Pages

Friday, December 31, 2010

2010 In Summary

google image

Finally 2010 is about to end in a few hours left. Lets take a look of what I've done for the entire year. Here's the list.

  1. Heartbroken. Tak payah story lagi.
  2. Started a blog. After wanting it for some time but dunno how to start. Thanks to Ijun for teaching me a lot. She did my first template actually. And continue writing ever since.
  3. Buy myself a Blackberry after 2 years with my Sony Erickson hp. I'm not really savvy with handphones, so when the Blackberry came into my life, it's a big change.
  4. Went for a trip at Melaka with my colleagues. Great getaway, Melaka has change in so many ways. But my school , Mozac is still there. First time try bamboo shell at Umbai. That's the only holiday for the entire year.
  5. My company started having financial difficulty,as a result, I did't get my salary on time, on the right amount. Dua bulan tak gaji pun pernah juga. It really affects me a lot. I'm slightly depressed during the first few months. Sakit beb, hutang kereta, sewa rumah dan segala bil kena bayar tiap bulan, tapi gaji tak tiap-tiap bulan pula.
  6. I designed a church for my S'pore project. In the first place, I'm confused wether I can do or I cannot do a worshipping house. Took on a positive side to improve my engineering judgement. No conflict of interest or whatsoever.
  7. My aunt, Mak Yan passed away and my uncle (her husband) re-marry after a few months.
  8. Went to Putrajaya almost monthly for our Mersing project. Tiring but met new friends.
  9. Went for a seminar in Singapore with my former boss. We still have a good relationship even though I left his company 2 years ago. I even do part time at his office.Thanks RNS!
  10. Had a car accident. Luckily no injuries. But my car stayed for almost 2 months at workshop and only released a few days before Hari Raya. Terpaksa tumpang ofismate pergi dan balik kerja, balik kampung naik bas, atau tumpang housemate. Terima kasih kawan-kawan, semoga berada dalam lindungan Allah.
  11. Decided to wear tudung starting from Ramadhan. I only wear tudung during work before, other than that, I'm free hair. Tapi kadang-kadang terbabas juga. Insya Allah, I'll wear tudung for the rest of my life. 
  12. Had the worst Hari Raya. No duit raya for kids, have to borrow money from my bestfriend. Tapi masih bertahan lagi kerja di kompeni yang sama. Boleh eh.
  13. First time went for a meeting in Pagoh with my boss and he let me drive his S80 Volvo. Dream car tu beb. How can I forget that. He's a man with a lot of ambition but he's not a good businessman. Jangan marah ye En. Bos.
  14. First time witnessing qurban at my uncle's, and I got really sick with blood. Had 1 week sick leave. The longest sick leave ever. Taubat dah, tak mo tengok orang buat korban lagi.
  15. I'm getting handy in the kitchen. Boleh lagi masak lepas penat kerja. Masak breakfast untuk ofismate pun rajin juga. It's some sort of therapy after struggling with calculations and drawings all day long.
  16. Tikus masuk rumah! Aiseyyy...yang ni paling hampeh sekali.
and the list continues...There's a lot more along 365 days of 2010.




Hari Ke'poyo'an - 30 Dis 2010

Hari ini memang meriah, penuh warna warni.

Hari ini saya ada meeting di Putrajaya. Sebenarnya tak ada hati sangat nak pergi pun. Diorang pun panggil meeting last minute. Tapi terpaksa pergi jugalah sebab bos pun tak dapat datang. Meeting pukul 9 tapi kami ni pukul 6 baru terkedek-kedek bertolak. Nasibla kan, mesti sampai lewat.

Secara rasminya sampai ke Parcel E dalam pukul 9.30. Dalam hati dah cuak juga, meeting mesti dah mula.Nasib baik dapat letak kereta dekat dengan tempat meeting, tak kena jalan jauh. Masuk aje blok bangunan, ambil pas dan terus ke Tingkat 9. Masuk-masuk aje terus jumpa bilik mesyuarat dan pejabat. Kawan saya tunjuk la surat panggilan mesyuarat tu kat orang yang kat situ. Dia tengok surat tu dan terus kata"Haa meeting tengah jalan tu, masuk lah". Kitorang pun dengan konfiden terus masuk dan ambil tempat duduk. Elok-elok aje ada tiga tempat kosong. Bila dah duduk tu kan, tengok orang-orang kat dalam bilik tu semua muka unfamiliar. Tengah bincang pasal projek mana ntah, bukan projek Mersing pun. Masa tu jantung macam nak meletup dah, we are in the right place, right time, but something is wrong somewhere. Bila kawan saya periksa dengan orang yang in-charge panggil kitorang meeting, rupa-rupanya itu bukan meeting projek kitorang. Masa tu rasa macam ghaib aje. Kalau ada invisible cloak macam Harry Potter tu, dah lama saya pakai. Malu, malu, malu!!

