Pages

Friday, July 23, 2010

Info Hari Ini..Huahua..Baca Tau..

Hari ni 1st day period, fuhh sebab pe-ot aku datang lambat, maka sakitlah jadinya. Tak pasal-pasal kul 6.30 aku dah balik keje. Balik rumah tengok semua bantal apa segala kat atas karpet lagi la menambah tensen. Ehh..aku tak kena mood swing pulak ehh? Haha..bagus-bagus.. Ehh ada kot, tapi aku da khusyuk dengan kerja aku, sampai tak perasan.

Tangan aku gatal nak cari info pasal evening primerose oil aka EPO.

Ni dia yang aku dapat...

(google image courtesy)
ni la bunga evening prime rose. lawa ehh..
korang perasan tak, ada satu jenis pokok kat tepi jalan yang kalau pagi-pagi dia kembang kaler kuning, penuh sepokok.

(google image courtesy)

aku ada sebotol lagi, dah lama tak makan


Punyalah lama aku nak meng'upload' gambar 2 biji nih. Ok, EPO ini memang bagus untuk kaum perempuan. Jadi amalkan lah sebagai supplement harian.Tapi aku ni kurang disiplin, botol  pertama rajin aje makan, botol kedua, dah buat-buat lupa makan. Hehehhh...Nak lagi info, korang cari sendiri lahh..

Merapu aje ehh..



Tuesday, July 20, 2010

Iklan Jap...

Baru dengar kat radio HotFM ada orang bagi quote:

" The secret of success is to like what you do, not do what you like"

Betol x? sememangnya benar..
Disebabkan ini lah aku masih stuck kat ofis, kerja tak setel lagi..huwaaa !!!!
*
*
*
*
*
Housemate pulak bagitau bilik kitorang dah banjir sebab hujan lebat tadi, tilam dah basah, malam ni terpaksa tidur alas comforter aje. Balik rumah nanti nak kena kemas rumah pulak.

Ada sape-sape yang nak sponsor aku tidur hotel?



Monday, July 19, 2010

Gotong Royong Perdana Keluarga Kemin

Kenapa aku bagi nama ni? Sebab ni semua keluarga belah mak aku. Nama tok aku Kemin.

Tujuan utama ialah membersihkan kawasan rumah pak cik aku. Lagi 2 minggu dia nak bernikah. Jadinye kenalah kemas-kemas sikit. Kemas baanyaaakkkk. Luar dan dalam. Semua sepupu, mak sedara, pak sedara join sekali. Yang mak sedara datang bawa sarapan. Termasuk la mak, dia bawa keledek goreng dengan sambal kicap. Aku bangun tidur pukul 8, dah siap dah keledek goreng satu dulang kecik. Magik tak? hehehhh..

Kat luar rumah, bersihkan kawasan keliling, tebas rumput, susun balik pasu. Buang yang tak berkenaan. Aku rasa pasu bunga arwah Mak Yan tu tiga lori ada agaknye. Banyak betul.

Yang kat dalam rumah,extreme makeover. Kalau tak salah ada 5-6 kabinet dapur,semua penuh dengan barang-barang. Apa yang kitaorang buat- susun semula barang-barang, yang rasa-rasa tak pakai, buang. Lepas tu susunatur balik kedudukan kabinet tu semua. Fuhh...penat woo..Finally nampak luas sesangat la dapur rumah pak cik aku ni.

Abah yang pakai baju biru, Apit yang pakai baju coklat tuh.

Nampak motor-motor tu semua, macam sekampung je, padahal semua tu famili sendiri.

Setong air sirap ais, kuih dan makanan lain kt bawah, dan rokok yang berkotak-kotak.

Wak Chem

Selepas gotong royong...

Apit yang kurus sekilo lepas angkat pasu. Tapi muncung tetap maintain. hehhee

Aku yang kepenatan dan gatal-gatal badan, baring sebelah mak kucing. Kentut dia busuk seyhhh..

Gaya menetek-melintang patah, membujur lalu. Mak dia tak amik pot pun.
Diorang ni tak ada kena mengena pun dengan gotong royong tu. Saje-saje enterframe. Boleh ehh?



Saturday Breakfast

Ini cerita Sabtu lepas, sebab tu tajuk dia Saturday breakfast.

Hujan lebat betul pagi tadi. Aku yang selalu tidur tak sedar diri pun boleh terjaga. Rasa macam bumbung rumah nak terbang aje. Pas tu boleh pulak bangun, matikan kipas, sambung tidur balik. Siap boleh mimpi rumah kena sambar petir, roti hi-5 aku berlobang sebab kena petir. Siap baleh cium bau hangit dia. Hehh..logik x?

Aku memang suka buat breakfast hari Sabtu pagi. So hari ni aku buat sandwich dengan daging burger. sekeping daging, belah 2, tomato dan roti. Telur haruslah ada juga. Senang dan sedap. Dijamin kenyang sampai tengahari.

Mesti dimakan bersama kopi 3 dalam 1.

Zoom beso sikit..

Nak bagitau korang hari ni naik teksi yang driver dia amatlah comel dan kiut. Ikut hati gatal, nak aje aku snap pic dia, mms kat kengkawan aku. Hahahahhh..

