Pages

Monday, February 22, 2010

Kerja Keras!! -Siri 2

Isnin menjelma lagi. Hari ini dengan selambanya aku tak datang Site Meeting. Bukan aku tak nak datang, tapi tiada memo untuk meeting hari ini. Aku telefon pejabat klien pun dia orang kata tak pasti. Jadi aku pun buatlah kesimpulan, tak ada meeting. Dalam pukul 11.00 dapat panggilan telefon, ada meeting rupanya! Emm, tak pe lahh..dah sememangnya aku terlalu banyak benda yang harus disiapkan hari ini. Jadinya burn lah meeting. Tak pe, kali ini sahaja. hehe..

Entri ini adalah sambungan daripada entri yang terdahulu. Aku nak cerita yang hari Sabtu lepas terpaksa menghabiskan masa sehari di ofis. Walaupun aku ni spesis yang rajin bekerja, tapi kali ini aku memang tak ada mood untuk bekerja hari Sabtu. Rasanya aku dah terlalu banyak korbankan Sabtu dan Ahad aku  bekerja kat kompeni yang dulu-dulu. I wonder why..I'm being so lazy now. Tapi kerja part time rajin la pulak..huhu..Nak tau sebab apa? Sebab duit lahh..Kerja part time ada income, kerja sekarang, mana ada overtime untuk engineer..Ooo..aku ni semakin materialistik.

Setelah kerja keras hari Sabtu dan disambung dengan hari ini, akhirnya siaplah drawing-drawing. Dan boleh hantar kepada QS esok seperti dalam schedule. On time la kiranya ni. Dan akhirnya juga, aku dapat demam, badan pun sakit-sakit.



My super chaotic working area
(p/s: bukan meja aku pun, meja member aku, tapi selamba je la..)

Pasrah je muka, kena masuk kerja hari minggu
(p/s: meja yang kat belakang ni pun aku dah kebas semua..hehe)

Thursday, February 18, 2010

Kerja Keras!!

Dua hari pertama yang hectic. Fuhh.. memang meletihkan. Ape tak nye, tempoh untuk buat design 10 hari (+ weekend + CNY break). Deadline Selasa minggu depan. Hari ini baru jer siap finalise semua design. Baru je tadi pass kat draughtman untuk dilukis semula. Lepas siap drawing, aku kene check semula, ok ke tidak. Esok dah Jumaat.  Macam dah tak ada masa aje. Masa-masa ni lah, kalau telefon bunyi kat sebelah pun tak sudi nak angkat. Makan pun kalau boleh postponed, tapi tak kurus-kurus juga aku ni. Bawa balik kerja ke rumah dah jadi perkara biasa. Kadang-kadang bila datang angin malas, aku tak buat pun. huhu..layan TV lagi best. Hari ni pun ada bawa balik sikit. Tapi sebab aku dah terbiasa bawa balik kerja, kalau balik rumah tak bawa apa-apa macam janggal rasanya.

Ok lah, dah penat, nak balik rumah..



Tuesday, February 16, 2010

Chinese New Year 2010

Hello Friends,

Ada dua perkara berlaku sepanjang cuti raya cina baru-baru ni. Pertama, kenduri kahwin anak Pak Ngah aku. Kedua, kucing aku mati.

Pertama
Aku rasa tahun ni paling tak dapat dilupakan, sebab selalunya cuti raya cina akan aku habiskan melepak di rumah aje. Maklumlah time cuti ni ramai orang ambil kesempatan buat kenduri kahwin. Tahun ni Pak Ngah aku punya giliran pulak buat kenduri untuk anak lelakinya, cousin aku lah tuu.. 

Walaupun kenduri 14hb, tapi kami semua dah sibuk rewang sejak seminggu yang lalu. Memandangkan aku keje di JB, jadi aku rewang malam kenduri je. Jadilah, buat tunjuk muka, hehe..

13hb aku ikut rombongan nikah kat rumah pengantin perempuan di Labis, Segamat. Fuhh..memang jauh. Kalau aku drive malam-malam memang tak berani punyalah.

Ok lah..tak nak cerita panjang-panjang, let the picture tells the story.

Hantaran dari kedua-dua pihak

Sireh junjung tiga tingkat ciptaan mak aku.