Sebenarnya wakil-wakil konsultan seperti saya ni tak perlu masuk meeting pun. Kami kena stand by aje. Boleh macam gitu ye? Nak buat macam mana kan, mereka ini klien. Kitorang ini jauh-jauh datang dari JB semata-mata untuk stand by aje ye? I'm pretty sure the other consultants QS, M&E pun hangin juga.

Sambil-sambil borak kosong sebab tak jadi masuk meeting tapi kena tunggu juga (kena stand-by la katakan), aktiviti paling best ialah pergi toilet untuk touch up mekap dan betulkan tudung atau baju yang dah senget-senget sikit. Lepas betulkan tudung, saya pun masuk toilet nak buang air,elok je tengah duduk tu kan, tetiba handphone saya bunyi. Dengan innocent nya saya angkat dan cakap hello..Rupa-rupanya Uncle Chin, colleague dari S'pore. Elok je lepas bagitau dia saya tengah meeting, tiba-tiba jamban tu mem'flush' diri sendiri pulak. Eiii haru betul, kantoi la saya dalam toilet. Terus saya letak telefon. Dah keluar sampai ke lobby baru saya telefon Uncle Chin balik semula. Muka saya dah hijau dah, malu!

Finally penantian kami wakil konsultan pun berakhir. Datang jauh-jauh cuma discussion yang tak sampai setengah jam. Rasa macam hampeh aje.

Lepas tu ke Alamanda pula. Nak masuk KL takut jalan jem dan sesat. Saya dengan gembiranya hari ini boleh habiskan pusing satu bangunan tu. Selalu pergi tak dapat round habis, datang makan aje. Tujuan utama satu aje, nak beli handbag baru. Akhirnya setelah pusing satu Alamanda, dapatla handbag sebuah yang agak mahal bagi saya tapi rasa berbaloi membelinya. Saya rasa citarasa saya semakin tinggi, makin cerewet nak beli-beli barang. Tapi saya harus ada sesuatu untuk reward diri sendiri sebab berjaya melalui 2010. Ecehhh..Tercapai juga hajat. 2 tahun tu tak beli handbag. Lama ape.


Ni la dia, beg baru saya. Besar juga, boleh sumbat macam-macam.

Moral of the story:
  1. Pastikan anda berada di tempat yang betul dan masa yang betul bila masuk mesyuarat. Kalau tak nanti jadi macam saya.
  2. Jangan angkat telefon bila kat dalam toilet. Ok!
Saya rasa saya nampak bos lama saya kat Batu Pahat kat R&R Seremban. Tak sempat nak panggil dia sebab saya tengah cakap telefon dan dia pun jalan laju. Tak apalah, kalau diizinkan Allah, akan berjumpa juga.

Thursday, December 30, 2010

Our Night Out: Jusco Bukit Indah

Makan kat KFC which is after such a long time. I don't remember when was the last time I had my KFC. Also this is my second time to Jusco Bukit Indah. Jalan pergi tau, jalan balik tak tau. Nama aje orang JB kan, tapi jalan tak tau.

Sebenarnya dah lama tak tampal muka sendiri kat blog ni. Disamping muka sendiri, ada juga muka housemate saya, Ili dan Kak Ros. Kak Ros ni baru 3 bulan jadi housemate kami.

Ok lah, saya kena tidur, esok ada early morning trip to Putrajaya.

(P/s jumpa abang qs yang hensem anak beranak. Kiut miut anak-anak dia. Tapi abang tu dah resign, so tak ada la nak join site meeting lagi. Tak leh nak jamu mata.)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 28, 2010

Sama Tapi Tak Serupa

Tengok gambar ni. Macam muka bos saya. Sakit perut kitorang semua ketawa. Ada orang datang ofis tadi, tertinggal paper ni. Orang yang kat gambar ni tengah demo buat kari kepala ikan. Patutlah tak masuk ofis hari ni, muka dah masuk dalam paper rupanya. Hahaha..

Kalau siapa-siapa yang tak pernah nampak muka bos saya, lebih kurang macam ni la muka dia. Mestilah tak penah tengok kan?. Saya boleh kata 80% serupa. Muka bos saya lagi bulat sikit.

