Pages

Friday, August 22, 2014

Berkabung

Hari ini 22 Ogos 2014. Hari yang akan ditulis di dalam buku catatan sejarah Malaysia kelak. Hari Berkabung. Hari mangsa MH17 pulang ke tanahair untuk disemadikan. Tahun ini Malaysia banyak mencatat sejarah baru.

Semoga kita beroleh hikmah disebalik kejadian. Semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan ketenangan oleh Yang Maha Berkuasa.



Rafeah Sapari

Friday, July 18, 2014

Ujian Ramadan

Terkejut.

Sekali lagi Malaysia diuji. Saya tidak berkongsi apa-apa maklumat di sini, kerana saya percaya semua maklumat sudah diketahui malah mungkin lebih mengetahui berbanding saya.

Semoga Malaysia tabah menghadapi ujian Yang Maha Esa. Hentikan membuat spekulasi dan andaian atau apa-apa perkiraan yang kononnya "kebetulan". Sesungguhnya perkiraan Allah itu tiada yang kebetulan. Simpatilah kepada keluarga penumpang dan kru yang terlibat.



Rafeah Sapari

Friday, July 11, 2014

Khabar

Lamanya awak senyap.
Tak ada khabar berita.
Tak ada cerita.
Entah bagaimana la nasib.
Sunyi sepi.

(cakap dengan blog sendiri sebab tuan punya blog macam kering otak nak bercerita)


Rafeah Sapari

Tuesday, July 1, 2014

Ramadan Kareem

Alhamdulillah. 1 Ramadan sudah berlalu sebentar tadi. Hari ni kami sekeluarga berbuka dengan ala kadar sahaja. Semoga hari-hari Ramadan berikutnya dapat dilalui dengan hati yang tabah.

(gambar google)

Rafeah Sapari

Sunday, June 8, 2014

Rumusan Hujung Minggu

Saya terinspirasi daripada satu blog masakan yang saya suka baca. Setiap hari minggu dia akan buat satu entry Friday Things untuk berkisah tentang kehidupannya.

1. Hari minggu ini agak padat buat saya. Hari Sabtu saya ada majlis kahwin bekas rakan serumah saya di Senggarang. Walaupun tak berapa jauh dari rumah saya, tapi oleh sebab tak selalu lalui kawasan Senggarang, jadi berpusing-pusing jugalah. Pakai GPS pun tak berapa membantu. Akhir sekali, tanya orang di stesen minyak. Alhamdulillah jumpa juga. Semoga perkahwinan Lina & suami berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

2. Hari Ahad pula jalan-jalan di Mini Malaysia, Melaka. Pertama kali pergi semasa saya masih kecil. Tapi memori yang masih melekat ialah kes topi terbang. Maklumlah, zaman 80an kereta pakcik saya tak pakai penyaman udara, buka tingkap sampai habis, saya pula gatal melaram topi cantik yang ada renda-renda. Akibatnya terbang melayang. Saya pula melalak tak sudah. Oleh sebab sekarang musim cuti sekolah, maka ramailah pengunjung. Paling menarik rumah Melaka. Banyak perabot antik. Meja solek yang sarat ukiran. Memang jatuh hati. Di rumah Terengganu pula ada aktiviti mewarna batik. Hanya dengan RM10, kita dapat keluarkan bakat seni dalam diri.

3. Akhir-akhir ni memang musing kupu-kupu mati. Merata-rata nampak kupu-kupu ini tersadai, masih hidup tapi kepaknya sudah tak berapa cantik.

Cukuplah untuk hujung minggu ini, jumpa lagi lain kali.




Rafeah Sapari

Sunday, June 1, 2014

Jem

Alhamdulillah, hari ni dapat ilmu baru. Ilmu buat jem. Asal idea tercetus sebab nampak buah mangga abah yang tengah masak ranum. Mangga ni agak bersabut dan masam sebab mangga kampung. Tiap-tiap pagi mesti jumpa yang gugur dalam 5-7 biji. Semua masih elok cuma terlebih masak. Jadi saya tanya mak, boleh buat tak jem  dari buah ni, mak kata cuba lah. Tapi mak tak pernah buat.

Jadi gigihkan diri google cari resepi jem mangga. Dapat satu laman web ni. Cara buat dia agak mudah. Cuma perlukan kesabaran. Resepi diberi untuk 10 biji mangga. Tapi saya buat hanya 4 biji sahaja. Buat banyak-banyak takut tak menjadi. Masa yang diambil dalam sejam.

