Pages

Monday, January 31, 2011

Hari Ke'poyo'an 2 - 31 Jan 2011

Hari ini misi saya ialah pergi bank di Woodlands, cash kan cek kompeni dan convert kepada wang RM.

Yang tak bestnya ialah:

Pagi-pagi dah kena marah dengan bos yang kepala angin. Padahal saya cuma nak double check aje berapa banyak yang dia nak convert ringgit. Boleh aje jawab yes atau no. Lepas tu nak tanya lagi, kenapa ada satu sain aje, selalu kalau cek Malaysia ada dua sign, satu kat atas, satu kat bawah.

Dari JB ke Woodlands yang dekat itu ambil masa sampai sejam. Nasib baik abang kastam kat Woodlands tu hensem.

Tercangak-cangak sorang diri kat Woodlands Centre tu cari bank. Kena la ramah sikit tanya orang kat tingkat baper bank tu. Padahal kat tepi dinding tu dah tepek besar-besar setiap tingkat ada kompeni/bank apa. Mata dah melilau kat makanan. Lapar. Belum sarapan lagi. Kedai Pak Atan dan Makcik Sebelah yang kat depan ofis tutup pula. Terbang angan-angan nak makan roti canai.

Bila sampai bank. Mak aii. Ramainya manusia. Patutlah bos saya suruh saya pergi hari ni. Dia malas nak beratur panjang rupanya. Beratur ok. Tak ada sistem ambik nombor pastu duduk goyang kaki tunggu turn. Beratur sampai kat depan pintu bank tau. Tak apa sabar lagi.

Masih beratur lagi. Macam-macam senaman kaki saya dah buat. Duduk sila atas lantai je yang saya tak buat. Dah 2 jam masih ada 6 orang kat depan saya ni. Ada 2 kaunter je untuk corporate account. Sorang customer dia layan sampai 10-15 minit. Lama betul.

Telefon saya tak berfungsi langsung bila di S'pore. Maklum lah, tak ada roaming. Bukan tak nak buat, tapi saya bukan selalu ke S'pore pun. Sekali sekala aje. Kalau pakai prepaid boleh lagi sms ke apa. Ofismate saya yang kat kereta tunggu parking mesti dah keras. Kesian juga kat dia.

Ok dah sampai turn. Saya pun keluarkan cek dan IC. Pas tu bila officer tu tengok IC Malaysia saya. Dia tanya kenapa nak cash kan. Saya pun bagitau la, untuk JB kompeni punya kegunaan. Lepas tu dia suruh saya kol bos saya untuk konfemkan. Saya kata hp saya tak boleh kol keluar. Nak pinjam telefon ofis dia. Dia dail la no hp bos saya. 2 kali kol tapi tak dapat. Saya pun tak tau nak buat macam mana. Lepas tu dia kata saya tak boleh cashkan.

Lepas tu saya ke kereta yang kawan saya tunggu tu. Kebetulannya masa tu bos saya kol. Saya pun cerita la panjang lebar yang saya tak boleh keluarkan duit. Bos saya kata nanti dia kol pakai no hp kawan saya ni untuk cakap dengan officer bank. Kawan saya ni pakai prepaid. Tapi malangnya, kredit dia pula habis. Ok, kalau kita kat Singapura, pakai prepaid dan terima panggilan. Kita akan di caj juga. Sebab kita pakai diorang punya network. Macam Singtel ke M1 ke. Jadi bila kredit habis, orang kat JB pun tak leh nak kol. Terputus la komunikasi. Kalau kita pakai postpaid, memang sah-sah la tak boleh. Masuk aje Woodlands terus masuk emegency call.

Jadinya kitorang ambil keputusan balik JB terus. Buat apa nak tunggu lama-lama kat sana. Memang tak leh buat apa-apa pun. Bila dah sampai tambak tu baru boleh sms. Sms bos saya bagitau dia saya takleh keluarkan duit. Dia pula balas sms macam apa. Bising-bising sebab tak boleh kontek kitorang langsung. Saya tak balas pun sms dia. Buat bodoh aje. Penat ok beratur lama-lama. Bukannya kitorang ni sengaja takmo kol dia masa tu. Dah memang tak boleh kol pun. Nak buat macam mana kan.

Petang tadi dia datang ofis boleh pula gelak ketawa. Saya pula tengok muka dia macam nak nangis dah. Rasa nak penampar pun ada terlintas juga. Geram. Tadi bukan main lagi kau bebel-bebel. Bila dah nampak muka, kau senyum-senyum pula. Boleh pula tanya baik-baik. Tapi muka saya memang kelat la. Kalau nak ikutkan hati memang tak nak tengok pun muka bulat tu.