Diharapkan bos saya tak baca entri ni. Haru kalau dia baca.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 23, 2010

Iklan 7

Comel kan? mata dia warna biru.
Ni gambar wallpaper. Saya jumpa di sini



Yang ni pun comei juga. Rasa nak cubit pipi bulu-bulu dia.


 

Movie Night Out

Malam tadi tengok Tron Legacy dengan housemate Ili. Last movie was Harry Potter, quite some time ago. Guess that I'm not a movie goer anymore. Good movie, nice to watchand beyond imagination, computer programs become alive, become a community, manusia jadi The Creator. Love the graphic, love the sound. Ala-ala hi-tech gitu.

Really like their outfit. Black or white with orange or white stripes all over. Orang jahat stripe warna orange, orang baik stripe warna putih. Senang aje nak kenal.

 
google image

 Nak story lagi. Ni cerita minggu lepas. Tengok dvd Hindustan tajuk We Are Family. Besssttt...
Arjun Rampal ni divorced with Kajol but share custody of their 3 kids. Kareena Kapoor pula girlfren si Arjun ni. Kajol ni pula memang tak senang kalau Kareena ni dengan anak-anak diorang. Tapi satu hari Kajol ni kena kanser dan tak dapat hidup lama. Arjun pula ambil keputusan nak duduk dengan Kajol semula sebab nak jaga x-wife dia. Jadi ada konflik la di antara mereka 3 orang ni. Konflik x-wife dengan x-husband, gefren boyfren, anak-anak lagi.

google image

Wednesday, December 22, 2010

E-Card

Hari ni Uncle Chin hantar Christmas E-Card. Dah lama tak ada orang hantar e-card. Saya rasa masa zaman belajar suka hantar e-card, birthday wish terutamanya. Tapi kalo pc penerima tu tak ada Flash, nasib ler kan. Kalau birthday tu siap ada kene klik kat kek, pas tu kuar lilin, klik kat lilin pulak kuar api dan nyanyi-nyanyi lagu happy birthday. Sweet kan? Sampai sekarang saya rasa e-card tu adalah sesuatu yang sweet.





uncle chin : my colleague in S'pore. Very old man, same age as my dad.

Friday, December 17, 2010

Paip

Excited kitorang bila dapat parcel besar dari kontraktor. Ingatkan hadiah Meri Krismas atau kalendar besar gaban. Maklumlah sekarang ni musim orang bagi kalendar 2011.

Rupa-rupanya dapat sampel pipe fitting. Tak pernah orang hantar sampel paip fitting kat ofis ni. Terus pose dengan paip yang ditepek di plywood ni.

Kepada En.Kontraktor-sampel-sampel paip ini arkitek yang endorse, bukan kami. Kalau tak pun, letak aje kat site ofis. Lepas ni satu kerja pula nak kena hantar ke ofis arkitek pula.

Kalau lepas ni diorang hantar sampel jamban pulak, memang saya bawa balik rumah, pasang terus.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 16, 2010

Iklan 6

Cakap siang pandang-pandang tau,
Cakap malam dengar-dengar,

Kalau tak, nanti jadi macam saya. Tengah cakap pasal seseorang, rupanya seseorang tu ada kat belakang saya. Tah dia dengar, tah tak. Tapi rasanya cakap slow aje tadi. Duhhh..termalu terus!! Aiyohhh...

Wednesday, December 15, 2010

Hati Dah Tergedik...

Hati saya dah dangdut-dangdut kegedikan. Macam mana gaya dia eh? Tak payah bayangkan lah. Sebenarnya dalam usaha nak beli handbag baru, La Pagayo saya dah 2 tahun usia dia, dah tak berapa lawa. Mengada-ngada betul eh, orang lain boleh pakai beg bertahun-tahun, ini baru 2 tahun dah gatal nak beli baru.

Bajet tak tinggi mana la. Maklum sahaja lah gaji yang tak seberapa, kewangan pun terhad. Konon-konon cari kat Internet dulu, mana tau ada yang berkenan di hati. Last sekali jumpa lah satu blog ni. Serius best-best.

Ini adalah pilihan saya:



Elle ni lebih kurang sama dengan beg lama saya. Love the colour. 





Saya rasa paling suka yang ni. Warna hitam nampak kelasssss


Untuk yang lain-lain, boleh tengok di sini

Friday, December 10, 2010

Alkisah Parking Kereta

Housemate saya balik rumah malam tadi dan tak ada tempat nak letak kereta. Saya dah sedar masa saya sampai rumah maghrib tadi kereta penuh kat halaman. Dalam hati dah berkata, Kak Ros mesti tak ada tempat nak parking nanti. Jadi saya pun letak kereta kecil saya kat tempat yang ada, kat hujung rumah. Memang lecak la tempat tu. Sebab tu semua tak nak letak kereta kat situ.