Sumber resepi:
http://www.masalaherb.com/2013/06/homemade-mango-jam-recipe.html

Resepi saya:
Bahan-bahan:
4 biji mangga
1/2 biji buah lemon (ambil kulit dan juga isi. Buang yang bahagian putih antara kulit dan isi)
Gula secukupnya (anggaran 2 cawan ikut tahap manis)

Cara-cara buatnya amat mudah. Kupas mangga, masukkan lemon dan gula. Mangga sebiji-sebiji masukkan terus. Gunakan api perlahan, masukkan kesemua bahan tersebut dan masak sehingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau. Tak perlu letak air sebab nanti semasa proses memanas, air dari lemon dan mangga akan keluar. Masak sehingga pekat, agak-agak macam jem yang selalu kita beli.

Keluarkan biji mangga, kulit dan buah lemon. Bila sejuk dah boleh dibotolkan.

Kelebihan kita masak buah mangga ni sebiji-sebiji ialah sabut mangga akan terlekat dengan biji. Jadi jem ini tidak ada sabut mangga.

Selamat mencuba.



Rafeah Sapari

Saturday, May 31, 2014

Serigala Besar Jahat

Big Bad Wolf Johor datang lagi. Bermula semalam sehingga 8 Jun ini. Memang cantik lah, kena dengan cuti sekolah. Saya datang malam tadi sebelum balik ke kampung. Walaupun jam 9 lebih, masih ramai yang membelek. Tengok buku sampai pening. Mana taknya murah. Paling mahal sekitar RM 25. Kalau kaki novel memang masa inilah yang terbaik untuk membuat koleksi. Rata-rata harga novel dalam RM8. Buku masak pun banyak. Ini baru pusingan pertama lawatan saya. Dalam hati macam nak pergi lagi. Rambang mata.

Kali ini saya beli 1 novel, 1 buku dokumentari, buku puzzle, dan buku daripada Rachel Allen. Selalu tengok dia buat kek di saluran AFC. Bila ada buku dia dan cuma RM 25, apa lagi sambar lah. Jumlah semua buku-buku ini cuma RM48 sahaja. Murah kan?.



Rafeah Sapari

Tuesday, May 27, 2014

R..Rajkumar

Haa..beberapa hari yang lepas saya dan Siti dilanda keasyikan menonton filem Hindi di ABO ( sekarang di saluran 130). Tajuk dia R..Rajkumar (Romeo Rajkumar). Mula-mula tengok tajuk macam cerita biasa-biasa aje. Lepas tu bila dah tengok jatuh suka pula. Terus tengok berulang kali. Hero dia Shahid Kapoor, heroin dia tak tau nama siapa. Tapi muka dia klasik.

Cerita Hindi memang tak sah kalau tak ada "hero & villain". Yang ini ada 2 penjahat. Hero dia pun sebenarnya geng penjahat juga. Tapi akibat kuasa cinta, dia terpaksa berpaling tadah melawan ketua geng.

Namun begitu, cerita ini sangat menghiburkan. Walaupun ada penjahat, tapi banyak adegan yang kelakar. Jahat tapi lawak. Tapi bukan lawak bodoh. Lagu-lagu dia pun boleh tahan menarik.

Kesimpulannya, cerita ini sangat enjoy untuk ditonton.

(gambar dari google)

Rafeah Sapari

Monday, May 19, 2014

Lari

Ini kisah 1 Mei yang lepas.

Oleh sebab 1 Mei jatuh pada hari Khamis, saya dan adik diam sahaja di JB. Kalau nak balik pun rasa macam tak hilang penat, esoknya Jumaat dah nak balik semula. Jadi saya isi pagi itu dengan aktiviti lari-jalan-lari di Tasik Merdeka Johor Bahru. Walaupun agak lewat saya sampai ke sana dalam jam 9 pagi (gara-gara bangun lambat), cuaca amat nyaman. Tak berapa panas dan agak berangin. Dah lama tak jogging pagi. Kaki pun dah keras. Badan pun berat. Ye, berat badan saya semakin naik. Banyak makan agaknya, kurang bersenam pun ya juga. Nak lari pun rasa berat. Jadinya lari-jalan-lari-jalan. Dapat 2-3 pusingan dan melencunkan baju dengan peluh busuk sudah cukup baik. Anggaran 1 pusingan trek di Tasik Merdeka ialah 1 km.