Nikah

Majlis sanding di rumah pengantin perempuan

Majlis sanding di rumah pengantin lelaki

Mak (tudung biru) tengah tengok ape ntah
Kedua

Kucing aku mati. Selalu orang jadikan kucing nak beranak tu lame excuses, tapi kali ni memang kucing aku nak beranak. Sepanjang hayat aku membela kucing, tak pernah sekali pun terjadi kepada aku ang kucing tak boleh beranak.

Little that I know that persian cats have difficulties deliver her babies. Yang terlintas dalam kepala aku, lepas Tina (nama kucing kitaorg) beranak, nak bawak pegi jumpa vet untuk bagi dia tak beranak lagi. Mak aku yang perasan Tina nak beranak lepas kami semua balik rewang rumah Pak Ngah. Tina pulak memang spesis pemalu, jadi ktorang memang takleh kacau dia langsung. Dia menyorok sampai ktorang nak cari pun susah.

Until the next morning 14. feb 2010, on sunday chinese new year, Mak bagitau yang Tina belum lagi beranak. Oh no..this is bad, aku kejut adik aku yang laki2, nekad nak bawa Tina jumpa vet. Pagi tu, aku dengan adik aku, pakai baju tido drive ke Batu Pahat, cari klinik. Unfortunately, it was Sunday and the worse was it's Chinese New Year, so not a single clinic open!!

Hopelessly, terpaksa lah bawa Tina balik rumah, tawakal supaya her babies boleh keluar naturally. Aku nak tolong pun tak tau macam mana, tolong menangis aje. Akhirnya on morning 15 feb, Tina's getting worse, and I can't stop crying. About 11am, she finally rest in peace. Masa dia mati aku dah tak menangis lagi. Abah tanam dia kat tepi rumah, aku tak sampai hati nak tengok. Mak pun rindukan dia, asyik terbayang dia lari-lari tangkap nyamuk.

Sorry, takde gambar Tina. My plan is to put her pics with her babies. Sekarang tinggal Tono seekor aje buah hati kami sekeluarga.

Note: We have two cats in our family, Tina (persian female) and Tono (local male)

I miss you!!

New Identity

Salam kawan-kawan

Aku masih mencari-cari lagi identiti blog aku yang sebenarnya. Walaubagaimana pun, aku rasa background ni yang paling masuk dengan jiwa aku, romantik sket (romantik la sgt aku nih..hehh), ada nmpak klasik sket, yang penting nampak wanita lahh. Terima kasih juga kat member aku yang perah kepala godeh2 nk bagi cantik blog aku ni.

With pink + brown (mostly brown actually) and yellow a little bit here and there make it looks perfect. Although I'm not a pink lover, but this is the in colour now, even guys are wearing pink. So I guess it'll be good. So kawan-kawan yang singgah di blog aku ni sudilah bagi komen.

Wednesday, February 10, 2010

No Title

aku bosan ahh hari ni..
nak buat keje pun x de mood..
tapi tangan aku gatal je nk menaip..
aku singgah jap kt blog aku ni..
hehe..


Tuesday, February 9, 2010

Limau Mandarin dan Kad Merah

Happy Chinese New Year!!

Musim raya tahun baru cina menjelma lagi. Macam biasalah ofis aku akan dilambakkan dengan kad-kad raya dan limau. Mula-mula dapat limau sekotak memang kami semua seronok. Dapat kad raya kaler merah pun seronok, walaupun tak tau ape yang ditulis, cuma baca kompeni mana yang hantar. Rasanya setiap hari posmen hantar kad. Apa ktorg buat dengan kad-kad tu? Ahh..ktorg tepek jer kt partition.

Kotak limau pertama yang ofis ktorg dapat cepat jer habis, asyik nak makan limau jer. Lama-lama dah rasa macam tak heran. Apa tak nye, kat peti sejok kt rumah pun ada beberapa bijik limau. Housemate aku bawak balik, tapi tak makan. I wonder, limau mandarin ni keluar time raya je ke?

Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada kompeni yang menghantar limau dan kad. Tahun depan hantarlah lagi. Terima kasih juga kepada tukang hantar (posmen & despatch) kerana sudi hantarkan ke ofis kami yang tak seberapa ni.

