Pages

Tuesday, October 29, 2013

Kopi

Pagi tadi, dalam perjalanan balik ke JB dari kampung, singgah di Drive Thru McD. Padahal baru lepas sarapan kat rumah. Keluar kampung aje, tiba-tiba teringin nak minum kopi McD pula. Terus la belok. Pukul 7.30 tak berapa ramai orang. Buat order lebih kurang. Bayar, ambil kopi terus jalan.

Lepas tu baru teringat, eh brekfasnya tak ambil lagi. Nasib baik masih dalam kawasan McD. Cepat-cepat parking kereta. Lepastu nampak budak yang bagi kopi tadi keluar bawa brekfas saya.

" Sori la dik, dah jalan dulu tadi." sambil senyum-senyum termalu.

Pagi-pagi dah sengal.



Rafeah Sapari

Thursday, October 17, 2013

Kuih Raya

Alhamdulillah, dapat tambah lagi ilmu buat kek. Raya haji lepas, cuti 4 hari yang agak panjang saya manfaatkan untuk buat sejenis kek dan manisan untuk raya. Resepi ini semua saya google.

Cream Cracker Layered Cake With Cream Cheese.

Kisah dia macam ni. Satu petang tu sepupu saya datang ke rumah. Dia memang selalu datang jalan-jalan. Anak-anak dia suka melepak kat rumah mak saya. Jadi petang tu dia datang bawa sepiring biskut yang dah susun-susun dengan cream cheese ni. Rasa dia lemak-lemak manis. Dia pun cerita lah, di sekolah cikgu-cikgu semua tengah kemaruk buat makanan ni. Macam-macam versi ada. Ada yang versi biskut keras, ada yang lembik berair. Sepupu saya buat pakai biskut jagung. Sedap juga. Jadi saya pun cuba-cuba nasib dengan cari di Internet resepinya. Akhirnya jumpa. Dan terbukti menjadi. Saya kongsi link resepi di bawah:

http://khairulabdullah.com/cream-cracker-layered-cake-with-cream-cheese/

Untuk sos karamel, sila baca resepi di bawah. Saya ambil dari buku Sticky and Steamed Pudding (beli masa zaman Matrikulasi USM)

1 cawan gula perang
125g mentega
1/2 cawan krim (saya guna susu cair/krimer yang dalam tin)

Satukan gula, mentega dan krim di dalam periuk dan masak dalam api yang kecil untuk 5 minit atau sehingga gula larut. Mudah sahaja. Saya buat sos ini lebih awal. Jadi tak kelam kabut.


Inilah rupa. Letak atas tutup bekas aje. Tak ada presentation langsung.


Red Velvet Cake/ Kek Merah Baldu

Selama ini asyik membeli aje, teringin pula nak buat sendiri. Walaupun buttermilk buatan sendiri tak berapa menjadi dan frosting pun buat 2 kali sebab mula-mula buat hangit. Saya kongsi link di bawah


Saya tak gunakan cream cheese untuk frosting, saya ikut dalam blog leelabean. Lihat link di bawah. 

Saya punya frosting tidaklah selicin seperti yang miss leelabean buat. Boleh lah untuk puaskan hati. Maklumlah segala-galanya pertama kali. 


Inilah hasil air tangan saya malam raya. Kek merah ni sangat banyak pakai pewarna, dalam anggaran 2 sudu teh pewarna merah. Tengok pun seram. Ini semua gara-gara nak dapatkan warna merah baldu. Saya pakai loyang bentuk empat segi tepat. Jadi saya belah di tengah-tengah dah jadi dua lapisan. Sapuan frosting tak beberapa senonoh tu pun saya yang buat. Memang tangan keras. Tak apa, usaha lagi. 

Kek seterusnya kena tunggu bulan depan. Kena jaga kesihatan.

 



Gincu-Lipstick

Saya nak perkenalkan warna-warna gincu yang saya pakai sekarang untuk ke pejabat atau pun jalan-jalan. Saya memang suka warna gincu yang terang. Tak ada la berjenama mahal pun.Semuanya boleh diperolehi dengan mudah di Watson atau Guardian.

Rasanya ini bukan kali pertama saya buat entri pasal lipstik. Tapi akhir-akhir ni saya sangat berminat dengan warna oren-merah. Ok, tengok gambar.


Dari kiri:
1. Revlon 654 Ravish Me Red
2. Revlon 225 Rosewine
3. Maybelline RP41 Red Porcelain
4. Avon M401 Ultra Moisture Rich in Strawberry.