Agak-agak dah puas ambil angin dan menyejukkan semula badan, saya pun bergerak ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan, berselisih dengan seorang lelaki India, dan kami bertukar 'Morning wishes'. Memang keadaan biasa, bertegur sapa dengan pemgunjung di situ, selepas bersenam, semuanya mengeluarkan hormon gembira. Namun begitu, dia memulakan bicara "How many rounds you run?", saya jawab "I don't really run, I run and walk, both, 2 rounds". Selepas itu perbualan kami menjadi semakin menarik. Kisah dia yang mula berlari sejak tahun 1974, kini berumur 60 tahun. Dan masih sihat. 

Dia memulakan cerita kisah lari. Dia kata mesti konsisten, jangan paksa diri tapi kena disiplin. Yang penting harus gembira ketika melakukan aktiviti. Barulah dapat hasil. Jika saya ingin konsisten, mulakan dengan berjalan dalam 20 minit, 3 kali seminggu. Selepas itu, intensiti dinaikkan, mulakan dengan larian. Dia sangat disiplin, 5x seminggu. Saya hanya mampu berkata wow..umur 60 masih mampu berlari 5-7 pusingan setiap kali. Namun apa yang paling saya kagum, kesan aktiviti sihatnya, dia mampu mengembara merentas benua melalui keretapi, merentasi Tembok Besar China dan macam-macam lagi. Semua stamina ini diperoleh dengan aktivi lariannya. Bagus kan. Saya umur 60 nanti tak tahu lah bagaimana. Umur 33 pun nak lari dah rasa macam ada separuh badan tertinggal di belakang.

Thanks Mr. Suku, nice knowing you, it's good to know you. I enjoy listening to your story. Amazing.

(gambar ambil dari google)

Mimpi2

"Dia, umpama mutiara yang terpelihara di dalam cengkerangnya"

Saya bermimpi, bertemu seseorang dan dia berkata tentang seseorang. Yang diumpamakan sebagai mutiara.

Konfius.


Rafeah Sapari

Saturday, April 26, 2014

Mimpi

Dalam mimpi, nampak seorang kawan saya, kawan sekolah menengah. Dia berdiri di seberang jalan dan melambai-lambai ke arah saya. Saya pun lambai semula dan terus pandu kereta, untuk buat pusingan U dan jumpa dia di seberang. Tapi, pandu kereta rasa macam dah jauh. Namun masih tak jumpa pusingan U. Kalau diikutkan pusingan U itu tak sampai 1km aje pun. Dah namanya mimpi. Begitulah.

Tiba-tiba dengar suara "Hai Atuk Wak Sal, nak tengok kambing.." Lepas tu suara menyahut "Haii.." suara mak pula. Ok, suara cucu rumah sebelah rupanya. Dah terang rupanya. Budak-budak tu pun dah keluar main.

Mimpi saya terputus.


Rafeah Sapari

Sunday, April 20, 2014

Farewell

I haven't open my blog page for quite some time. Found out that one of the blogger/writer that I followed passed away in last month. I was one of the silent reader of her blog. She was an engineer and turned into fashion stylist.

Takziah to Ami Schaheera.


Sunday, April 13, 2014

Pameran

Hari Sabtu yang lepas. Saya dan mak ke Dataran Batu Pahat. Ada pameran pertanian (tak ingatlah nama apa pameran tu). Memang menarik. Banyak produk, banyak juga ilmu yang ada.

Mula-mula tengok kambing baka jantan yang dipertandingkan. Geram tengok kambing besar-besar. Walaupun ada tulisan "Jangan Sentuh" tapi tangan ni automatik nak pegang. Sang kambing pun rilek aje. Pegang hidung.

Lepas tu arnab pula. Sangat comel. Eeii geram tengok. Bulu yang sangat lembut, mata yang manja, telinga lembut. Heii jatuh hati lah. Tapi harga pula mahal. Seekor paling murah RM200. Ada yang sampai RM700. Nak beli seekor macam kesian, tak ada kawan. Nak beli dua ekor, mahal lah pula. Jadi simpan dalam hati ajela niat tu.

Habis cerita arnab. Mak ke tempat jual orkid. Mahal. Kata mak. Tapi ada saja orang yang membeli. Masing-masing muka gembira bila jinjing sepasu orkid. Mak beli anak pokok sahaja. Lama-lama berbunga juga katanya. Saya ok aje. Memang tak ada bakat bab pokok bunga ini.