Happy Chinese New Year to all my friends and colleagues!!


Saturday, February 6, 2010

Aktiviti Hari Ini

Hari ni ada 'spring cleaning' di ofis. Fuhh..memang penat, main badminton pun tak penat macam ni. Tak sangka pulak banyak betul barang2 yang tidak diperlukan. Hampir kesemuanya lukisan2 dan dokumen2 lama. Sakit pinggang jugalah. Dahla semua girls, sorang je hero, jadi kene lah kerja lebih sikit..hehe...

Aku pun ambik kesempatan ni untuk kemas tempat duduk aku. Walaupun rasminya ia adalah working table aku, tapi tak rasminya dah jadi tempat longgokan fail2 pengiraan, drawing dan segala mala kertas yang selayaknya berkaitan dengan bidang kerja aku. Kenapa aku tak duduk kat meja tu? sebab aku banyak buat kerja di meja yang ada software..Meja tu kalau jadi pot tdo pun best jugak, sebab dia tersorok kt belakang.

Tak sempat nak ambik gambar, bole juga buat perbandingan sebelum dan selepas. Cantiklah jugak jadinya. Nampak la tersusun, teratur dan bersih. Tapi takde la grand macam ofis2 yang korang selalu tengok dalam drama tuh..haha..Setakat ni aku belum lagi berpeluang kerja di ofis2 yang cantik macam dalam drama.

Memang banyak kertas2 yang aku dan ofismate aku rasa tak diperlukan lagi yang dibuang. Kalau angkut pakai lori, memang penuh. Kalau jual dengan org recycle pun lumayan jugak..heh..Fail2 yang bersepah pun dah disusun. Yang tak perlu, masuk dalam kotak, label dan sumbat dalam store. Mana yang masih diperlukan lagi susun cantik2.

Yang tinggal sekarang cuma beg sampah yang sarat padat dan berat. Lantai pun jadi berdebu, haa..tu jadi cabaran pak cik cleaner nanti nak vakum lantai.

Semoga hari Isnin nanti kami semua bekerja dengan mood baru..



Friday, February 5, 2010

Farewell to Mak Yan..

It took me a long pause to start typing. Where should I start.

It was Monday afternoon, I receive missed-call from home. Returning the call, it's Abah on the line
"Mak xde, pegi rumah Cik Yom, nak baca Yaasin. Mak Yan masuk ICU katanya, Abah pun nak pegi sana lepas Asar nih"
" Ohh yeke, x pelah Bah, nanti tepon rumah Cik Yom"

I continue my super loaded works without thinking that something bad would happen.
The next afternoon a sms from my uncle came "Mak Yan da pakai alat bantuan pernafasan, kaki yang bengkak dah pecah"

Oh no..this is no good. I have to let Mak know about this. I called home twice but no answers, figuring out that Mak already gone to Muar Hospital to visit Mak Yan. My heart felt uneasy, I'm going to Putrajaya tomorrow morning, what if something happen?

Finally after maghrib, I was able to reach Mak, letting her know about Mak Yan's condition. Then I told her, this weekend we should visit her again.

12.30a.m mid night, Ayien-cousin called.
" Hello, ko tdo ke wehh.. aku sms ko x balas pun"
" Aku tertdo ahh, x perasan  sms ko, ehh ada miskol jugak"
" Ko dah tau lom, Mak Yan da meninggal"
" Aaa? ye ke? bila?"
" Baru jer, dalam kul 12.00 td, ko nak balik malam ni ke?"
" Aa.. aku x sure lahh.. aku ada meeting kt Putrajaya sok pulak..ehh dah malam lah wehh..ko balik dgn Kak Ella ke?"
" Yer ahh.. abes balik sok pagi2?"
" Ermm, yer ahh..aku balik sok pagi2, nak amik Siti lagi"
" Ok lah..bye"

Mak on the line:
" Hello..ko ni mak kol sampai 4 kali x dengar ke?"
" Tertido lahh.. x dengar pun"
" Haa..ko dah tau lom?"
" Dah. baru tadi Ayien tepon, dia tanya nk balik malam ni ke"
" Balik besok pagi jer, bawak Siti sekali, Umar pun balik sok jugak, dia nk carik tiket bas pagi, dia ingat nk tumpang Boboy, tp Boboy dah gerak pegi Muar. Mak pun tunggu Pak Long ni, nak kemas-kemas rumah Wak Cem"
" Ermm, ok ahh, nanti aku kol Siti, tanya nk balik kol baper, bye"
" Bye"

That was a chaotic night. After making a few phone calls, after solat Isya' I recite Yaasin for Mak Yan's soul.
And the rest is history...