Akhirnya esok bos saya kena pergi sendiri. Nasib kau la. Kene beratur panjang.

Saya rasa cek kompeni tu tak penah orang lain cash kan kot. Kalau tak, mesti tak jadi masalah.

Jadinya hari ni, saya tak buat apa-apa kerja pun. Cuma pergi MBJB ambil surat sokongan dan balas email. Lepas tu  main internet sampai petang.

Mogok.


 

Thursday, January 27, 2011

Baca Tapi Tak Faham

Saya ada buat satu iklan di Mudah, nak cari roommate. Sebab tak lama lagi housemate saya yang sorang akan berpindah. Jadi tinggal lah 2 orang aje kat rumah sewa ni nanti. Disebabkan sewa yang mahal dan agak tensen juga la kalau nak bayar dalam RM290 sorang untuk rumah sewa aje, maka terpaksalah buka iklan nak cari roommate. Saya buat ayat paling simple. Standard la kan, kalau buka iklan kat Mudah tu, mana ada orang taip berjela-jela. Yang pembaca iklan ni pun saya boleh gerenti majoriti adalah jenis yang suka baca ayat pertama aje.

Dipendekkan cerita, dalam iklan tu saya tulis Mencari Roommate. Maksudnya mencari rakan sebilik. Maksudnya bilik tu dah ada orang duduk dan nak cari rakan lagi seorang. Betul tak.

Tapinya setiap orang yang call saya mesti akan tanya macam ni "Saya baca iklan kat Mudah, awak ada bilik kosong ye?" Kalau tak pun macam ni "Bilik kosong ada lagi tak?". Kalau tak pun macam ni: "Bilik tu kosong ke dah ada orang?"

Jawapan saya,
Versi kalau dah hangin "Kan saya cakap nak cari roommate, maknanya bilik tu dah ada orang & nak cari lagi sorang"
Versi tengah cool "Bilik tu dah ada orang, saya memang nak cari kawan lagi sorang"
Versi malas nak layan "Saya nak cari roommate lah. Bukan housemate"

Selain daripada soalan-soalan seperti di atas, saya juga terpaksa melayani soalan lain yang kadang-kadang memang hampeh. Paling koman orang akan tanya ada parking tak, rumah fully furnish ke tak. Ada kipas ke tak. Kipas meja tu bukannya mahal sangat pun, rasanya handbag korang lagi mahal dari kipas sebuah.

Paling saya tak boleh tahan ada sorang tu sengal tanya "Rumah tu lantai apa eh?" Apa hal sampai tanya lantai pulak ni. Dah namanya rumah sewa, standard la kan lantai simen. Kalau nasib baik dapat lantai tile. Saya rasa macam nak bagitau je, rumah tak ada lantai. Atas tanah aje. Pandai-pandai kau nak duduk macam mana. Lepas ni siapa-siapa yang tanya soalan pelik-pelik, konfem saya letak tepon terus. Kalau tak pun jangan harap nak jadi housemate.

Wednesday, January 26, 2011

Kerja oo Kerja

Saya ada 9 report bos saya bagi yang perlu saya studi. Rasa kalau kat drama TV dialog dia macam ni:

"Nah! Awak ambik fail-fail ni semua, awak kaji. Saya nak awak buat laporan dan letak atas meja saya minggu depan. Faham?!"

Ni pulak dialog bos saya:

"Fie, these are the their design report, check wether these are complete report or not. U study these first, and hopefully can do for submission before CNY"

"Hopefully" maksudnya haruslah dilaksanakan.

Maka setiap kali saya jumpa dia, mesti dia tanya "eh, u dah start belum?"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 22, 2011

Makan Buah, Cara Betul & Sihat

Malam minggu kat kampung, adik saya tengah layan 3 Idiots. Saya pula dah tak boleh layan, dah banyak kali tengok. Belek-belek koleksi Wanita mak dan saya jumpa satu artikel bagus. Sebenarnya dah lama juga saya tahu pasal ini, tapi jarang-jarang diamalkan.

Semoga memberi faedah.

"Cara yang betul makan buah ialah buah harus dimakan sebelum makan. Tujuannya agar buah dapat memainkan peranan utama untuk menyahtoksid daripada sistem badan, dan memberi tenaga bagi pengurangan berat badan dan melakukan aktiviti lain.