Pusing-pusing tengok pameran produk. Menarik dan informatif. Ada juga jualan barang-barang makanan. Saya beli susu kambing (banyak pula orang jual). Mak beli benih cili, terung dan kacang dari booth Mardi. Tapi sampai sekarang belum ditanam lagi. Tunggu aje lah bila nak berhasil. Lepas ni tak perlu beli terung dan kacang panjang.



Rafeah Sapari

Hokkaido

Ini ialah kek hokkaido. Saya pun tak tau kenapa nama kek ni nama Jepun. Mungkin asal usul dari Hokkaido. Tak pastu. Tapi rasanya sedap. Kalau diamat-amat, dia macam kek chiffon. Fluffy atau gebu. Di dalamnya ada isi atau filling kastad yang berkrim. Di Family Bakeri Parit Raja ini ada jual kek hokkaido perisa asli dan coklat. Semua sedap.



Rafeah Sapari

Saturday, April 12, 2014

Oven

Ini kisah minggu lepas. Dah lama tak buat kek, tiba-tibe keinginan itu menjelma. Saya cari resepi kek coklat di laman web Nigella (search nigella-old fashion chocolate cake). Resepi kek coklat asas. Lagi pula saya cuma sekali buat kek coklat. Lepas tu tak pernah lagi buat.

Kenapa ambil resepi dari laman web Nigella? Sebab cara buatnya sangat mudah. Sukatan dia pula boleh dalam unit cawan atau gram. Pilih yang mana menyenangkan hati. Lagipun ini resepi kek coklat asas.

Hari Sabtu pagi saya pun siap-siap la buat adunan. Sementara nak masukkan dalam cawan kek (saya suka masuk dalam cawan sebab senang untuk dimakan, tak perlu potong), kenalah panaskan oven dahulu.

Bila 'on'kan oven, ok, lampu menyala. Bila dah mula untuk memanas, karen trip pula. Cuba sekali lagi, perkara sama berlaku. Cubaan ketiga, sama juga. Dia tendang bila oven tu nak memanas. Mak kata mungkin bekalan elektrik tak cukup. Mungkin juga oven dah rosak. Maklumlah benda dah berbelas tahun.

Jadi opsyen yang ada kukus sahaja. Tak dapat la nak tengok kek naik dengan gembira. Sebab bila kukus, permukaan kek jadi tak berapa cantik. Tak ada permukaan merekah yang rangup. Tapi tak apa. Asalkan jadi. Masuk dalam bekas kecil-kecil dan kukus. Lepas 45 minit. Kek coklat saya pun boleh dimakan. Saya memang suka makan kek waktu tengah panas. Sedap. Tapi makan satu dah cukup. Buat untuk menyenangkan hati. Rasa senang bila kek menjadi.

Ok inilah kek coklat saya. Versi kukus.


Rafeah Sapari

Monday, April 7, 2014

Makan Makan

Makan sate sempena gaji pertama Siti yang juga gaji terakhirnya. Kenapa macam tu, sebab hanya selepas bulan ke-2 baru dapat gaji. Bulan pertama katanya kompeni ada masalah dengan akaun syarikat dengan bank. Jadinya tiada gaji. Hanya disuruh bersabar. Sampai orang tu hantar notis letak jawatan baru digaji.

Mungkin nasib adik saya kurang baik. Dapat kerja elok aje lepas habis belajar tapi macam itu pula jadinya. Tak mengapalah, bumi Allah ini luas, rezekinya juga ada dimana-mana. Kalau kerja 2 bulan sekali baru digaji teruk la nak susun kehidupan.

Pertama kali makan sate kambing. Sedap.



Rafeah Sapari

Wednesday, March 26, 2014

MH370

Saya ingin berkongsi kesedihan dengan tragedi MH370 yang menimpa negara. Apabila PM membuat pengumuman tersebut, tidak dinafikan semua yang mendengar turut bersedih. Walaupun masih tiada jalan penyelesaian dan penemuan yang pasti, kita harus percaya dengan percaturan yang diatur oleh Yang Maha Berkuasa. Segalanya yang berlaku masih menjadi rahsia. Hanya Dia yang mengetahui.

Walaupun tiada ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi ini, saya berharap agar mereka semua yang terlibat tabah dan cekal menghadapi ujian berat ini.