Condolences to my uncle Wak Cem and his children
Al-Fatihah to Mak Yan's soul.

Tuesday, February 2, 2010

Good Morning!!

Pagi yang membahagiakan...


Pagi yang membahagiakan aku adalah suasana senyap sunyi bila aku buka mata.
Pagi yang membahagiakan aku adalah suasana dingin yang menyelubungi pagi

But the most important is..when I have a good night sleep..that's make me feel good next morning.

Monday, February 1, 2010

La La La Kerja La...

La la la...la..hari-hari kerja..
..kerja..kerja..

Korang semua mesti ingat lagi lagu ni. Masa mula-mula dengar memang sakit telinga sikit. Suara tinggi tahap gaban punyalahh..sorry MUH!! hehe.. Lama-lama aku rasa lagu ni dah macam lagu tema hidup aku pulak.

Ye, aku lah yang tergolong dalam kaum workaholic di dunia yang fana ni. Untuk sampai ke tahap ini, aku dah melalui beberapa fasa-fasa pekerjaaan. Bermula dari hari aku melangkah keluar dari universiti dengan penuh bangga. Masa tu sijil belom dapat lagi, kene tunggu konvo beb!!

Pertama: Pengangguran
Macam tak percaya. Rupa-rupanya aku adalah salah seorang manusia yang terpilih untuk menikmati alam pengangguran. Lama la jugak. Kira-kira sempat la menggemukkan badan. Aku ingat lagi, aktiviti aku setiap hari, bangun tido, sarapan sambil menggosip dengan mak aku, kemas-kemas rumah ala kadar. Lepas tu tengok TV citer kartun (masa tu adik aku yang kecik belom sekolah lagi) sampai adik-adik aku yang lain balik sekolah. Makan tengahari. Petang sambung tengok TV lagi. Cerita kartun, sampai aku hafal segala dialog. Malam sambung lagi tengok TV. Tapi bukan aku seorang yg penanam anggur, sepupu aku pun sama tahap jugak. Nasib baik ada geng. Boleh jalan-jalan sesama.

Waktu tu, macam-macam tempat resume aku dah tabur, cumanya memang belum ada rezeki lagi. Kerja kilang pun aku penah mintak. KPLI jugak, walaupun aku tak ada cita-cita untuk jadi pendidik. Masa tu, waktu untuk bersosial memang terhad. Maklumlah aku mana ada pendapatan.

Kedua : Kerani Kontraktor
Macam tak percaya. Aku yang pemegang ijazah ini, pernah ada kerjaya sebagai kerani di sebuah syarikat kontraktor. Masa tu gaji RM600.00. Syukur. Sekurang-kurangnya ada jugak sumber kewangan aku. Boleh menyara diri sendiri dan bayar separuh daripada loan kete  kancil aku. Yang lagi separuh ditaja oleh ayahanda tercinta. Thanks abah!!.

Kerjaya kerani aku merangkumi setiausaha, banker, tukang bagi gaji kt driver-driver lori dan paling banyak sekali buat paperwork. Biasalah kontraktor kecil. Tapi syukur, majikan aku sangat baik dan sporting. Banyak pengalaman dan tak lokek ilmu. Masa tu hidup aku sangat sempoi. Pergi-balik kerja naik bas. Walaupun ada kereta sendiri, tapi aku tak dapat lampu hijau nak drive.huhu..ok jugak, jimat duit. Alat-alat mekap pun minimal. Tapi, aku tetap juga hantar resume ke kompeni-kompeni yang berkenaan dengan kalayakan aku.