Saturday, July 17, 2010

Bubur Ayam Saya Masak

Dah lama tak meng'update' blog. Sibuk yang teramat-amatlah. Sampai rasa nak muntah pun ada juga. Kepala pun jadi buntu nak buat entri baru. Aku rasa sekejap je seminggu dah berlalu. Punyalah khusyuk buat kerja. Ehh..yeke.. hehehh..Minggu ni juga aku dah puasa ganti 2 hari, so total 5 hari. Aku bukan catat pun berapa hari aku tak puasa tahun lepas. Main agak-agak aje.

 
Tengah syok-syok layan sms besfren aku & sms adik aku, timbul pulak keinginan untuk memasak bubur ayam. Keinginan yang menggedik-gedik dalam hati, memang wajar lah dilaksanakan. Meh, nak kongsi resepi dengan korang semua. Senang aje, tapi kena banyak sabar. Nak lagi banyak resepi bubur ayam, godeh aje kat mesra.net. Dulu pun aku cari resepi kat situ juga.

Tengok cerita bergambar kat bawah ni:
  1. Bahan-bahan : ayam, carrot, bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis.
  2. Kuantiti : kena pandai agak-agak. Nak tambah vege lain pun lagi bagus, tukar ayam dengan daging pun ok..

Beras : haruslah ada. Kan namanya bubur nasi. Nampak macam sikit kan? Tapi hasilnya boleh tahan banyak.



  1. Tumis bawang merah, halia,bawang putih dan rempah tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan beras, lepas tu masukkan air. Kuantiti air mestilah banyak.
  3. Masukkan ayam dan carrot.
  4. Garam pun masuk sekali. Kalau nak letak kiub ayam pun boleh juga.
  5. Api kecik aje.Tunggu dengan sabar. Kene kacau, kalau tak berkerak. Tunggu lagi, sambil-sambil tu kena tambah air juga.
Tada !! Inilah hasilnya. Kenapa kaler dia coklat sikit? Sebab aku buat bawang goreng ada hangus sikit. Lagi best kalau tabur dengan daun bawang & daun sup.

Kalau tahap kebuluran tu tinggi sangat, tak usah la membebankan perut dengan memasak bubur ni.
Sambil-sambil tunggu nasi menjadi bubur, aku belek-belek Women's Weekly yang baru beli semalam. Tengok koleksi kasut Christina Aguilera.


Korang tengok kasut ke, tengok dia yang tonggek. Ke tengok anak dia.
 

 

 

 

Friday, July 9, 2010

Tengok Wayang - Cerita Twilight Eclipse


(Google Image)
Serigala jadian dan pontianak - Ehehh..logik tak?


(Google Image)
Edward, Bella n Jacob.


Malam tadi tengok Twilight-Eclipse. This is their 3rd sequel. Last 2 movies aku tengok kat dvd aje. Tu pun lepas baca buku cerita. Baru naik mood nak tengok movie dia. Eclipse is a lot better than the last 2 movies. Waayyy better. More action, more fights. More vampires.

Hmm, suka Jacob ke suka kat Edward, aku suka Jacob. Tapi Bella sapu 2-2. "I love him(Jacob) but I love you(Edward) more". Tu lah kuasa cinta. Ekeke..tapi kan, body Jacob itu amatlah sedap dipandang dan ingin dipegang. The warewolf, even it's super huge, but really lovely, and the fur is so real, thanks to good cgi works. Ooh, aku tengok movie ni dengan ofismate, Ard n Cikyang. Dah lama tak tengok movie sesama. Last movie pun dah tak ingat cerita apa.

Balik rumah dalam pukul 12 lebih. Masuk rumah aje rasa macam pelik, apasal ada basah-basah ni. Mula-mula ingat sebab hujan lebat petang tadi. Tapi bila pijak karpet, basah. Oo great. Salur mesin basuh tu rupanya tak kat tempat yang betul. Tak pasal kena lap satu rumah. Tengah-tengah malam. Hangin tak? Nasib baik tak ternangis.

Thursday, July 8, 2010

Hari Rabu- 7 Julai 2010

Hari ini hari ke-2 aku puasa ganti. Dah tinggal sebulan nak puasa baru terhegeh-hegeh nak ganti. Pejam celik rupanya tinggal sebulan aje nak puasa, lepas tu raya. Aku rasa baju raya aku masih lawa lagi. Hee lepas ni misi mencari baju raya pulak. Yey!!.

Memandangkan hari ni aku puasa dan member se-ofis pun puasa juga, so kitorang decide untuk buka puasa sama-sama. Lokasi makan, kedai kecil kat area bandar JB. Toleh kiri kanan, rupanya dekat dengan Kotaraya. Apasal la aku selama ini tak perasan. Sememangnya aku begitu.

Tomyam-ok, telur bungkus-ok, kailan goreng-ok, ayam sambal-not so.

Ignore the hungry faces, korang tengok kelapa tu besar macam periok nasi.