Rafeah Sapari

Tuesday, March 18, 2014

Memori

Masa tengah mandi pagi tadi tiba-tiba memori saya lari ke tahun 1997-1998. Tengok air dalam baldi, sejuk pula tu terus teringat masa-masa itu. Zaman duduk asrama.

Mandi air sejuk pagi-pagi
Mandi dalam tandas
Tadah air dari pili sinki
Beratur depan pintu tandas
Cop tempat mandi dengan sangkut tuala kat pintu tandas
Muka toya bila orang sebelum kita tu mandi lama, entah apa dibuatnya
Pakai t-shirt siap-siap dalam tandas sebab tak boleh berkemban bila siap mandi

Segala-galanya ada giliran. Kena sabar. Memori tak dilupakan.


Rafeah Sapari

Thursday, March 13, 2014

33

Alhamdulillah. Masih diberikan umur oleh yang Maha Kuasa.

Nak cerita perihal perbuatan semasa umur 32 belum ada mood lagi. Mood malas ada lagi bersarang dalam jiwa.



Rafeah Sapari

Tuesday, March 11, 2014

Farewell

My cat Putih finally left us. He's been seriously sick since past 1 month. It started with a small black mole on his nose, and a few skin problems that I thought maybe he scratches a lot and he's just easily wounded. Then that mole became disasterous event. Its grow massively and lead to another something like pimples but it just come out from wherever there's no fur on the skin. His ears and nose were the worst. And I can't bear to take his picture of him that sick.

He can't smell so we fed him wherever he was. Mak was like "Nak mati, mati aje la, tak tahan tengok kau sakit macam ni" and I said final goodbye last Sunday and said sorry for not giving much love and care. Thank you for cherishing us and make me happy. Love you and hope to see you again in heaven.

Rafeah Sapari

Monday, March 10, 2014

Tragedi

Saya ingin berkongsi kesedihan keluarga dan mereka yang terlibat dalam kejadian MH370.

Kenapa?
Bagaimana?

Hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui apa yang terjadi disebalik kejadian kehilangan ini. Kehilangan yang misteri. Yang menimbulkan tanda tanya. Tiada saksi dan tiada petunjuk.

Mohon Allah berikan petunjuk dan memberikan ketenangan kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat. Amin.


Rafeah Sapari

Friday, March 7, 2014

Kopi

Garlic toast + iced white coffee. Rasanya dah hampir 3-4 tahun saya tak langkah kaki ke Old Town. Hari ini pun sebab saya sampai pejabat adik saya awal. Malas nak tunggu dalam kereta, baik cari tempat sejuk. Kebetulan kawasan pejabat adik saya di Setia Tropika ni banyak restoran.



Rafeah Sapari

Monitor

Saya suka monitor baru saya. Jenama Dell. Sebab:
1. Nampak sangat smart, design macam TV.
2. Mempunyai muka yang reflective. Maksudnya macam cermin. Tengah buat kerja tiba-tiba perasan tudung tak berapa betul, boleh terus betulkan tanpa ke bilik air. Kalau dahi macam agak berkilat, boleh nampak dan akan ditepek bedak semula.
3. Sebab dia yang macam cermin, saya boleh nampak bos jalan dari belakang. Cepat-cepat berlakon rajin.


Rafeah Sapari

Sunday, February 16, 2014

Bayu

Sekarang sedang menghadam buku yang bertajuk "Bayu". Ini buku ketiga saya beli dari penulis ini. Kisah jenayah/thriller. Penulis ni bekas polis. Jadi kisah-kisah jenayah hasil tulisannya berbau tempatan. Nampak logik dan realistik. Bahasa Inggeris pun senang difaham.


Rafeah Sapari

Muffin

Selamat hari minggu. Minggu ni saya buat muffin blueberi. Pakai tepung yang dah tersedia. Saya beli di kedai barang-barang kek. Kalau dah handal, boleh la nak adun tepung sendiri. Selalunya tepung ready mix kita cuma tambah telur, air dan minyak. Ikut aje sukatan dalam sticker adunan tepung tu. Kalau tak pasti, tanya tuan punya kedai. Biasanya dia tau. Contohnya dalam tepung muffin ready mix saya ni, telur disukat dalam unit gram. Jadi saya tanya tuan kedai, dia kata selalunya dalam anggaran 3 biji telur saiz besar.

Untuk muffin kali ni saya pakai solo cup warna ungu. Macam sepadan dengan muffin blueberry.

