbukti. Sempat juga makan durian liar. Sedapnya. Luarbiasa. 


Jalan Tapah-Cameron Highland yang sempit. Padan lah dulu masa rombongan sekolah ramai yang mabuk, jalan bengkang bengkok. Saya pun bawa kereta dengan kadar yang perlahan. Asyik kene potong aje. Nasib lah, takut nak laju. Kang masuk gaung pula. Seat belakang penuh dengan pokok bunga. Bonet pula dengan segala mala jagung, keledek, buah dan jajan lain. Kereta Umar penuh dengan baju kitorang.

Akhirnya berjaya keluar dari Tapah, makan tengahari di R&R Tapah dah teruskan perjalanan pulang. Dalam pukul 6 petang dah sampai rumah. Lega. Abah sambut kitorang dengan lauk itik masak kari pekat. Berakhirlah percutian. 

Alhamdulillah. Berjalan menambah ilmu, mengenal tanda kekuasaan Allah Yang Esa.










Saturday, December 29, 2012

Jerry's Cubicle

This picture is during and after cleaning up the shelves at Jerry's cubicle. He's moving into his own room (gaya ala-ala bos ada bilik sendiri).

Those in garbage plastics are all working papers and old files that has been in the shelves for years.

Now the desk all cleared up, the shelf empty, waiting for new shelf to come. The old one we put it at our newly renovated store. So in future the junior engineer will be my new cubicle neighbour.


Rafeah Sapari

Wednesday, December 19, 2012

Isabella

Saya beli buku ni di Terminal Larkin. Siapa yang pernah ke Terminal Larkin mesti pernah nampak kedai buku ni, yang majoritinya ialah kitab-kitab dan buku berkaitan Islam. Di pintu kedai ada susunan novel yang berlambak-lambak, kalau bernasib baik akan dapat naskhah yang baik.

Tertarik sebab buku Isabella ini adalah terjemahan Sasterawan Abdullah Hussain (yang juga menulis novel Imam). Buku ni nampak nipis, tapi isinya "tebal dan berat". Ambil masa juga nak habiskan. Harapnya saya dapat kekuatan untuk membacanya kali kedua.

Inti buku Isabella ini adalah perdebatan perbezaan di antara Islam dan Kristian, Quran dan Injil. Sangat menarik dan saya rasa buku ni berbeza dengab buku-buku yang pernah saya baca.

Selepas baca buku ni, saya sedar selama ini saya dilahirkan sebagai Islam namun tidak pernah mendalami isi kandung kitab yang diturunkan untuk umat Islam.



Rafeah Sapari

Sunday, December 9, 2012

Pearls

I received my pearls yesterday from my best buddy Ijun.

Its peach, greyish in colour.

Beautiful.

Thanks beb!!.

(ps, ignore my fat hand, look at the pearls only)


Rafeah Sapari

Friday, December 7, 2012

Pemandu Yang Sedang Memandu

Perkara-perkara umum yang selalu dilakukan ketika memandu sendirian.

1. Dengar radio, sambil tangan picit-picit butang channel radio yang ada lagu best.
2. Nyanyi dengan penuh perasaan. Sambil goyang-goyang kepala,bahu.
3. Makan kerepek pakai tangan kiri. Sebab tangan kanan pegang stereng.
4. Bergayut telefon. Selit henfon kat tudung. Kalau skema pakai earphone.
5. Main sms.
6. Marah-marah bila ada kereta kat kiri atau kanan atau depan atau belakang yang ada gaya-gaya nak sondol atau himpit kereta kita.
7. Korek hidung. (pastikan kereta tinted ok. Kalau tak, malu!)
8. Menguap besar-besar tapi tak tutup mulut.
9. Berangan bila nampak kereta idaman lalu kat sebelah atau memotong kereta kita. Sambil mulut cakap "huuu...bestnya kete tuuuu...."

ok, siapa ada buat, sila angkat tangan.
Kalau anda tak buat perkara di atas, mungkin anda bukan manusia.


Rafeah Sapari

Saturday, December 1, 2012

API Fat Burner

Hari ni hari pertama saya ambil Fat Burner ni. Dia herbal supplement yang terdiri daripada Arabica Coffee, Green Tea, Cola Nut, Cinnamon & Cayenne Pepper.

Rasa panas sikit. Sebab tu kena minum banyak air. Benda ni banyak jual di gym. Dalam sebulan ni selepas satu botol saya akan buat testimoni. Sebab bukan saya seorang sahaja yang ambil, tapi beberapa orang di gym juga join ambil Fat Burner ni.

Tapi bau macam jamu. Yuksss..


Rafeah Sapari

Cerita Minyak Wangi

Hari Khamis lepas (cuti hari keputeraan Sultan Johor), saya dan housemate ke Holiday Plaza. Dia pun tak pernah datang sana walaupun tempat kerja dekat aje.