Cara ini juga boleh mengelakkan sendawa, kembung perut dan cirit birit. Uban, keguguran rambut, stress dan gelung gelap bawah mata juga tidak akan terjadi sekiranya makan buah dengan perut kosong.

Sebagai contoh, anda makan 2 keping roti dan sepotong buah. Buah tersebut sudah boleh masuk terus ke usus untuk penghadaman tetapi telah ditahan oleh roti. Seluruh makanan yang melalui proses penghadaman akan berubah menjadi asid. Saat buah bercampur dengan makanan lain dan jus penghadaman lain dalam perut, keseluruhan makanan menjadi rosak.

Sekiranya anda mengamalkan pemakanan buah yang betul, makan anda memiliki rahsia kepada kecantikan, kesihatan, keceriaan dan mampu mengekalkan berat badan.

Anda juga disaran minum jus buah segar bukan daripada pek atau botol. Jangan minum jus buah yang dipanaskan serta buah yang telah dimasak kerana ia menghilangkan khasiat yang ada. Anda hanya mendapat rasa bukan khasiat buah tersebut.

Makan sebiji buah adalah lebih baik daripada minum jus. Sekiranya anda perlu minum jus, teguk perlahan-lahan agar ia boleh bercampur dengan air liur sebelum menelannya.

Anda boleh berpuasa diet buah 3 hari untuk menyahtoksid. Hanya makan buah dan minum jus selama 3 hari untuk mendapatkan penampilan yang berseri-seri." - majalah Wanita, Februari 2010.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 21, 2011

Black+Purple+Jeans

Hari Rabu yang lepas, tanpa dirancang, kami semua memakai warna yang sama, hitam, purple. Yang bestnya, bos kitorang pun datang pakai T-shirt hitam. Jadi, masa ni ambil kesempatan la posing sana sini kat ofis yang haru biru ni. Tapi kat gambar nampak bersih dan kemas eh ofis saya ni.


Posing kat meja Leong.
Gambar ni ofismate saya dah edit.

Tiba-tiba terselit sorang pakai baju kotak-kotak.
Korang tak nampak dia lari-lari anak ke arah kitorang sebab kamera ni pakai timer.
Macam teddy bear tau.


Thursday, January 20, 2011

Flower Power

I went outing with my sis today. She bought a pencil case in a stationary shop when we found this HP case. There are 3 different colours, red, brown and offwhite. Red's too loud while white is too clean. So brown is the best. And it look like a little sister to my pink hairclip. Also it comes with a small coin purse which is quite convenient.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 17, 2011

Malam Minggu Kat Kampung

Malam minggu kat kampung. Tengah syok-syok baca Glam (tengok gambar cantik-cantik yang konfem tak mampu beli) tiba-tiba seekor makhluk ni melompat dan terus baring atas majalah. Kalau orang baca paper pun dia landing atas paper juga.

Mula - mula garu pale dia.

Pastu leher. Mata dah stim. Ololoo

Pastu dagu

Pipi pula

Kepala lagi sekali

Tengok cicak kat siling

Tengok tingkap pulak

Kat tingkap belah lagi satu.

Duduk kat kerusi, tengok cicak kat siling, sambil berangan kalau dapat tangkap kan best.
Berangan ajelah. Landing atas beg balik kampung saya. Tak ada dah jari-jari gemok garu kepala dia.



Friday, January 14, 2011

Kek Batik

Letak kat atas tutup bekas aje. Masa ni kat ofis.
Yang ni saya pakai biskut Marie Coffee.

Dah lama nak share resepi kek batik ni. Pertama kali saya buat masa di KL, ambil resepi dari majalah Mingguan Wanita.

Bahan-bahan:
1 pek biskut Marie (saya dah try yang biasa, coklat dan kopi, semua best) -
1 buku mentega biarkan dalam suhu bilik
1 tin susu manis (kalau tak nak manis 3/4 pun dah ok)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko dilarutkan dalam air panas (ikut suka korang)
5 biji telur (kalau telur besar, 4 biji pun dah ok)

Cara Membuat:

Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan mentega dan gula. Kemudian masukkan koko yang dilarutkan dan susu. Kacau seketika sehingga sebati. Masukkan telur perlahan-lahan dan kacau lagi sehingga pekat (agak-agak telur tu masak). Akhir sekali masukkan biskut Marie yang telah dipecah-pecahkan. Gaul sampai rata/sebati sampai semua biskut tu disalut dengan koko. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk.