Seronok bila tengok kek kita naik bila dibakar. Nak pula masa tengah bau naik. Saya enjoy bahagian tu. Bahagian makan-makan saya tak berapa sangat. Dalam 20 biji cup tu paling banyak saya boleh makan dalam 2-3 biji aje. Itu pun selalu kalau dah makan sebiji, esok baru makan lagi.



Rafeah Sapari

Thursday, February 13, 2014

Sukses

Saya ada hobi baru, yang sangat saya enjoy. Buat kek!

Ada yang sukses ada juga yang tak berapa sukses. Saya memang peng'google' tegar, jadi kek yang saya pernah makan dan saya rasa sedap macam nak makan lagi, saya akan google resepi dia. Google sampai dapat cara buat yang paling mudah. Sebab orang baru berjinak-jinak ni kalau dapat step by step yang panjang akan cepat pening. 

Di antara kek yang tak berapa sukses ialah carrot cake (gambar bawah). Saya ikut resipi sebiji-sebiji, sukatan semua pakai cawan. Siap beli loyang untuk muffin, cawan kek dan penyagat (grater). Sekali tu bila keluar oven, macam kek yang kene siram minyak. Tapi rasa dia masih sedap (puji diri sendiri).

Ok, tak jadi tak apa, usaha tangga kejayaan. Jadi selepas kejadian kek tak jadi tu, saya gigih lagi cari resipi dan bandingkan sukatan. Cari sebanyak resepi yang sama dan bandingkan lagi. Bila dah konfiden, saya buat sekali lagi. Tapi guna sedikit otak kreatif, gantikan carrot dengan epal. Jadi lah kek epal. Sedap juga.


Carrot cake yang tak sukses. Nampak tak paper cup yang berlinang tu.

Apple cake yang sukses dan lazat.

Resipi dia seperti di bawah:

1. 2 cups preferred flour
2. 1 cup vegetable oil (corn oil/canola oil/sunflower oil, I use melted butter)
3. 1 1/2 cups castor sugar
4. 3 large eggs
5. 1 1/2 teaspoon baking powder
6. 2 teaspoon vanilla essence
7. cinnamon powder moderately (because apple and cinnamon are totally made to match)
8. 3 cups of grated apple (around 3-4 apples)

Mix together the wet ingredient (sugar, oil, eggs, vanilla), then add into the dry inngredient  (flour, baking powder, cinnamon powder). Then fold the shredded apples. Then bake for about 20-30 minutes or until the skewer comes out clean. 

(forgot the temperature, also I forgot I got this from which website. sori)



Terima Kasih

Cerita ni bermula bila saya dan adik saya Omar, pergi ambil adik saya Afif balik sekolah. Oleh sebab saya cuti Sabtu-Ahad dan sekolah pula Jumaat-Sabtu, jadi hari Ahad memang jadi kebiasaan untuk ambil Afif balik sekolah. Kebetulan hari minggu tu, Omar pun ada balik kampung, jadi saya pergi dengan dia. Walaupun pukul 1.30 tengahari tu panas, tapi macam enjoy aje ambil adik balik sekolah. Enjoy sebab dia tak berapa suka abang/kakak ambil dia pakai kereta. Dia akan jalan buat stail tak kenal lepas tu selamba aje buka pintu kereta. Kitorang memang suka buat benda yang dia tak suka. So funny. Masing-masing dah dewasa tapi suka buat perangai sakat menyakat.

Jadi hari tu Omar tumpangkan sekali kawan sekolah Afif, Faris nama dia. Abang dia kawan Omar, kakak dia kawan saya, seorang lagi kakak dia (arwah) kawan Siti. Adik beradik Faris ni kesemuanya ada yang sebaya dengan adik beradik kitorang. Entah berapa belas, dua belas atau sebelas orang. Memang keluarga besar. Rumah pun tak jauh dengan rumah kami. Sebelah kampung aje. 

Bila sampai rumah dia tu, macam biasalah orang menumpang kan selalu cakap terima kasih. Sekali tu dia cakap terima kasih dengan semua yang dalam kereta tu.
"Terima kasih Afif!"
"Terima kasih abang!"
"Terima kasih kakak!"
Cakap dengan nada yang bersemangat, nada yang ceria. Membuatkan saya dan Omar tersengih sampai ke telinga. Sampai sekarang ucapan "terima kasih abang!, terima kasih kakak!" selalu disebut-sebut di rumah. Sebabnya, tak pernah lagi dapat ucapan terima kasih yang begitu semangat dan ceria. 