HP adalah tempat best kalau anda peminat aksesori telefon. Paling banyak brabd Samsung & Apple. Nokia tak ada pula. Sedih.

Lepas tu masuk Parkson, pusing-pusing sana sini rasa macam tak ada barang nak beli. Kaki pun gatal ke booth Chanel. Tak pernah try lagi bau perfume dia. Lady yang jaga kaunter pun peramah. Pertama try Chanel no. 5. Sangatlah klasik sebab perfume ni sangat lama. Dah jadi signature Chanel. Untuk tahun depan punya kempen, Brad Pitt jadi model. Kedua try Chanel no. 19. Bau dia fresh dan  maskulin. Ketiga Coco Mademoseille. Pengsan jap.

Best. Best. Best.

Nak beli. Nak beli. Nak beli.

Lepastu tanya harga. Pengsan sekali lagi. Untuk 100ml RM 400++. 50ml RM 300++. Selalunya RM300++ adalah harga normal untuk 100ml punya botol.

Lepastu cakap kat lady yang kat kaunter tu. Tak apa nanti tunggu bos bagi bonus baru saya beli. (kalau bos tak bagi bonus, kumpul duitlah. Hui hui).

Happy.



Rafeah Sapari

Friday, November 16, 2012

1434H

(terima kasih google)


Syukur saya yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke tahun 1434H. Saya tau semua orang sibuk buat countdown bila masuk Januari, sibuk check tarikh lahir kita jatuh pada hari apa. Saya juga tergolong dalam kelompok itu (insaf sekejap lepas tu buat balik semula).

Saya semak dengan kalendar Hijri, saya kini berusia 33 tahun.

Tarikh lahir 13/03/1981 bersamaan 5 atau 6 Jamadil Awal 1401H, maka sekarang 1434H, jadi saya 33 tahun mengikut kalendar Hijri dan 31 tahun kalehdar Masihi.




Monday, November 12, 2012

Tamil Movie

Hari Sabtu lepas pukul 2 kat TV3 selalunya akan siarkan filem Hindi. Tapi oleh sebab Deepavali hari Selasa ni, jadinya diorang tayang cerita Tamil pula. Tajuk dia Kanthaswamy. Ala-ala Robin Hood versi Tamil. Tapi serius best. Tengok siap menganga lagi. Hero pun hensem. Hahahah..

Tapi saya sebenarnya suka je waktu Deepavali ni. Masa ni la nak tengok citer Tamil best best.



Rafeah Sapari

Legoland Happyland

Lawatan pertama ke Legoland hari Jumaat lepas (macam ada gaya nak buat lawatan kali kedua sebab ada yang saya tak main lagi). 

Kenapa saya pergi hari Jumaat, sebab saya ikut rombongan sekolah sepupu saya. Jadi saya dapat tiket murah RM 55.00 seorang. Beli 4 tiket tapi satu tiket tu hangus sebab adik saya Siti tak dapat join (dia memang berasap bila tak join kitorang berjoli ke Legoland). Jadi tiket saya adalah Educational Child, lepas tu dapat baucar makan RM15.00. Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu Yati. 

Untuk ke sana memang senang. Ambil exit Nusajaya, lepas tu kita akan nampak banyak bunting Legoland dan keluar ikut Exit 312. Oleh sebab saya ni terlebih excited, saya dah keluar pada Exit 311, maka terpaksa la buka GPS untuk sampai ke destinasi. 

Secara amnya Legoland ada beberapa bahagian, yang saya ingat Miniland, Adventure Land, dan yang lain saya tak ingat. Tapi jangan risau, ada peta dan kakitangan semua ramah.

Ok, kita buat cerita bergambar.


Ini entrance dia. My mom dah jalan menonong. Tak sabar nak masuk.


Saya tak ingat tempat ni nama apa. Tapi memang kagum tengok kepala Einstein kat dinding. Macam mana diorang tepek saya pun tak tau.


Miniland. Paling best. Posing sekejap kat Mini Taj Mahal.


Ini temple di Thailand. Mak paling suka yang ni sebab dia punya warna dan bentuk dia cantik. Apa lagi, snap la gambar kat sini. Tiba-tiba terperasan, apasal adik bongsu teramat tinggi dari kakak sulung.


JB town in smaller scale. Looks real.


Main Technic. Ala-ala roller coster. Masa ni tengah menjerit tak ingat la, konon-konon macam nak terhempas je. Gambar ni diorang jual. Digital version boleh download selepas 3 hari waktu bekerja.

Oleh kerana tempat dia lapang dan luas, jadi pukul 11 pagi pun rasa amat panas. Jadi saya cadangkan anda pakai/bawa benda-benda yang saya senaraikan di bawah. (tapi kalau suka kulit hangus, abaikan aje lah):
  • Wear comfortable shirt, shoes,
  • Water is a must to keep yourself hydrated.
  • A pair of sunnies.
  • An umbrella or a hat.
  • Sunscreen.