Lipstick no 1-4 urutan kiri ke kanan.
Ini pula bila tenyeh di tangan. Tapi bila sapu di bibir, warna untuk no. 2 (Rosewine) agak berbeza, sebab kulit bibir saya agak gelap. Jadi bila saya pakai warna-warna ni nampak lagi terang. Mungkin sebab warna bibir menyebabkan saya rasa macam tak berapa best kalau pakai lipstick yang warna tanah/samar.

Untuk mata, pakai eyeliner warna coklat dah memadai, maskara pun wajib (ini kes bulu mata pendek tapi gigih nak bagi nampak lebat). Nanti karang kalau mulut warna terang, mata warna terang, dah macam badut pula. 

Lagi satu, lipstick ni jangka hayat dia tak lama. Jadi kalau agak-agak bau dia tak berapa best, atau rasa macam dah lama beli maka sampai masa untuk buang. Sebabnya kita sapu dia ni dibibir kita, kemungkinan untuk termakan sekali memang tinggi. Untuk keselamatan dan kesihatan diri, gunalah dengan bijak. jangan simpan lama-lama.



Wednesday, October 16, 2013

Aidil Adha 2013

Akhirnya cuti 4 hari Aidiladha berakhir. Hari Sabtu rasa macam boring. Ahad hantar mak beli barang untuk masak raya. Isnin sambung lagi beli barang dan entah buat apa tapi sibuk memanjang. Dan hari raya pula sibuk makan. Dari pagi sampai malam asyik makan.

Tahun ini ramai jiran & saudara yang bagi ketupat daun. Selalunya ketupat segera aje. Lagi bertambah feel makan. Mak pula tahun ni masak rendang daging. Kebiasaannya ayam kari, ayam masak kicap. Kuah lodeh dan kuah kacang wajib ada.

Selalunya waktu raya macam ni la pembaziran makanan berlaku. Sedih tengok makanan tak berusik. Tapi tak boleh buat apa-apa. Tak mampu nak makan semua. Memang tradisi beri-balas ketupat dan lauk-lauk dengan saudara mara dan jiran. Orang beri kita kena lah balas. Selalunya lauk-lauk ayam tu mak goreng dan bungkus dan simpan dalam peti sejuk. Kalau sayur lodeh tu dipanaskan dan simpan untuk esoknya.

Saya juga berjaya buat dessert dan kek yang dah lama peram dalam hati. Cuti lama boleh lah buat. Tambah skill di dapur. Sekarang bila pakai mixer kek dah tak menjerit terperanjat. Gunakan oven pun dah confident. Alhamdulillah.

Tahun ni juga kami terima daging korban agak banyak. Dalam kampung ada 7 ekor lembu tumbang. Jadi dalam anggaran 7-8 kilo juga dapat. Jiran saya pun buat ibadah korban. Dapat la tulang-tulang untuk buat sup. Terbayang-bayang pula kalau buat sate dengan daging baru. Sedapnya.

Oklah sampai jumpa lagi.
Selamat Hari Raya Aidiladha.



Rafeah Sapari

Monday, October 7, 2013

Ruam

Setiap tahun, pasti ruam datang melawat tubuh badan. Kali ni kena di sebahagian muka dan tangan.

Mula-mula perasan ada rasa gatal di bahagian dagu dan pipi. Mungkin sebab cuaca tak menentu jadi saya tepek la dengan cooling mask. Tapi lepas tu tak rasa cooling pun. Malam nak tidur saya tepek dengan bedak sejuk pula. Walaupun tak minat dengan bedak sejuk, saya tepek la juga sebagai usaha nak bagi hilang gatal.

Esok paginya (Jumaat), masih gatal lagi dan nampak merah-merah. Dalam hati dah 50/50 nak masuk ofis ke tak. Ok, masuk lah kerja. Lagipun dah hari Jumaat. Sabtu bukannya kerja pun. Masuk ofis, sain kedatangan lepas tu keluar semula, pergi klinik. Doktor tanya makan apa semalam, ada allergy bulu binatang ke, ada asma ke. Jadi daripada banyak-banyak soalan tu, saya simpulkan mungkin dari makanan yang saya makan hari sebelumnya (Khamis). Asma tak ada, alahan bulu binatang pun tak ada.

Paling teruk masa hari Sabtu. Muka, telinga merah, tangan pun dah naik biji-biji. Terus la berkurung dalam rumah. Konon-konon plan nak tengok Pesta Konvo UTHM, tapi terpaksa la tunggu tahun depan punya. Hari Ahad dah nampak kurang. Tapi tangan masih ada lagi biji-biji. Yang di muka bila ruam dah susut, kulit mengelupas pula. Rasa kasar, kasap. Tak selesa betul. Ikut hati macam nak scrub aje.