Jadi sekarang ni, asal hari Ahad aje bersemangat nak ambil Afif balik sekolah, nak tumpangkan Faris.

Terima kasih Faris!

Friday, February 7, 2014

Pouch

Pagi tadi masuk ofis dalam pukul 10, saya nampak ada beg plastik di atas meja saya. Tengok-tengok rupanya pouch kain cotton comel, siap ada coin purse sekali.

Rupanya Kak Nor ofismate saya belikan. Ini semua sebab semalam saya tumpang letak beg mekap saya yang dah agak uzur di meja dia. Nak beli baru asyik terlupa aje. Hari ni dapat baru. Alhamdulillah. Rezeki hari Jumaat. Terima kasih kak.

Rafeah Sapari

Plastik

Jalan-jalan di UO Danga City Mall. Hajat hati nak cari benda lain, tiba-tiba mata terlekat di bekas plastik yang warna-warni. Terus dah terbayang dalam kepala apa yang hendak dibuat. Akhirnya saya beli yang saiz sederhana 3, yang kecil 2. Balik rumah lepas solat dan mandi terus buat operasi make-over bekas barangan mekap dan barang-barang kegunaan diri. 

(kalau gambar ni tak berturutan, ini ialah kelemahan buat entri melalui henfon)

Rafeah Sapari

Wednesday, February 5, 2014

Minyak Beku

Pantai Minyak Beku.

Kali terakhir saya ke sana ialah zaman kanak-kanak. Lepas tu macam tak ada memori lagi. Yang saya tahu tempat tu jadi tempat memancing. Cuma baru-baru ini, setelah diberitahu oleh makcik, pantai Minyak Beku dah cantik. Telah dicantikkan. Kalau nak tahu, di situlah terletak Perigi Batu Pahat.

Pantai dia berbatu. Tak sesuai untuk mandi. Air pun tak berapa bersih. 
Untuk ambil angin boleh lah.


Berkibar-kibar semua kena angin.

Ijun's Wedding!!!

Akhirnya..hari yang ditunggu tiba juga. Saya pun ikut pening sebab majlis ini. Pening nak cari tempat tidur, pening nak cari siapa yang boleh memandu ke Perak. Masih terbayang-bayang kepenatan memandu seorang diri ke Bukit Merah bulan lepas (itu pun cerita tak habis, soriii).

Sebaik sahaja saya dapat tarikh yang komfem, kepala saya tepu sekejap. Eh, Ijun nak kahwin dah? Ala lepas ni aku sorang? Eh lepas ni macam mana nak main sms, gayut telefon dan menggossip? Macam-macam benda lalu dalam kepala ni. Tapi lepas tu, fikir lain pula, nak pakai baju apa nanti, nak beli hadiah apa, nak cari hotel, nak pergi dengan siapa, dan segala persoalan tentang perjalanan. Apa-apa pun semua perasaan sedih, gembira semua campur sekali.

Akhirnya saya buat perjalanan dengan besfren saya Yani, suami dia pun ikut sekali (rasa pelik sikit mula-mula tu, lama-lama ok). Kami bertolak hari Sabtu 01/02/2014 pagi, naik kereta suami Yani. Makan tengahari yang tak berapa tengahari (pukul 3.00 petang) di rumah saudara Yani di Felda Gunung Besout yang sangat jauh masuk ke dalam selepas keluar tol Slim River. Lepas Asar, kami teruskan perjalanan ke Bukit Merah Laketown Resort. Ya, Bukit Merah kita sekali lagi. Asalnya nak cari hotel di kawasan Taiping, tapi semua hotel penuh (cuti CNY). Dalam pukul 7, sampai lah kami di Bukit Merah. Tidur di Suria Apartment Resort. Bilik Studio yang nampak cantik di gambar tetapi indah gambar dari rupa.

Ada beberapa perkara yang saya sangat la tak berkenan pasal bilik studio ini. Satu katil bunyi keriut-keriut. Sudahlah saya tidur seorang diri dalam bilik, katil pula asyik berbunyi, sangat la tak selesa. Kedua, saya rasa perabot dia sangat uzur. Almari dia bau hapak. Bau kayu yang dah lama. Sofa pun macam tak pernah tukar alas, nak duduk pun tak sampai hati. Jadi tempat letak beg aje. Ketiga, paling tak best, saya boleh dengar perbualan di bilik sebelah. Keempat, sarapan tak sedap. Kelima mungkin masa tu saya tengah PMS, segala-galanya tak kena. Ok, cukuplah. Tak nak duduk sana lagi.