Sunday, November 11, 2012

Pelangi Petang

Saya ambil gambar ni petang tadi, dalam perjalanan balik ke JB. Masa ni tengah bersesak kat lampu merah Air Hitam. Sebenarnya ada 2 pelangi.

Terima kasih Allah, bagi warna-warna penyejuk hati.



Rafeah Sapari

Friday, November 2, 2012

Saje Merapu

Kat gambar nampak macam cantik je bulu. Muka pun nampak suci aje.

Bila dah pegang..

Ya Rabbi...

Kulit calar balar. Nasib baik ada bulu jadi cover. Kalau tak de bulu tak tau la nak gambarkan.

Bekas gaduh minggu lepas, campur bekas gaduh 2 hari lepas campur bekas gaduh malam tadi.

Tiap-tiap minggu bila saya balik kampung, mesti ada kesan calar baru. Yang lama tak sempat nak baik. Tu belum jalan dengkut-dengkut. Apa punya pesen kucing ni saya tak tau. Macam dah bela dengan penuh kasih sayang, tapi kaki gaduh macam tak dapat kasih sayang je.

But I still love you!


Rafeah Sapari

Model

Beli Her World semalam. Selak-selak nak tengok gambar dulu lepas tu baru baca. Lepas tu terus tersangkut kat muka ni. Model ni macam coklat. Berkilat. Tapi memang menonjol.

Good art.



Rafeah Sapari

Monday, October 29, 2012

Kenduri

Ok, nak cerita pasal hari Sabtu minggu lepas. Abah buat kenduri akikah untuk anak bongsu. Kalau ikut perancangan, nak buat waktu raya haji, kiranya minggu ni lah. Tapi oleh sebab anak yang lagi seorang, Umar tak dapat cuti raya dan cuma cuti hari Sabtu lepas, maka terpaksa la diawalkan.

Agak kelam kabut juga sebab mulanya nak buat lepas Isyak tapi ada rumah lain pun nak buat tahlil lepas Isyak, jadi terpaksa ubah plan ke lepas waktu Magrib. Lagi la huru hara sebab Magrib masuk awal. Jadinya makanan mesti siap disediakan sebelum pukul 6.30. Kecoh!!

Ok, memandangkan kami ni Jawa, maka hidangan makanan pun stail Jawa, pakai dulang. Nasi ambeng. Bagusnya sebab tak payah basuh pinggan bila dah siap kenduri. Kalau dah pernah rasa makan nasi dalam dulang ni, memang la nikmat. Kalau dapat makan sedulang dengan sepupu-sepupu lagi la best. Sambil makan sambil menggosip.

Ok, gambar kat atas close up nasi ambeng. Kalau yang lagi tradisional, lauk pauk disusun atas daun pisang yang digunting jadi pinggan besar. Tapi yang ni lauk susun dalam pinggan aje lah. Lauk kambing masuk mangkuk. Kuih dan buah pun letak pinggan lain. Biasanya satu ambeng ni akan dikongsi makan 4 atau 5 orang. Nasi dan lauk yang tak habis akan dibawa balik dipanggil nasi berkat. Selalunya ini lah yang kitorang adik beradik tunggu-tunggu bila abah balik kenduri. Nasi berkat. Saya pun tak tau kenapa dipanggil berkat. Berkat agaknya sebab makanan yang telah dibacakan doa. Berkat agaknya makanan tu dimakan oleh abah.

Selamat makan.


Rafeah Sapari

Miaw Miaww Mawwww

Latest addition to our furry family. I found it at the staircase at my office. Looks like a good civillian has put this mother and 4 babies in a proper box. They really melt my heart away. So i decided to bring them home. It was a relaxing journey travelling home with cats in the box compared last one when I brought Salman home (macam nak terbalik kereta).

Initially it was 4 kittens, but now only one left with us. 2 was adopted (kidnapped) by my aunt, one died not knowing why. And now only this one kuning gemuk left with the mother yang garang. My other cats lalu pun kena marah dengan mak kucing ni.



Rafeah Sapari

Saturday, October 27, 2012

Promo

Sabtu lepas saya hadir ke "Hari Bersama Pakar Kesihatan". Hadir atas jemputan. Anjuran sebuah hospital swasta di JB. Saya selalu dapat panggilan untuk event seperti ni. Mana dapat nombor telefon, saya pun tak tau lah. Selalunya saya akan tolak, tapi kali ni bila diorang cakap kalau kita hadir akan dapat baucer ujian darah percuma. Jadi rasa rugi pula kalau tak pergi.

Kebetulannya dia dibuat kat Parit Raja, jadi memang tak ada masalah lah.