 

Thursday, January 13, 2011

Movie Yang Tak Best

Selasa yang lepas, cuti umum sempena Hol Sultan Johor. Memandangkan hanya sehari aje cuti, jadi saya tak balik kampung. Habiskan masa di JB. Agenda utama ialah pergi rumah ofismate saya dan lepas tu tengok wayang. Ofismate saya baru pindah rumah baru. So ni kira housewarming la juga. Siap makan nasi ayam dan jus epal lagi. Memang tengah lapar pun. Makan sampai licin, tinggalkan tulang ayam je kat tuan rumah. Lepas solat Asar, kitorang pun gerak la ke Today's Mall yang kat Tiram. Jauh juga, konon la nak tengok 3D movie. Padahal kat Jusco Tebrau pun ada juga. Sebab masing-masing tak pernah masuk Today's Mall tu so kira pergi situ pun nak explore apa rupa tempat tu.

Lengang. Kalau nak lari dari hujung sana ke hujung lagi satu pun boleh. Tak akan langgar orang punya. Saya boleh jamin. Kedai pun ada yang belum buka lagi. Walaupun public holiday, tapi kitorang boleh letak kereta kat depan lagi. Kalau kat tempat lain, jangan harap lah. Kitorang dengan konfiden terus ke tempat movie. Superstar Cinema kot nama dia. Pun lengang juga. Plan nak tengok Gulliver's Travel 3D, tapi movie tu mula pukul 8.15, ada 2 jam lagi nak tunggu. Kalau tempat happening ok juga, boleh pusing-pusing. Jadi ambil la tiket cerita Season of The Witch sebab hero dia Nicholas Cage. Terus teringat cerita Sorcerer's Apprentice yang best tu.

Sekali tu, bukan cerita pasal witch, cerita pasal demon. Dah la seram, tak ade la best sangat pun.

Lagi satu disebabkan oleh keadaan yang lengang tu, rupanya dalam cinema hall pun tak ada orang. Tak sampai 20 orang pun. Saya rasa macam kat dalam drama Korea yang hero kaya sewa satu cinema hall sebab nak tengok movie dengan gefren dia yang tak kaya (hero kaya, mesti heroin miskin kan?). Menjerit sikit pun rasa macam sekampung dengar. Nasib baik hall tu baru lagi. Tak ade la bau hapak/kepam/busuk dan lain-lain. 

Saya rasa dah lama saya tak tengok cerita yang tak best kat wayang. Ada dulu pernah sekali, cerita apa ntah, saya dan housemate saya sampai tidur, terjaga sebab diorang dah tembak-tembak. Nama cerita pun tak ingat. Lagi satu cerita pelakon dia Michelle Yeoh, tu pun tajuk dah tak ingat. Pun tak best juga. Nasib la kan. Cerita yang tak best memang saya tak leh nak ingat pun.

(google image)


Tetibe je teringat cerita Gone in 60 Seconds - Angelina Jolie & Nicholas Cage. Besstttt!!


Saturday, January 8, 2011

My Saturday Breakfast

Morning all

I'm spending my saturday morning in JB. Balik kampung will be in late afternoon, after my brother finished his work. I had roti telur, dinner leftover-spaghetti and added chilies for extra hot and a must-have coffee.

Klasik aje kan alas atas paper. Maklumlah rumah sewa saya tak ada meja makan. Kalau ada meja makan tak ada tempat nak duduk-duduk pula.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 7, 2011

Terima Kasih !!

Pagi ni dapat parcel, rupa-rupanya prepaid starter pack dari Celcom. Bulan lepas ada dapar sms dari Celcom yang saya dapat starter pack, so saya reply la saya nak. Akhirnya hari ni sampai la simpack ni. Terima kasih Celcom. Boleh bagi kat mak. Saya dah pakai 2 nombor, takleh tamak-tamak.

Awal tahun ni letih sikit, meeting Putrajaya, Pagoh dan satu dua tempat. Nasib baik dah tak berapa busy, kalau tak tertonggeng juga nak siapkan kerja dengan meeting yang melambak ni. Nak update blog pun dah tak ada idea nak merapu. Mana pergi idea-idea ni? Adehhh...




(p/s : saya tunggu parcel dari uncle chin, nape tak sampai-sampai...)


Saturday, January 1, 2011

1-1-11

Selamat Tahun Baru 2011

Saya mengharapkan langit cerah pada tahun ini. Semoga langit mendung yang mendera sepanjang 2010 berlalu pergi.

To all my friends, best of luck in life, love and work.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.