Ini pandangan dari tepi jalan. Suria Apartment.

Ini lah studio room. Spacious but old.

Kopi dia ada perisa jus oren. Pelik kan, mungkin tong air kopi tu digunakan untuk air oren. Round pertama cornflake dan susu. Round kedua tak berapa best, gambar pun tak ada.

Hari kedua, hari kenduri. Check-out Bukit Merah dan terus ke Bagan Serai. Yani nak cari kertas pembalut hadiah. Dia beli set comforter, yang amat susah untuk dibalut. Tapi berjaya juga membalut hasil kerjasama mereka suami isteri. Balut kat masjid, itu saja tempat yang boleh bersila dan buat kerja-kerja membalut dan menselotep kertas pembalut di beg comforter tu. 

Sampai sahaja di dewan Alor Pongsu, tengok-tengok pengantin dah siap sanding. Cepatnya!!, baru pukul 1 dah siap. Kalau di Johor belum apa-apa lagi. Dari jauh dah nampak mak Ijun tersenyum-senyum sambut kitorang. Walaupun masih bertongkat, muka bahagia aje saya tengok makcik. Pakcik pun sama. Walaupun muka keletihan sambut tetamu, tapi masih mahu berbual-bual dengan kitorang. Siap cakap Jawa lagi, pengsan sekejap. Makan lebih kurang, lepas tu join pengantin ambil gambar. Mujurlah tetamu dah tak ramai, jadi saya dan Yani bebas ke sana ke mari dan berbual-bual dengan adik beradik Ijun. Siap mintak bunga hiasan meja makan, memang tetamu tak malu.

Ooo inilah muka Zani, suami Jun, saya pun tak pernah nampak.

Saya dan Yani.

Ok, saya sahaja yang tak ada pasangan. 

Benda-benda comel ni kalau tuan rumah tak bagi saya minta. Hahaa. Semua DIY. Terer ko Jun.

Dalam pukul 2.30 petang, kami tinggalkan dewan Alor Pongsu dan ke Bagan Serai sekali lagi. Malam tu saya tidur di Kelisa Hotel. Hotel book saat akhir. Book pakai telefon. Bajet hotel tapi sangat la cantik. Masa check in saya sangat  gembira dengan keadaan bilik. Walaupun agak sempit (standard bajet hotel) tapi  hotel ni masih baru dan hiasan dalaman dia moden. Lain kali nak datang Bagan Serai boleh tidur sini lagi. Golek-golek sekejap, saya pun jalan-jalan di Pasaraya Aneka. Dulu masa belajar, kedai tu nama Arisun. Nama dah tukar. Yani pula terus ke rumah nenek dia. Dia tidur sana. Nak jimat katanya, tak nak join saya tidur hotel. 
Brand new Kelisa Hotel.

Katil yang tak ada bunyi.

Bilik mandi yang best.

Petang pula, pengantin baru ajak jalan-jalan makan Mi Berasap. Memang berasap. Dia sebenarnya mi udang, tapi oleh kerana dihidang di atas hot plate, sebab tu la keluar asap-asap wap panas hot plate dengan kuah mi. Udang pun banyak (sebab minta special agaknya). Mungkin kedudukan kedai di kawasan perkampungan nelayan, jadi  udang dia sedap. Sebelah malam pula layan TV sorang-sorang. Nasib baik bilik best. 
Muka lapar + berlengas tak mandi + kena wap mi udang. 
Mi sedap, udang banyak, pengunjung pun ramai.
Pengantin belanja, korang datang JB, nanti saya belanja makan pula.

Hari ke tiga pun tiba. Macam sekejap aje dah 3 hari di bumi Perak. Alhamdulillah perjalanan balik agak lancar, walaupun jalan sesak di beberapa tempat. Dalam pukul 9 saya dah selamat berlabuh di rumah. Lega.
Sebelum balik, kita sarapan nasi putih dan ikan patin tempoyak di R&R Sungai Perak. 
Sarapan merangkap makan tengahari.

Anyway, Jun, I wish u a happy blessed marriage, have kids and love each other always. I'm happy for you.