Ketiga : Design Engineer
Akhirnya, setelah 8 bulan bekerja sebagai kerani dan melalui beberapa siri interview. Aku dapat kerja sebagai design engineer. 01 Ogos 2005, hari pertama aku bekerja. Oh ya! aku warga kota Johor Bahru sekarang. Pergi-balik kerja bawak kereta sendiri. Sebenarnya masa tu memang belom handal lagi bawak memandu, tapi ahh..belasahh aje lahh...

Memandangkan ini adalah pekerjaan professional pertama aku, maka aku memang betul-betul komited. This is where I develop my engineering skills. I'm so fortunate to have a patient and inspiring employer. Thanks !!. Tanpa disedari, aku semakin lama semakin masuk ke dalam alam pekerjaan, menghabiskan sebahagian daripada hari2 dengan bekerja. Datang pagi, balik malam, sabtu dan ahad pun aku bantai kerja. I even work 7 days a week straight for a month!! Just can't believe it. Without realizing that I haven't go to cinema for quite some time. Tanpa disedari juga, aku hampir 3 tahun bekerja dengan keadaan begitu. I still got my passion, but my mind wanted more. I want more than this!!

My trip to Langkawi, Desaru and Cameron Highland were the times that I spend the whole day for myself, without thinking of my super havoc works. Thank to my friends, always there for me. Then, after almost 3 years, it was time to move on. I wanted to do something else, and expanding my horizon. Setelah sekian lama, aku menggagahkan diri menghadiri temuduga. dan akhirnya melangkahkan kaki keluar dari kompeni ini dengan berat hati.

Keempat : Kompeni Ke-2
Kompeni ni letak duduknya di Bangsar. Mula-mula cuak habis beb!! kerja kt kompeni Melayu! Aku juga warga KL sekarang!! Sewa rumah kt Mutiara Damansara. Suasana kerja memang totally 100% tak sama langsung. Maklumlah, setelah sekian lama bergelumang dengan kerja-kerja untuk Singapore, kali ni kerja untuk projek2 di tanahair Malaysia pulak. Pertama kali kerja di kompeni yang ada ramai staf, drafmen pun ramai. Junior engineeer lagilah ramai. Bos pun ada dua.

Kerja aku di sini banyak melibatkan management dan paperwork. Di sini juga aku belajar pegi mesyuarat tapak, dan segala mala mesyuarat projek. Memang letih. Dan aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Aku enjoy dengan kerja baru ni, tapi entah kenapa dan di mana silapnya, aku rasa macam ada yang tak kena. There's something missing in my heart and I couldn't find it. Aku tau ape yang tak kena, tapi tak perlulah diceritakan di sini. I just keep it in my heart.

Sampai satu tahap, aku rasa aku kena keluar dari kompeni ini. dan aku berjaya keluar, meninggalkan seribu satu kenangan manis pahit aku di KL.

Kelima : Kompeni Ke-3
Hanya beberapa bulan di KL, I landed a job in JB. So JB here I come!!. Tapi kali ni aku berdikari, duduk rumah sewa. Lupa nk bagtau, dulu aku menumpang kasih di rumah makcik aku. Rumah sewa kali ni pun berdekatan juga. Tempat kerja? aku rasa ni ofis paling sempoi. Tapi aku berjaya menggunapakai segala kemahiran aku di sini.

Ohh..kompeni pertama juga panggil aku untuk buat part time. So kerja terlebih masa aku bermula semula. Datang pagi, balik petang, masuk kompeni pertama, buat kerja sampai malam. Hari-hari esok pun sama. Tapi part time aku hanya bertahan selama sebulan lebih. Sampai satu tahap, aku rasa dah tak mampu, then I just told that I was unable to continue again. Lucky that my part time bos understands. Thanks!!

Then, my working world come back to normal. But with more and more meetings. And the most important is, I can do what I like to do. Ofismate? memang havoc,dah takdir, rasa macam kerja kt pasar. But I'm having fun here. Bos? he's Chinese, but a bit temparamental..huhu..

Sekarang dah setahun lebih aku keje kat sini. dan yang paling best, aku sambung buat part time lagi..memang terlebih rajin. Mak aku kata aku kerja macam x cukup duit. Aku pulak, I dunno, feel like I'm helping a friend. Sampai bila aku nak kerja sini?
Rencana Tuhan siapa yang tahu...