Hari ni (Isnin), rasanya dah ok. Tapi sehari duduk ofis. Takut kena panas dan berpeluh. Harapnya esok lusa lenyap la kegatalan ni. Tak selesa!!



Rafeah Sapari

Thursday, October 3, 2013

Support

"Eh, you nak letak semua atas meja ni? Ok ke meja ni?"
" Ok la. You tengok support dia. Besi kaki meja ni besar. Kuat punya."

That's the conversation between me and my colleague. He was moving stack of plans and papers from the other table to the other table. New plotter will be coming in so need to make some space for it.

Yeah, we did practice engineering everywhere. Even for a table. The strength becomes an issue.

Sigh....


Rafeah Sapari

Peng'google'

Saya seorang peng'google'.

Hampir semua perkara. Semua benda yang lalu dalam akal fikiran. Dari hal-hal bercuti (survey hotel, cari review), cari resepi masakan, buku-buku, artis sehingga hal yang keluar dalam tv atau majalah.

Terkini saya google 'ubat kutu kucing'. Berjaya. Dan buat belian atas talian. Tadi petang mak telefon, barang dah sampai. Alhamdulillah.

Paling mengarut saya google 'rumah kentang'. Adik saya pun tak sangka saya boleh google pasal tu. Sebabnya masa tu saya tengah tengok filem tajuk Rumah Kentang. Filem dari Indonesia. Sebab tak faham kenapa la cerita rumah kentang tajuk dia. Apasal la kentang berlambak kat dapur. Bila google haa dapat la jawapan.

Kandang kambing pun saya pernah google. Lagi apa. Haa review pasal keberkesanan krim urutan payudara. Sebab masa tu tengah baca iklan pasal krim tu. Semua pakat jual produk ala-ala. Testimoni pula macam ditaruh silikon aje, membulat semacam. Jadi saya pun buat la kaji selidik saya sendiri.

Apa-apa pun saya memang suka buat kaji selidik dengan enjin google ni. Baik dalam bahasa atau english. Dua-dua saya pakai.

Kalau nama dia bukan google entah apa la nak sebut.

Imej ni pun ambil dari google juga.


Rafeah Sapari

Wednesday, October 2, 2013

Everbest Yang Best

Nak mula menaip pun payah. Mula-mula saya taip dalam bahasa Inggeris, lepas tu delete, taip semula, delete lagi. Akhirnya merapu dulu. Buat intro yang tak ada kena mengena.

Orang kata ke laut.

Saya nak perkenalkan jenama kasut yang saya gemari. Setakat ini sudah 3 pasang kasut saya beli di situ. Tadi baru tambah yang ke-4. Nampak macam eleh cuma 4 pasang aje. Tapi 3 pasang yang terdahulu sangat berbakti kepada saya. Tahan lasak. Dan menyenangkan saya. Sebab saya memang banyak bergerak, pergi site, mesyuarat, tu belum lagi hantar dokumen/drawing. Jadi saya perlukan kasut yang nampak feminin, tak nampak macam orang tua (perasan muda. Always..) dan ada tumit.

Sehingga hari ni kasut cap Everbest ni berjaya pikat kaki saya. Masa mula-mula nak beli memang fikir 3 4 kali. Sebab lepas diskaun 50% harga masih 100++. Pejam mata aje la. Beli dengan harapan boleh tahan lama. Dan saya tak kecewa. Kasut pertama saya pakai sampai setahun lebih. Dia jadi 'steady shoe' saya. Maksudnya saya pakai sepanjang masa, melainkan saya ke tempat-tempat yang tak memerlukan saya pakai kasut tinggi. Kasut alternatif pun ada juga tapi untuk kebanyakan masa saya akan pakai kasut yang sama.

Bila dah rasa best. Terus la beli lagi sepasang. Lama lepas tu beli lagi. Tadi beli lagi.

Sebenarnya dah lama pandang-pandang jeling-jeling kasut baru ni. Masa tu dia 'new arrival' jadi memang tak ada harapan la untuk diskaun. Tapi petang tadi dengan hati yang bulat dan jitu, tengok pula dah diberikan diskaun 30%, dalam masa kurang 10 minit saya sudah buat transaksi. Harapnya sang merah ni dapat berikan bakti yang baik untuk kaki saya.

Kasut merah ke-3.



Rafeah Sapari