Sebenarnya masalah parking adalah masalah sejagat kami penghuni rumah Hj Amin ni. Kalau diikutkan semua orang ada parking masing-masing. Kalau diikutkan la. Tapi malam ni keadaannya cacamarba. Jadinya kereta housemate saya tak dapat tempat. Dah diduduki kereta lain. Housemate saya yang lagi sorang ni pun sms la orang rumah atas. Bagitau kereta dia dah kacau tempat orang lain.

Perang sms pun mula.

Dia kata dia paling toleran dalam kawasan ni sebab tak kisah letak kereta kat lecak. Housemate saya pula kata, kereta masing-masing dah ada letak duduk, kenapa nak duduk kat tempat orang. Dia balas balik, ada kereta Vios ni sampai sanggup letak kereta kat sekolah tempat dia kerja sebab nak mengalah punya pasal. Kira ok la tu sekali sekala tak ada parking. Housemate saya balas lagi, kalau sebab tempat dia tu lecak mintalah tuan rumah tambak pasir ke apa ke supaya tak lecak, jadinya dia tak kacau tempat orang. Dia balas, suruh housemate saya Kak Ros pakai otak, kalau park kat luar pagar pun apa salahnya. Sebab kereta Kak Ros sekarang kat tengah-tengah gate rumah. Kalau ada emergency, kereta lain tak boleh keluar sebab dah kena block dengan Wira Kak Ros. Housemate saya terus malas nak layan. Tak balas pun. Lepas tu datang lagi satu sms, kenapa asyik dia aje yang kena mengalah, letak kereta muncung terkeluar pun kena tegur juga, kira macam dia paling tolak ansur la. Lepas tu dia kata lagi, ada kereta kecik tu tak nak kene lecak langsung. Kereta kecik? Kereta sayalah! Tiba-tiba aje kan?

Aik...tak pasal-pasal saya yang kena pula.

Apalah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 9, 2010

Mimpi

Nak tau saya mimpi apa malam tadi? Saya mimpikan bos saya. Macam tak ada orang lain yang nak masuk mimpi ni.

Dalam mimpi tu cerita dia macam ni. Saya on the way balik ke rumah dari ofis, bawa kereta kat Highway Tebrau. Lepas tu nampak kereta bos saya kat jalan yang sama, so tak ada apa-apa expectation la. Masa tu dia bawa kereta Pajero. Tiba-tiba bos saya berhentikan kereta kat tengah-tengah jalan tu, saya pun berhenti sekali. Dia nak tinggalkan kereta dia dan suruh saya jaga kereta dia. Dia kata nak pergi ambil kereta Volvo dia. Saya pun kata ok dan suruh dia letak ke tepi jalan Pajero tu. Tiba-tiba ada sekumpulan polis entah dari mana datang dan tanya saya macam tak puas hati kenapa saya biarkan kereta Pajero tu kat tepi jalan. Siap keluar pistol macam nak tembak aje. Saya pun dengan selamba cakap tu kereta bos saya, dia tengah ambil kereta yang satu lagi. Polis tu pun tak jadi tembak. Tau-tau saya dah ada kat bilik solat, dan dalam bilik solat tu ada kawan sekolah Mozac, Noraini nama dia dan kawan dari sekolah kat kampung, Lia dan Imah. Lepas tu alarm hp bunyi, terbanglah mimpi yang ajaib tu.

Saya selalu mimpikan bos-bos saya. Hairan juga, tapi tak tau kenapa.

Paling tak boleh lupa, mimpi bos lama jual ikan kat depan kampung dan abah saya beli ikan dari dia.
google image

Tuesday, December 7, 2010

1432H

It' Awal Muharram night. Just finished watching Korean drama Cruel Love, sedih sampai sakit dada. I'm getting addicted to it now. Can't wait for the next episode tomorrow.Ouchhh...

Finally I went balik kampung with my brother last Saturday, fully sponsored as I'm poor now and he's get his salary. Being poor for a year. Hoping that next year will be a lot better. Waaayyy much better. Pray for that.

Met my super-long-time-and-best-friend, Lia. We've been together since kindergarten and still keep in touch, at least during our birthdays. She has two cute princesses and now lives in Parit Buntar and can drive a car now. That's my girl.

Ooo I just missed our good times before.