Hoo..nak update pasal kes besfren ku yang kena hentam sebab dah lupakan kitorang. Rasanya isu tu dah setel setelah aku meng'sms' dengan agak direct juga. Hehh...sorilah kawan-kawan, kalau dah ayat-ayat lembut tak berapa meresap dalam otak, kekejaman jua lah yang berkesan.

Hari ini mengadap bos aku, memang tak sah kalau tak mengadap dia. Kenapa ehh? aku pun tak tau lah. Ada je benda yang nak ditanya. Lepas tu dengarlah luahan hati kesedihan dia dengan dia punya superior. Masalah duit lah, masalah apa lagi. So adakah aku kesian dengan dia? Jawapannya-tidak. Sebab? sebab aku lagi kesian dengan diri aku sendiri. Huahua. Eeii..

Malam ni aku berjaya juga buat gula durian. Buat sendiri tau. Tapi mintak resepi dari member aku. Ini gara-gara semalam bukan main tamak lagi bawa balik durian 2 biji. Tapi berjaya makan beberapa ulas aje. Ini adalah angkara nafsu lapar yang tidak dapat dikawal. hehhh..Lepas  ni boleh makan biskut/roti sapu gula durian.
Inilah dia gula durian.


Tuesday, July 6, 2010

Besfren's Rule

Sms yani - I just broke up my bf, let's have a vacation. Serves me right

Me- whatt?? Hahaha..

Kat tengah jalan tu juga aku tergelak. Aku pun tak tau nak buat reaksi apa masa tu. Respon pertama, sms my other friend. And our reply were same! We both laughed!! Sorry gal. No offend ok!

Malam tu pula, dapat lagi sms merajuk sebab aku tak reply. Then another sms saying sorry for ignoring us. Lagilah aku rasa nak ketawa. Tapi perut lapar punya pasal, jadi aku memikirkan hal perut aku lagi penting. Makan nasi goreng tomyam+kerang bakar+nes o. Baru akal aku boleh fikir. Tadi lepas meeting pergi lunch juga. Lunch fish n chips yang macam hampeh.

So apa motif aku menceritakan hal ni semua. Kesimpulannya, bestfrens are for best and worst times. Kalau besfrens waktu happy lain, waktu sedih lain, besfren kah namanya itu? Well at least keep in touch. We have ups n downs in life. Sharing it will helps you a lot.

My advice is that yani, you're with the wrong man again. Again. This is not your 1st time, the right one will come to you later. Pada aku, nak minta maaf tu tak perlu. It's just that you to get back on your feet again. Wonderland is over.


(by google image)
Ehh ada kene mengena tak?

(by google image)
This is what I mean


Majlis Tunang Wak Chem

Ini cerita hari Ahad lepas.
Sekarang ada kat dalam bas. Nak balik ke JB. Kereta aku tak siap lagi maka terpaksalah naik bas.

Malam tadi ada majlis tunang pakcik aku. Pakcik aku yang kehilangan isteri dah dapat pengganti. Bakal makcik aku ni pun saudara aku juga. Sebenarnya ni pertama kali aku tengok pak sedara aku tunang. Hehe, geli hati pun ada juga. Yelah siap balas-balas hantaran segala. Set mekap pun ada juga. Simplysiti lagi. Paling best hantaran dari belah lelaki lagi banyak daripada belah perempuan. Camne tuh?

Bakal makcik, anak tok sedara aku sendiri. Dia janda kematian suami, pakcik aku kematian isteri. Hmm dah memang ditulis jodoh pakcik aku ni lebih dari satu kot. Majlis simple sahaja. Cakap-cakap lebih kurang, lepas tu terus sarung cincin. Tukang sarung cincin-kakak arwah makcik aku. Majlis nikah pula bulan depan.

Nampak gaya raya nanti pakcik aku beraya dengan family baru. Dah lepas sarung cincin, jamuan makan nasi ayam. Sedap. Pukul 10 majlis bersurai, semua kelam kabut nak balik rumah, tengok Argentina vs German. German menang 4-0. Aku rasa Argentina main tak berapa best malam tadi.

Balasan dari pihak makcik

Semua dok khusyuk dengar. Aku sibuk melilau

Baju biru ni bakal mak sedara baru aku.
Yang baju hijau tu cousin aku, kira tengah ambil blessing dari bakal anak tiri.

Dapat bunga rampai sejemput. Apa motif? tah?

A Night Out

Dah lama dah aku draf. Makan malam kat Vivo. Dah lama tak keluar malam. Tujuan utama ialah nak beli beras sebab beras rumah dah habis. Lepas tu nak beli barang-barang lain. Tapi yang penting makan dulu sebab perut aku lapar. Masuk Vivo je terus jakun, memang cantik interior dia. Sebelum makanan sampai, aku dengan Ili sempat la posing-posing. Siap makan dah pukul 10, kelam kabut masuk Jusco beli barang dalam masa 20minit. Hee cepat tak kitaorang beli barang-barang.


Pose sorang-sorang

Ni turn aku pulak

Aku dan Ili

Sedap tau air ni

Pizza tu aku punye. Yey!!


Korang perasan tak, kaler pink. Tu sebab lampu dia warna pink. Sooo girlish..