Dalam kepala saya terbayang doktor bagi ceramah pasal kesihatan, tapi bila dah sampai lain rupanya.

Setiap peserta diberikan penerangan secara individual. Masa tu saya dah perasan orang yang bagi consultation tu tak rupa orang kesihatan pun. Tapi saya dengar aje sebab banyak info bagus yang dia beri.

Semakin lama saya perasan dia ni (tukang bagi consultation ni) banyak highlight pasal pentingnya buat medical check up yang secara total. Kiranya dari atas sampai bawah la. Bukan macam masa mula-mula nak masuk U, cuma buat xray aje.

Akhir sekali memang sah la dia promo pasal buat medical check up. So dia kata, untuk buat complete medical check up, kos ialah dalam 3.5k++, tapi dia kata lagi, untuk hari ni, dia (hospital) bagi harga istimewa cuma 1.7k++ aje. Kira dalam diskaun 50%. Tapi dengan syarat, kena buat untuk 5 tahun. So kira la RM1.7k++ kali 5, almost 9k! .

Paling best orang tu kata boleh buat easy payment pakai kad kredit selama 36 bulan. Saya rasa kalau saya ni bangsa yang obses dengan kesihatan, mesti saya akan ambil. Tiap - tiap tahun buat medical check up!

Akhir sekali saya terpaksa menolak. Saya juga respek kat orang yang bagi saya consultation tu sebab dia tak paksa. Bila saya cakap saya tak nak ambil dia pun kata tak pe, pilihan di tangan saya.

Tapi baucer blood test tu tetap dapat. Sah untuk 3 bulan.. Yayy!!



Rafeah Sapari

Tuesday, October 23, 2012

Ayo ayo Kita Ke Gym

Ini entri dah draf lama, tapi hari ni baru dikeluarkan.

Kesian kat blog sendiri sebab dah lama tak ada apa - apa perkembangan. Ok, entri bulan Oktober ni ada satu benda aje yang saya nak kongsi. Sekarang waktu petang saya isi dengan ke gimnasium. Mungkin sebab terpengaruh dengan housemate saya yang rajin ke gym, mungkin juga sekarang saya dah banyak masa lapang. Buat part time pun dah tak banyak.

Atau sebab baru sekarang wujud kesedaran. Badan pun rasa makin lama makin berat.

Mula-mula tu saya pergi jogging kat Taman Merdeka, rasanya baru 3 kali pergi. Jogging sorang-sorang ok aje sebenarnya, rasa invisible. Lepas tu rasa macam tak selamat pula. So gigih la google mana-mana gym untuk wanita sahaja. Kalau yang unisex tu banyak la.

Akhirnya jumpa juga. Dekat sahaja, kat Larkin Idaman. Padahal saya memang selalu ke sana beli barang dapur (yang tak seberapa pun) tapi tak pernah perasan ada gym kat situ.

Jadinya sekarang 3 kali seminggu lepas waktu ofis(Selasa, Rabu, Khamis) saya datang sana. Buat treadmill, basikal atau aerobik. Habis peluh busuk keluar, tapi badan rasa segar. Kakak ofis pun dah join. Dia dan geng dia buat aerobik setiap Jumaat malam.


Rafeah Sapari

Monday, October 22, 2012

Kek

Petang tadi singgah sekejap di Cimb Jalan Kuning untuk bayar duit kereta, lepas tu terus ke kedai Cheelicious. Pertama kali jejak kaki ke kedai kek tu. Dari luar deco dia memang cantik. Macam biasalah mula-mula mesti muka lost aje kat pintu kedai. Nasib baik waitress tu baik hati terus tanya saya nak beli cheese kek ke. Dia terus tunjuk ke kaunter. Lepas tu datang sorang lagi beritahu ada perisa baru, durian. Saya pun angguk aje lah. Lapar punya pasal saya beli lagi satu, chocolate cheese cake. Harga sepotong RM8.80, agak mahal kalau nak banding dengan Secret Recipe & Seasons.

Saya sangat teruja nak rasa yang perisa durian. Masuk rumah aje, terus basuh tangan dan capai sudu. Baca Bismillah terus la makan. Masya Allah, sedapnya. Makan lagi sikit, hmm sedapnya. Tapi satu slice aje dah cukup ok.




Rafeah Sapari

Sunday, September 23, 2012

Duke

Currently reading this book. Was sceptical at first how our local police do their job. Tapi last last cannot stop reading it. Kalah CSI kat Tv. The english is easy and understanable.

Highly recommended. Best best best.

Have a nice weekend.


Rafeah Sapari

Tuesday, September 18, 2012

Tasik Syahdu

Sedang membaca karya Pak Samad Said untuk pertama kalinya. Ambil masa juga nak siapkan diri untuk membaca. Agak sedih juga kerana buku ini diletakkan di bahagian koleksi remaja.

Rafeah Sapari