1432 : Hijrahlah ke arah yang lebih baik, dunia dan akhirat sebagaimana yang dipinta dalam doa awal tahun.
1431 : Jadikan ingatan, pengajaran dan pengalaman berharga.

Saturday, December 4, 2010

Pancake and Coffee

I'm spending my Saturday in JB. Doing nothing but cleaning and washing. Habis satu rumah saya mop, basuh baju sampai 2 round. I had mee goreng for breakfast, also for dinner tonight, hehe..

Pancake with apple sauce together with black coffee for my tea time. Yummyy..

To make apple sauce, slice apple thinly, sugar, water and small cinnamon stick. Simmer all until the syrup thickened. Serve warm.

My brother just sms me, asking to balik kampung together. Hmm, nak balik ke taknak, nak balik ke taknak..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 3, 2010

Mee Sup Resepi Saya

Makan malam saya malam tadi, mee sup. Saya menyediakan hidangan ini dengan penuh kasih sayang untuk housemate-housemate saya. Kasih sayang? Haha.. Mudah dan berkhasiat.

Bahan-bahan:
Daging, bawang, halia dan bawang putih - rebus semua

Vege, lots of it. Masukkan selepas daging lembut.

Bawang goreng.

Ini keadaan dalam periuk. Colourful & smells good.

Yang di dah siap hidang, makan dengan mee kuning. Mee harus dicelur dulu ok!

ps: Ijun, ini aku masak khas untuk kau. Meh makan!


Thursday, December 2, 2010

Sekadar Luahan Hati

google image

Nampak tikar sembahyang tu? Macam itulah tikar sembahyang saya waktu Subuh. Saya akui di sini, jarang-jarang betul saya bangun Subuh. Lompong-lompong Subuh saya, Isya' pun begitu juga. Saya amat sedar hal ini, saya juga berusaha untuk tidak menjadi seperti ini, tapi godaan syaitan masih berleluasa. Bagaimana mahu memulakan hari dengan baik jika tiang agama saya yang 5 ini tidak pernah lengkap. Jarang sekali lengkap. Hati saya sangat senang jika 5 waktu saya lengkap. Kegembiraan yang mendamaikan hati. Macam hati kita yang rasa tenang dan damai sepanjang bulan Ramadan.

Anda bagaimana?


Wednesday, December 1, 2010

1 Disember 2010

Entri pemula untuk Disember.

Baru siap buat kerja, bila la agaknya saya nak balik kerja punctual pukul 6.00 petang, mesti balik kerja waktu senja macam ni. Dah terbiasa punya pasal, bila balik awal rasa macam pelik, bila balik malam rasa macam normal.

Ada lagi 30 hari untuk tahun 2010. Rencana hidup untuk tahun hadapan masih dalam perangkaan. Macam banyak aje agendanya. Agak-agaknya apa eh target untuk 2011? Kita lihat saja nanti.

Malam tadi tengok tv dengan penuh tekanan. Mula-mula tengok National Geografi, mak singa nak makan sang kerbau. dia cengkam dan gigit belakang kerbau tu. Tiba-tiba saya pula yang rasa sakit, eeeii tak sanggup tengok lagi, terus masuk dapur, masak tom yam seafood lagi bagus, siap ada kerabu mangga muda lagi. Sebab itulah kita tak boleh memakan haiwan yang mencari makan dengan gigi dan kuku, agaknya nanti kita akan kejam juga seperti diorang.

Lepas tu cerita Asmara pula. Final episode. Finally. Ayah dia insaf juga akhirnya, Asmara dengan Melati dan Zalia - so scary, hidup tapi macam mati. Ingatkan dia mati, rupa-rupanya plan ayah Zalia buat Zalia mati supaya Asmara boleh jadi insan biasa, bukan pak sanggup lagi. Ayah Zalia tu memang kuat drama. Agak-agaknya kalau Asmara tau Zalia hidup lagi dan Zalia sembuh semula macam mana eh? Agaknya itu dalam Asmara Part 2 kot. Kalau ada la.

Pukul 10 pula tengok drama korea Cruel Love. Pertama sekali tengok hari Sabtu, lepas tu rasa macam best aje. So malam tadi sambung la tengok. Lompat terus episod 10. Mak ai, sikit punya sedih la cerita cinta orang Korea ni. Tapi best cerita dia. Saya dah tergedik nak beli dvd dia. Tapi rasanya belum sampai Malaysia lagi. Tak apalah, bersabar aje, akan datang ada lah dia. Tengok drama sampai penat.
Finally lepas tu tidur terus depan TV sampai Subuh. Sakit badan.

Ok lah, nak balik rumah. Jumpa lagi.